BAB 1

Horror & Thriller Completed 870

Dikatup rapat kedua matanya. Pelbagai ayat suci al-Quran di bacanya. Bercerau peluh mengalir membasahi dahinya. Suara-suara halus kedengaran seolah-olah memanggilnya. Kedengaran jelas dan dekat di telinganya.

“Laila...”namanya dipanggil.

Kedua belah tangannya menutup telinga. Rapat dan kuat ditekan tangannya menutup telinga. Bulu romanya semakin meremang. Debaran jantung makin laju terasa. Hatinya memberontak ketakutan.

“Laila...”

Mata terus dipejamkan rapat. Sudah tidak berani. Dalam ketakutan itu, hanya bacaan doa dan potong ayat suci al-quran yang dapat di bacanya.

“Laila!”

Kali ini, suara itu sedikit keras. Badannya pula terasa ada yang menggoyangkannya. Dalam ketakutan itu, sudah mula ada titis airmata yang mula menitis. Ibu dan ayahnya di kampung, menjadi ingatannya tika ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience