BAB 2

Horror & Thriller Completed 870

“Laila! Bangun! Kau kenapa ni?”

Laila cuba mengamati kembali suara itu. Tidak lagi mendayu-dayu seperti tadi. Ia kedengaran kasar di gegendang telinga. Adakah pasti itu bukan suara halus yang mengganggunya tadi? Tapi bagaimana jika dia menyamar. Bila dia melihat wajah yang di sangkakan temannya itu, tiba-tiba ia bertukar wajah yang hodoh.

“Laila! Bangunlah. Dah subuh ni.”

Terasa badannya digoyangkan sekali lagi. Sesudah keluar dari bilik mandi, dia ada dengar suara-suara bising di bilik Laila. Bila dijengah, dilihatnya Laila berselimut dari atas kepala hingga ke hujung kaki di atas katil.

“Imah... Itu kau ke?”soal Laila masih was-was. Walaupun dia masih diselubungi dengan selimut, dia berani bersuara bertanya.

“Akulah ni Imah. Kau ingat aku siapa?”

“Betul kau Imah? Kalau betul, kau Imah. Aku nak dengar kau baca surah Al-Fatihah dan 3 Qul.”masih gugup. Masih terfikir di mindanya, jika suara halus yang mengganggunya tadi masih terus berusaha untuk menakutkannya.

Surah Al-Fatihah dan 3 Qul di baca Rahimah tenang. Perlahan-lahan Laila menarik kain selimut yang menyelimuti badannya tadi dengan getar di hati. Rasa ketakutan itu masih terasa hingga ke saat ini. Apa yang terjadi tadi, bukanlah mimpi.

“Betul, kau ni Imah?” soal Laila lagi. Masih berjaga-jaga.

“Kau ingat, aku ni siapa? Hantu? Kalau aku ni hantu, buat apalah aku nak baca ayat-ayat Al-Quran.” Rahimah tersenyum sinis kepada Laila.

Laila memandang lama tepat ke muka Rahimah. Langsung tidak berkelip matanya. Setelah yakin yang berada di hadapannya itu adalah teman serumahnya, terus dia berlari mendapatkan Rahimah. Badan temannya itu dipeluk erat.

“Aku mati-mati tadi ingat kau hantu. Kau buat aku takut.”

Rengek Laila. Rasa ketenangan yang baru di rasakannya tadi, tiba-tiba membuatkan sesuatu tidak kena. Rahimah tiba-tiba diam membisu. Jam yang berada di atas meja dipandang lama. Subuh? Takkan pukul 2 pagi dah masuk waktu subuh?

Badan Rahimah yang tadi dipeluknya, ditolak kasar. Tiba-tiba sahaja rasa gelisah itu kembali menghuni perasaannya. Makin tidak tenteram hatinya, bila memandang wajah Rahimah. Wajah itu sangat menggerunkan. Wajah itu terlalu buruk seperti ada ulat-ulat yang keluar dari isi dalam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience