BAB 5

Horror & Thriller Completed 870

RAHIMAH duduk sendiri, selepas Laila sudah bergegas keluar ke tempat kerjanya. Setelah selesai membuat kerja-kerja rumah, dia duduk di ruang tamu melihat rancangan di televisyen. Terasa bosan pula.

Walaupun letih seharian bekerja shift malam, badannya langsung tidak terasa letih. Matanya terasa segar. Selepas 15 minit menonton televisyen, fokusnya terganggu. Dia mendengar pintu rumah itu berbunyi seperti terbuka. Matanya yang tertumpu pada televisyen dipusing ke arah pintu.

“Kau ke Laila? Aku ingatkan siapa tadi.” Matanya kembali diarahkan ke arah televisyen yang terpasang.

Laila duduk di sofa. Matanya juga melirik ke arah telvisyen yang terpasang. Tetapi mulutnya tidak sebecok sebelum ini. Mulutnya terkunci. Hanya dia membisu.

“Tadi nak pergi sangat kerja. Ini kenapa pulak, kau balik?” Tersenyum sinis Rahimah.

“Tak larat.” Jawab Laila ringkas.

“Dah pergi klinik?”

Laila gelengkan kepalanya.

“Kalau kau rasa tak sihat, pergilah masuk bilik. Berehat.”

Kekok pula berbual dengan Laila yang berkeadaan begitu. Terasa seperti sedang bersama orang asing. Sepatah yang ditanya, sepatah yang dijawabnya. Selalunya sepatah yang ditanya, berpatah-patah jawapan yang dijawabnya.

“Aku tak boleh tidur.”

“Hm, suka hati kau. Eh, pagi tadi apa kes kau sebenarnya?”

Ingatankan kembali dengan apa yang berlaku pagi tadi. Bukan main terkejut sekali, bila dikuak pintu bilik, dilihat Laila terbaring di atas lantai.

“Kan aku dah cakap.” Tetap ringkas jawapannya.

“Sebab kau jumpa hantu?”

Laila anggukkan kepalanya. Mukanya pula serius. Macam mahu tidak mahu melayan sahaja. Tetapi itu tidak membuatkan Rahimah harus berdiam diri. Dia makin ingin bertanya lebih dari itu. Bagaikan ada satu tarikan yang membuatkannya ingin lebih tahu.

“Kau ceritalah kat aku. Mana tahu, nanti aku boleh tulis cerita seram.”

Keningnya dijungkit-jungkitkan. Bila ada masa, Rahimah akan menulis cerpen atau novel, tetapi kebanyakkan yang di tulisnya banyak cerita berkisarkan cinta. Masih belum pernah ditulisnya cerita seram. Lagipun dia tidak begitu percayakan semua itu.

“Kau nak tahu?”

Rahimah anggukkan kepalanya. Penyakit Laila sudah mula berjangkit kepadanya. Jika tidak, langsung dia tidak berminat untuk dengar atau bercerita kisah seram-seram. Tapi kali ini, rasa minat itu datang sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience