BAB 4~Keluarga Jepun

Romance Series 5186

"The end"

Mar menghembus nafas. Habis ceritanya. A sampai Z dia cerita. Lengkap. Budak bertiga ni bengap sikit. Mesti perfect baru faham.

"Kurang ajar"

"Tak guna"

"Ni aku geram ni. Aku lama tak tumbuk orang ni" Kay gempal penumbuk.

Mar mengeleng. Action je lebih. Tapi dia senyum. Sekurangnya mereka tempat Mar lepaskan isi hati.

"Aku hairanlah dengan Syaf tu. Dari dulu tak puas hati dengan kau" ujar Raf.

"Dah aku troublemaker dia head perfect. Memang musuhlah" jawab Mar selamba.

"Tapi agak agaklah sampai nak tampar. Asal tak bertumbuk terus" ujar Kay, dia turut geram.

"Haah. Nak WWE ajak aku sekali,aku lama tak excise ni" ujar Raf tersengih.

"Aaa... Korang nak buat masalah, korang je. Jangan libatkan aku buat masa ni. Lebam aku belum hilang lagi, tak sanggup aku tempah bala lagi" ujar Mar. Dia mengeleng.

Raf dan Kay tersengih. Tak apalah, ada hari boleh balas.

"So, macam mana dengan lebam kau? " tanya Alex. Mar menjongket bahu.

"Macam mana apa? Macam nilah" ujar Mar acuh tak acuh.

"Seriuslah sial. Macam mana kau nak balik rumah kau hujung minggu ni kalau muka kau terlebih blusher" ujar Alex.

"Eh! Betullah. Dengan lipstick biru tak cukup biru kau tu. Family kau okay ke? "Sampuk Raf. Dia tersengih.

Mar ketap bibir. Orang sakit pun nak jadi bahan. Nasib member, kalau tak, dah lama aku lempang.

"Aku tak baliklah minggu ni. Kalau ayahanda dan bonda nampak ni, mahu dia meroyan gila. Silap silap aku berhenti sekolah" terang Mar.

"Weh! Kau jangan balik weh" ujar Raf.

"Aku sokong idea kau. Kau jangan risau, aku teman kau stay kat asrama eh" tambah Kay.

"Agak agaklah nak berhenti sekolah" Alex cuak.

Mar ketawa. Acah sikit dah kalut.

Tapi ada benarnya. Keluarga Mar tak macam keluarga lain. Complicated. Ketat. Banyak peraturan. Senang cerita, keluarga Jepun.

Mar dari kecil dikongkong hidupnya. Hidupnya diatur keluarganya. Silap silap jodoh pun dah dipilih untuknya. Mar ikut je, tak ada nak membantah.

Tapi, dia meningkat dewasa. Dia mula rimas. Dia memberontak masa masuk sekolah menengah. Kali ni keluarganya mengalah.

Mereka benarkan Mar bebas pilih sekolah, kawan sesiapa, buat apa apa. Orang tak halang. Tapi, dia masih bersyarat.

Setelah habis sekolah, Mar akan ikut kembali apa yang keluarga dia aturkan. Itulah perjanjiannya. Mar setuju. Dia tak sanggup nak dikongkong 24/7. Sekarang, dia menikmati zaman pembebasannya. Oleh itu, dia ambil keputusan untuk jadi troublemaker sebelum jadi orang berdisiplin seumur hidup.

Setakat ni, hanya 3 ekor beruk ni je tahu rahsia hidupnya. Dia tak mahu orang lain tahu dia siapa.

"Woi!!! Laparlah" jerit Kay tiba tiba. Raf angguk setuju.

"Korang datang sini belum makan lagi ke?" Tanya Mar dengan riak terkejut.

Serentak mereka angguk.

"Adoila. Apasal aku punya member bangang macam korang bertiga ni" Mar tepuk dahi.

Tercebik mereka serentak.

"Kami risau kau pasal kaulah. Ingat dah kena culik dengan Alien" ujar Raf sinis.

"Tak pun, bunuh diri sebab kena tampar" tambah Kay, dia buat muka selamba.

"Hmmm, takut kau meroyan berguling kat padang ni acah paskal" sambung Alex. Membetulkan rambutnya.

Mar menjulingkan mata. Tak terharu pun.

"Dah, dah! Jangan melepak kat sini. Aku tendang sorang sorang baru tahu. Dah pergi makan" halau Mar. Dia tolak belakang ketiga tiga.

"Apa ni Mar paksa paksa?" Rengus Alex.

"Korang pergilah makan. Aku dah okay dah. Pergi berambus sekarang" Mar sambung tolak lagi.

"Tak nak!!! " bantah mereka serentak.

"Hah? "

"Kalau kami makan, kau makan juga. Deal" ujar Kay. Dia bercekak pingang.

"Tak nak ah! Aku dah kenyang" Mar bagi alasan walau perutnya dah lama berdangdut.

"Tipu! " serentak lagi.

Jebon bertiga ni memang sehati sejiwa. Mar mengeluh.

"Aku mana boleh makan. Sakit tau tak" Mar masih tak berputus asa menolak.

Raf, Alex dan Kay diam sebelum senyum. Seram pula Mar tengok.

"Apa? " tanya Mar hairan melihat 3 orang itu memandangnya macam nak ditelan.

"Hmm, Mar, apa menu kau nak hari ni? Kami belanja okay" Kay paut lengan kanan Mar. Mar terkejut.

"Hmm, aku rasa bubur sesuai not dengan kau. Kalau makan nasi, nanti takut bertabur gigi kau" Alex tempah tangan kiri Mar.

"Eh? "

"Okay! Set! Cepat! Aku belanja air kosong okay" ujar Raf.

Mar terpana.

"Kedekut weh! Air kosong je? " rungut Mar.

"Kau jangan nak mengada. Tu dah cukup tau. Bersyukur! " tekan Alex. Mar mencebik.

Member sapa ni?

"Okay! Jom! Mak cik mu tunggu ku order" jerit Raf teruja.

"Jom! " sokong Alex dan Kay serentak. Mar terus ditarik tanpa rela.

Haish... Ku dipaksa, ku terpaksa...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience