“Kan aku dah cakap, jangan layan sangat cerita seram dalam youtube tu. Ini dah terbawa-bawa. Aku yang cantik ni pun, kau dah nampak macam hantu.”
Masih bersisa tawa Rahimah. Ada-ada sahaja temannya itu.
Laila diam. Muka Rahimah dipandang lama. Mulutnya terkumat kamit membaca ayat ai-Quran. Kemudian dihembuskan ke muka Rahimah. Sekali lagi di baca ayat Al-Quran dan dihembusnya. Tiada apa-apa yang berlaku. Masih tidak puas hati. Naskah Al-Quran yang ada di atas meja di capai.
“Kau pegang ni.”
Arah Laila kepada Rahimah.
Rahimah hanya mengikut. Naskah itu di pegangnya. “Kau ni, dah kenapa?” Dahi Laila disentuhnya. Memang terasa bahang panas.
“Kau betul Imah?”
“Akulah ni. Kau ni kenapa? Badan kau panas. Kau demam ni.”
“Imah... Aku takut.”
“Kenapa?”
“Aku nampak hantu dalam rumah kita ni. Dia ganggu aku dari semalam.” Beritahu Laila.
“Mana ada hantu. Dah beberapa minggu kita berpindah di sini, aku tak pernah pun dengar yang bukan-bukan.”
Rahimah tidak percaya apa yang di cakapkan teman serumahnya itu. Baginya semua itu, karut marut.
“Betul Imah. Semalam dia menyamar jadi kau. Muka dia... Ya Allah... Aku tak tahu nak gambarkan muka kau semalam. Buruk!”cerita Laila.
“Sudahlah Laila. Kau ni terlalu taksub sangat dengan cerita-cerita macam tu, sampai terbawa-bawa. Kau nak pergi kerja?”
Naskah Al-Quran yang dipegangnya tadi, diletakkan ke atas meja.
“Aku nak pergi kerja.”
“Badan kau panas tu. Takkan nak pergi jugak?” Pelik pula. Selalunya kalau demam sikit pun, awal-awal lagi dah terpacak di depan klinik.
Share this novel