BAB 9

Horror & Thriller Completed 870

USAI solat maghrib, Rahimah duduk di ruang meja tulis biliknya. Membuka komputernya untuk menyiapkan cerpen yang ingin di letakkan ke dalam blog miliknya. Apa yang di ceritakan Laila tengah hari tadi, masih jelas di ingatnya. Setiap patah bicara Laila , di muat dalam dokumennya. Namun semuanya terhenti.

“Eh, siapa Laila? Apa yang terjadi selepas Laila di bunuh? Dia di tanam di mana? Bagaimana dengan mayatnya?”

Rahimah tertanya-tanya. Dia tidak tahu hujung pangkal cerita itu, bagaimana ingin di habiskannya, sedangkan dia tidak pernah mengalaminya sendiri.

Helaan dilepaskan. Keluhannya mati di situ sahaja, bila sekali lagi dengar bising-bising di ruangan dapur.

“Laila... Apa lagi yang kau buat di dapur?" Dengus Rahimah.

Komputer yang terpasang ditinggalkan begitu sahaja. Kakinya diatur keluar dari bilik. Suara bising dari arah dapur dihampirinya. Nama Laila dipanggilnya berkali-kali, namun tiada sahutan yang dijawab.

Bau tengit didapur makin kuat baunya. Tidak tahu bau itu datang dari mana. Tetapi bau itu sangat menusuk ke hidungnya. Tidak dapat diterangkan, bagaimana bau sebenarnya. Sangat menyucuk-nyucuk ke hidung.

“Laila! Kau buat apa tu?”

Soal Rahimah bila melihat ada satu bekas yang berasap diletakkan di dalam bekas bawah meja. Mungkin bau yang dihidunya tadi, dari bau asap yang dilihatnya.

“Ubat nyamuk. Nyamuk banyak.” Jawab Laila.

“Aku ingat, kau masak.” Bibirnya dijuihkan. Ada-ada sahaja temannya itu. Memang kadang-kadang dia terasa pelik dengan teman serumah barunya itu. Adakala sikapnya menyenangkan, adakala sikapnya membuatkan dirinya menjadi muskyil. Penuh dengan pertanyaan.

“Eh, ubat nyamuk apa yang kau pasang tu. Busuk sangat?” Hidungnya dipicit.

“Ubat nyamuklah.”

Air suam kosong yang sudah dituangkan ke dalam mug di bawanya ke ruang tamu.

“Laila... Tadi siang kau cerita tak habis lagi. Menarik cerita kau tu, aku ada tulis untuk cerpen aku tu. Tapi aku tak dapat nak habiskan. Kau ceritalah sampai habis.” Sambung Rahimah. Begitu berminat dengan cerita teman serumahnya itu.

“Kau nak tahu lagi?” Soal Laila , seraya melangkah kaki ke ruang tamu.

“Mestilah aku nak tahu. Aku nak habiskan cerpen aku tu. Aku nak reka-reka cerita tu, aku tak pandai. Kau bagilah skill sikit kat aku. Boleh aku habiskan cepat-cepat. Boleh?"

“Boleh. Kau tak pernah alami ke?”

“Tak pernah. Sebab tu, aku nak minta tolong kau. Ceritalah lagi. Aku bab-bab tu, aku tak pandai sangat. Manalah aku pernah alami benda-benda karut tu.”

Dia kembali bangun daripada duduknya. Kakinya diaturkan kembali ke bilik mengambil komputer ribanya. Di bawa keluar dan diletakkan ke meja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience