BAB 6~Aisyah & Kay

Romance Series 5186

"Eh, jomlah pergi kantin. Makan. Laparlah" ujar Kay tiba tiba. Perutnya diusap berkali kali.

Mar berhenti menulis. Angkat wajah. Kosong kelas. Patutlah waktu rehat. Mereka je yang khusyuk siapkan latihan addmath tadi.

"Boleh juga. Jom pergi. Aku pun lapar" Mar setuju. Kay senyum. Hasrat tercapai.

"Alex! Kau nak ikut kita orang tak?! " laung Kay padahal Alex sebelah dia je. Mar ketawa.

"Oii jambu, yang kau memekak ni kenapa bodoh? Sakit telingalah. Ingat aku pekak macam kau" marah Alex. Kay hanya tersengih dipandang Alex tajam. Tak ada sentap. Cool...

"Ala, janganlah marah cik abang. Tak handsome tau. Meh sini. Baby bucuk bucuk sikit" Kay tiru gedik perempuan. Alex ditarik. Nak cium. Belum sampai, dia mengerang sakit kuat apabila perutnya ditumbuk.

"Ha! Makan kau ha! Nak lagi. Geli tau tak sial! " carut Alex. Mar mengeleng. Bujang tapi perangai budak 6 tahun lagi elok dari ni.

"Eh, Raf mana? Tak nampak pun" Kay yang dah pulih itu tertinjau tinjau.

"Apa lagi, jumpa aweklah. Masih dengan misi dia pikat Wina." Ujar Mar sambil tersengih.

Masih dia ingat wajah cemberut Raf apabila cerita rancangan yang dia buat nak pikat Wina, semua fail. Mar hanya ketawa. Not too easy huh? Hampir je Raf mengalah. Siap 'goodbye'kan jam dia.

"Jumpa awek, terus lupa member. Hmm, people nowadays" ujar Alex. Terangguk angguk Kay.

"Eleh, korang pun sama. Tengoklah nanti" ujar Mar sambil menjulingkan mata.

"Eh, tak. Aku tak. Believe me" Kay siap mengangkat tangan seperti bersumpah.

"Eleh. Yalah tu. Let see" Mar mencabar. Yakin malaun berdua tu angguk.

Tok! Tok!

Pintu diketuk buat mereka serentak menoleh. Terteleng kepala mereka melihat pengawas perempuan comel berdiri di situ. Kelihatan takut takut.

"Ya cik adik. Nak abang tolong apa? Kalau cik comel ni nak abang tolong jaga hati tu pun boleh"

Kali ni Kay keluarkan perangai kasanova mereka. Ingat Raf je laku?

Mar tersengih. Mana perempuan tak menangis tak berlagu ditinggalkan selepas diayat budak troublemaker ni.

"Er... Sebenarnya saya... "

"Kejap! " halang Kay. Terkebil kebil pengawas itu. Alex dan Mar diam memerhatikan babak itu. Apa pula idea Kay ni?

"Sebelum meneruskan apa apa urusan dengan kami ni, kami perlu details pasal awak. Kan, Mar? " ujar Kay melibatkan Mar.

Berkerut dahi pengawas itu tapi tak pula dia bertanya. Takut tengok wajah serious Kay.

Cakap je kau nak memikat Kay...

"Lantak kaulah" jawab Mar. Kay senyum sebelum kembali memberi tumpuan kepada si comel itu.

"Siapa nama kau? " tanya Kay. Dia pandang bidadari tuhan ni lama.

Kay ni dah kenapa?

"Er... Er... Syah. Aisyah" teragak agak dia jawab. Kay tersenyum.

"Nice name. Comel. Macam awak" bisik Kay tapi jelas didengar. Nak godalah tu.

Tersipu sipu perempuan itu. Merah pipinya. Kay terpaku.

Alamak! Tak boleh. Tak boleh. Kay berdehem.

"Kelas mana? Ada boyfriend tak? " Kay kembali tegas.

"Emm, kelas 4 Alice. Ta... Tak ada boyfriend" beritahu Aisyah tulus. Jujur dengan wajah polosnya. Oh tidak!

Kay seperti ada nampak cahaya harapan. Dalam fikiran dia je. Alex dan Mar mengekek di belakang. Nice show.

"Bagus. Good girl. Lepas ni, pastikan awak tak ada boyfriend sampai habis belajar ya" ujar Kay. Dia berpeluk tubuh.

"Kenapa pula? "

Kali ni dia angkat muka. Mendongak pandang Kay yang tinggi itu dengan mata bundarnya. Penuh tanda tanya.

Yahtohan!!!! Anak siapa ni... Comey!!!

Kay terpana. Terpaku dengan pemandangan itu. Merah wajahnya. Jantungnya mengepam dengan laju sehingga sakit rasanya.

Adakah ini cinta? Aiseh...

