“Hilang lagi minah ni. Nak main sorok-sorok dengan aku ke?”
Rungut Rahimah , seraya kembali duduk di sofa. Komputer ribanya yang diletakkan di mejanya direnung. Terkedu. Terkejut. Ayat-ayat yang tertulis di bacanya.
“Bila masa, aku tulis semua ni? Rasanya... Aku tulis sampai, Laila mati di bunuh.”
Kepalanya tidak sakit dipicit-picit. Liurnya ditelan. Rasa berdebar kembali terasa. Namun di sedapkan hatinya, mengatakan Laila yang membantunya menulis. Tapi masa bila, Laila masuk ke dalam biliknya? Seingatnya, Laila bersama dengannya. Cuma sekejap tadi sahaja, Laila hilang. Takkan dalam masa sesingkat.
“Laila! Kau kat mana? Janganlah main-main nyorok dengan aku!” Rengek separuh menjerit Rahimah di dengar satu rumah.
“Laila , aku tahu... Kau yang tulis. Kalau iyapun, kau nak tulis, janganlah nak bagi aku meremang bulu roma.”
Tiada kelibat Laila dekat dengannya. Suasana di dalam rumah juga, terlalu sepi. Sunyi. Di mana Laila pergi? Rasanya Laila tidak keluar dari rumah, kerana pintu masih terkunci di dalam. Langsung tiada kesan-kesan pintu di buka. Mustahil Laila akan keluar dari melalui pintu belakang.
“Laila! Kau kat mana? Kau janganlah nak mainkan aku.”
Rahimah bangun. Kakinya diaturkan ke bilik Laila. Pintu bilik itu dikuak, dan dia mengatur ke dalam.
“Imah...”mendayu-dayu suara memanggil namanya.
“Laila... Kau jangan nak main-main dengan aku.”
“Imah... Kau cari aku ke?” Suara itu makin sayup-sayup kedengaran di gegendang telinganya.
“Laila! Tolonglah jangan gempar aku. Kau ingat, aku takut... Walau kau usik aku macam ni.”
Share this novel