BAB 12

Horror & Thriller Completed 870

“Tolong!”

Sehabis kuat perkataan itu menitir di bibirnya. Namun suaranya bagaikan tersekat di kotak tekak. Suara tolong darinya bagaikan sudah tiada maknanya lagi. Tangisan ketakutannya sudah memecah benteng keegoannya. Rasa ketakutan itu, terus menguasai dirinya. Ingatannya kembali kepada apa yang berlaku pagi tadi.

Dia memperlekehkan apa yang di beritahu Laila kepadanya. Apa yang diceritakan Laila langsung tidak dipercayainya. Baginya mana ada semua ini di dalam dunia yang serba moden ini. Tetapi tidak lagi sekarang. Dia alami sendiri dan dirasakannya sendiri.

Al Quran! Di dalam bilik Laila ada naskah Al-Quran. Dia ada letakkan kembali ke atas meja selepas Laila memintanya memegang naskah Al-Quran itu. Dalam kegelapan bilik itu, diaturkan langkahnya. Diagak-agak dan dibayangkan sahaja, di mana letaknya kedudukan meja.

“Allahuakhbar! Allahuakhbar!”

Sambil melangkah perlahan perkataan itu menitir di bibirnya. Tangannya terus meraba-raba di dalam kepekatan bilik yang tidak bercahaya itu. Satu persatu yang ada di atas meja di rabanya. Dan diamati sedalam-dalamnya. Dia sudah tidak sanggup lagi mendengar suara itu memanggil namanya. Dia juga sudah tidak sanggup mendengar hilaian tangisan suara itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience