USAI subuh tadi, semuanya sudah selesai. Pertemuan mayat di bilik yang diinapi Laila sudah terungkai. Semuanya terjawab, bila Rahimah kembali membaca ayat-ayat yang tertulis pada cerpen yang ditulisnya tadi. Semuanya ada tertulis lengkap, bagaimana Laila di bunuh dan di tanam. Selepas di rogol, Laila dibunuh kejam. Mayatnya ditanam di bawah tanah di bilik tidur Laila. Dan lubang itu di ratakan dengan simen yang rata.
Selepas kejadian yang di alami itu, mereka berdua segera berkemas-kemas. Segala barangan milik mereka diangkut keluar dari rumah itu. Walaupun rumah itu, sudah bersih sekalipun, mereka tidak akan menjejak kaki kembali ke rumah itu.
Rahimah sudah sedar. Setiap bicaranya perlu berlapis. Selepas ini, dia akan lebih beringat. Kata-kata yang bakal diucap, akan ditapis. Tidak mahu terlepas cakap atau bercakap besar. Pengalaman itu, baginya sangat menakutkan. Tidak mahu semua itu akan terulang sekali lagi.
“Laila , lepas ni kau nak tinggal di mana?”
Soal Rahimah sebelum masing-masing berangkat pergi.
“Aku nak balik kampung.”
“Tak apalah. Aku nak tumpang kakak aku kat Serdang. Aku nak tinggal dengan dia. Apapun terima kasih. Apa yang terjadi semalam, akan membuatkan aku beringat sampai bila-bila.”
“Kau jangan ingat, kat dunia ni... cuma ada manusia. Ada makhluk lain juga, yang kau tak dapat nak lihat dengan mata kasar. Mungkin kau dapat lihat, tapi kau tak dapat nak rasa.”
Jelas! Kata-kata itu meniti di bibir Laila. Rasa tenangnya kembali bersarang gelisah.
Share this novel