BAB 7

Horror & Thriller Completed 870

LEKA Rahimah mendengar cerita Laila. Setiap apa yang di ceritakan kepadanya, diingat jalan permulaannya. Menarik! Boleh ditulisnya sebentar nanti.

“Eh, kenapa nama perempuan tu sama macam nama kau?” Soal Rahimah.

“Kebetulan.” Jawabnya ringkas.

“Ooo...” Muncung mulut Rahimah , sambil kepalanya dianggukkan.

Cuaca diluar yang tadi panas, tiba-tiba berubah mendung. Angin mula bertiup kencang. Tingkap yang terbuka turut ditiup. Sekejap terbuka dan sekejap tertutup. Berulang berkali-kali. Namun semua itu, tidak menakutkan dirinya. Laila ada bersama. Tiada apa yang perlu di takutkannya.

Laila yang duduk bersama Rahimah di ruang tamu, tiba-tiba sahaja menghilang. Tiada lagi di sisinya. Terleka sekejap sahaja, sudah tiada di depan mata. Cepat betul, Laila mengatur langkahnya.

Bunyi bising di dapur. Entah apa yang di lakukan Laila hinggakan kedengaran hingga ke ruang tamu. Berdetang deting bunyi periuk berlaga-laga.

“Laila! Kau buat apa kat dapur? Nak masak ke?”

Soal Rahimah sedikit terjerit. Malas hendak bangun. Punggungnya terus melekat disofa. Sesekali dia terasa ada hembusan angin yang lalu disebelah telinganya. Sepintas itu, kepalanya turut dikalih. Tiada apa-apa.

“Aku dah masak tadi. Kau tak payahlah masak.” Jerit Rahimah lagi.

Kata-katanya langsung tidak berbalas. Laila tak dengarkah, apa yang di cakapkannya. Dari tadi bunyi periuk berdetang deting. Apa yang sedang di lakukannya, sehingga tidak diendahkan sapaannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience