Rahimah cuba memberanikan dirinya, walaupun di dalam hati penuh debaran. Kakinya terasa lemah sahaja untuk terus berdiri. Cuma dilawan rasa gentarnya itu. Cuba diyakinkan dirinya, yang dia sedang berhadapan dengan rasa ketakutan yang sengaja di adakan oleh Laila.
“Imah... Imah...”
Lampu bilik yang terang menderang tertutup. Kemudian kembali terpasang. Buka...tutup... buka... tutup.. Kakinya yang mahu di melangkah ke muka pintu terhenti, bila pintu bilik itu tiba-tiba tertutup rapat. Tombol pintu terus dipulasnya, namun pintu begitu kejap.
“Laila! Janganlah buat aku macam ni! Buka pintu ni Laila. Buka!” Terjerit-jerit Rahimah dari dalam bilik temannya itu.
“Imah...” Sayup-sayup suara itu memanggil nama Rahimah. Nama itu terus tidak berhenti dipanggilnya.
Pintu yang tertutup rapat diketuknya berkali-kali. Sudah tidak sanggup berhadapan dalam keadaan yang mendebarkan begini. Dia sudah tidak berani untuk berhadapan ini sendiri. Adakah mulutnya yang bacul itu, telah membuatkannya merasakan semua ini.
“Laila! Tolonglah jangan buat aku macam ni. Bukalah pintu ni Laila. Bukalah!”
Jerit Rahimah dengan tangannya tidak lepas memulas tombol pintu bilik. Sampai ke saat ini, dia masih tidak berjaya meloloskan dirinya daripada rasa ketakutan.
Beberapa potong ayat Al-Quran di bacanya. Bacaannya juga sudah jadi kelam kabut. Sudah tiada apa-apa lagi yang dapat difikirkannya, melainkan keluar dari bilik yang menyeramkan ini.
Share this novel