BAB 3

Horror & Thriller Completed 870

“LAILA... Bangunlah Laila.”

Rahimah terkejut melihat teman serumahnya yang tidur lena di atas lantai. Lena sekali tidurnya.

“Laila! Hoi, bangunlah.” Badan Laila digoyangkannya. Sudah lewat untuknya ke tempat kerja.

Perlahan-lahan, Laila mencelikkan matanya. Matanya digosok-gosok. Melihat Rahimah yang duduk bertinggung di hadapannya, membuatkannya bangun dan berundur ke belakang.

“Tolonglah jangan ganggu aku. Kau nak apa dari aku?” Soal Laila ketakutan.

Rahimah mengerutkan mukanya. Matanya disepetkan. Langsung tidak mengerti dengan apa yang di maksudkan Laila. Nampak ketakutan pada dirinya, seolah baru lepas melihat hantu.

“Aku nak kau bangunlah. Nanti lambat nak pergi kerja.”beritahu Rahimah.

“Kau tipu. Kau tak dapat nak perangkap aku semalam, kau nak perangkap aku lagi.”

Laju kepalanya digelengkan. Sudah tidak percaya dengan helah Rahimah. Dia sudah serik. Semalam dia sudah terperangkap, dan tidak mungkin akan terperangkap buat kali kedua.

“Astargfirullah-Al-Azim.... Kau bawa mengucap sikit. Masa bila aku perangkap kau ni?”

Soal Rahimah pelik. Dia baru sahaja pulang dari kerja shift malam. Baru sahaja, sampai ke rumah. Masa bila pula, dia datang perangkap Laila. Kepalanya yang tidak gatal digaru-garukan.

“Pergi! Aku tahu kau hantu!”

Jerit Laila kuat sambil menutup matanya. Dia tidak mahu tengok muka Rahimah yang menggerunkan buat kali kedua. Ia sangat menakutkan. Mengerikan.

Rahimah meledakkan tawanya. Gelihati. Laila kata dirinya hantu. Sakit perut di ketawakan temannya itu. Mukanya cantik manis itu pun Laila boleh kata hantu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience