BERDIRI lama, Laila di depan muka pintu rumah dengan membimbit beg kerjanya. Pintu rumah itu diketuknya berkali-kali. Tidak berapa lama kemudian, pintu rumah itu terkuak luas. Seorang lelaki melayu dengan anggaran ketinggian 178cm berdiri di depannya dengan tersenyum manis.
“Maaf abang, saya mengganggu.” Lembut tutur Laila.
“Tak apa. Adik cari siapa?” Soal lelaki itu baik.
“Saya jual barang ni. Sebab tu, saya datang ke sini.” Terang Laila.
“Oh! Jual barang?”
Laila menganggukkan kepalanya. Wajahnya di maniskan dengan sederet senyuman. Senyuman juga adalah satu pemikat untuk pelanggan yang bakal membeli barangan yang di jualnya nanti.
“Adik jual apa?”
“Saya jual barang-barang elektrik. Kalau abang nak tengok, saya ada katalog.”
Seronok Laila bila lelaki di hadapannya itu, seakan berminat dengan hasil jualannya.
“Kalau macam tu, marilah masuk dulu.” Pelawa lelaki itu.
“Eh, tak apalah abang. Di luar ni pun tak apa.”
Laila enolak pelawaan lelaki itu lagi. Dia tidak mahu, kehadirannya ke rumah itu menjadi salah anggapan kepada jiran-jiran lelaki itu.
“Tak apa. Masuk je. Isteri abang ada kat dalam. Masuklah. Janganlah takut.”
Dari penampilannya, lelaki itu memang nampak baik. “Masuklah. Sekejap, abang panggil isteri. Dia ada kat dapur. Masuk, jangan takut.”
Tanpa rasa curiga, Laila mengaturkan langkah ke dalam rumah yang tidak pernah ditandang selama ini. Pemilik rumah itu juga, langsung tidak dikenalinya, tetapi begitu mudah dia menerima pelawaan.
Sedang membelek katalog yang bakal di jualnya nanti, tiba-tiba terasa ada yang mendekatinya. Lelaki tadi, sudah ada di sebelahnya dengan hanya bertuala sahaja. Pintu rumahnya yang tadi terkuak luas, sudah tertutup rapat.
Laila sudah mula rasa gelabah. Sudah tidak selesa. Rasakan bagai ada sesuatu yang tidak kena. Dia cuba bangun daripada terus duduk di situ. Namun geraknya sudah terhalang.
Share this novel