"Ehem. Sebab... Aku tak nak orang lain jadi boyfriend, pujaan awak selain aku. Will you? "

Tu dia...ayat dia. Macam melamar.

Aisyah terkejut sebelum tersipu malu. Sumpah! Cair! Kay ketap bibir. Hampir menyimpang niat asalnya. Tapi kata itu ikhlas dari hatinya. Eh

"Dah dah la kau usik dia tu. Aisyah, don't believe him at all. It's just playboy's game. You know" Mar mendekati lalu tolak Kay jauh dari Aisyah. Aisyah terkebil kebil.

"Woi! Apa ni Mar? Aku belum habis lagi la" bentak Kay.

Kacau daun. Baru nak berputik putik bunga cinta dia tapi Mar ni kan. Apakah ??

"Jadi, di... Dia main main je tadi? " tanya Aisyah, polos. Oh! Sucinya otakmu.

"Eh! Tak. I really me... "

"He is. Macam aku cakap tadi. Playboy. Kalau Aisyah rasa tadi jatuh cinta. It is. Tapi bukan dengan dia. Dengan ayat dia" potong Mar. Alex malas nak menyampuk. Kay terlopong

"Tapi saya ingat dia betul betul tadi" ujar Aisyah sambil tunduk kecewa. Tuudiaa...

Mar pandang Kay yang jelas terkejut dengan kenyataan Aisyah. Mar menjegilkan matanya. Tanda dia berjaya patahkan sekali lagi hati wanita.

Kay terus menerus pandang Aisyah. Mar hairan. Dah kenapa budak itu. Lepas sedar, dia berdecit sebelum senyum.

"Aisyah suka dia? " tanya Mar.

Terkejut mereka dengar terutamanya Kay. Soalan apa kau ni Mar?! Tapi juga nak tahu reaksi Aisyah.

Aisyah tunduk dengan muka merah. Malu. Mar dah agak reaksi tu. Tewas!

"If yes, then don't ever give up! Catch for him. Open his heart with your true feeling" ujar Mar. Kelu Kay.

Apa dah jadi? Mar tolong dia? Mar baca perasaan orang ke?

Aisyah angkat wajah. Mar tersenyum ikhlas. Dia sering dengar cerita pasal Mar. Pelajar bermasalah. Kasar. Tak hormat orang. Tapi Mar di depannya sekarang tak seperti yang disebut.

Don't judge the book by it's cover.

"Dia memang playboy. But believe me, no one special in his heart for now. Kalau awak berjaya ukir nama awak dalam hati, fikiran, tingkah laku dia. You're winner" ujar Mar lagi. Kay tak beri respon dari tadi. Kaku. Aisyah tiba tiba senyum.

"Terima kasih kak! " ucap Aisyah, teruja. Ikhlas. Makinlah Kay terkejut.

Alex di belakang kemam tawa melihat muka Kay confess indirect.

"No kak! Oh my! Aku nampak tua sangat ke? Call me Mar" tegur Mar. Aisyah tersengih. Memang comel. Rugi kalau Kay melepas.

"Tu aku cakap kalau awak suka dia. Kalau tak, simpanlah nasihat tu untuk pikat orang lain ya" tambah Mar.

Berubah riak Kay. Orang lain? Bukan dia? Aisyah tak pula mengiyakan atau menidakkan menambahkan kekecewaan Kay. Parah kau Kay!!!

"So Kay, nak tambah sepatah dua kata" usik Mar. Kay berdengus.

"Nothing! " ujarnya sebelum keluar. Merah telinganya. Ooo, jual mahal. Kita tengok siapa beli na...

"So Aisyah. Rancang dan fikir baik baik. Dia memang sweet talker. Boleh cairkan mana mana perempuan yang dia nak termasuk awak. Orang kata, sekali petik, beribu beratur. Tapi, kalau awak tak nak setiap ayat tu keluar dari mulut dia untuk orang lain. Shut him mouth" nasihat Mar panjang. Aisyah terangguk.

"Fuh! Boleh tahan doktor cinta ni" komen Alex. Mar buat peace. Puas.

"Anyway Aisyah. Awak nak buat apa datang sini tadi? " tanya Mar. Aisyah tiba tiba tepuk dahi. Baru ingat.

"Habislah saya. Tadi abang Syaf suruh saya panggil awak pergi bilik disiplin. Mesti dia marah saya sebab lambat. Alamak! " Aisyah cuak. Mar nak ketawa.

Tulah. Tangkap lagi cinta cinta dengan Kay sampai lupa nak sampaikan hajat. Salahkan Kay!

"It's okay. No need to worry. Aku handle"

"Tapi, nanti abang Syaf marah awak..."

"Will be okay" pintas Mar menyakinkan. Aisyah tak pula membantah. Dia angguk sebelum meminta diri.

Setelah Aisyah pergi, Mar mengeluh.

Apa lagi ni...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience