BAB 18~Perang Cat

Romance Series 5233

Krik... Krik... Krik...

Shush... Shush...

Spret... Sprett...

Tong... Tong...

Tiada langsung suara dari mereka. Tak ada bertikam. Yang ada, mereka tekun buat kerja. Ha! Kan sejuk hati memandang. Baju sekolah yang tadi kemas kini bertukar wajah.

Kot sekolah dan necktie disangkut di tingkap. Tinggal baju sekolah warna putih sahaja. Lengan baju yang panjang dilipat sehingga paras siku. Syaf turut melipat seluar sekolahnya yang panjang sehingga paras lutut.

Dua kali tengok pula macam bukan budak sekolah. Lebih sesuai jadi pekerja buruh bina rumah.

Syaf menoleh ke arah Mar yang masih berusaha menyiapkan kerjanya. 2 jam berlalu tanpa henti tapi gadis itu langsung tak menunjukkan riak letih. Hasilnya, tinggal sikit lagi kerja mereka. Tanpa sedar, bibirnya ukir senyuman.

"Hoi"

Sesaat... Dua saat... Tiga saat...

"Hoi! "

"Hah?! " Syaf tersentak. Terpinga pinga dia memandang Mar yang menjongket kening ke arahnya.

"Kau apasal pandang aku? Tahulah aku cantik" ujar Mar. Syaf buat gaya nak muntah.

"Cantik? Riak budak ni. Kau nak tengok betapa caaantiknya kau? " Syaf menekan cantik itu. Mar memandang hairan.

"Sini. Aku tunjukkan" pamit Syaf sambil mengeluarkan telefon dari kocek seluarnya. Mar tanpa rasa ragu terus menurut.

"Mana? " Mar menggaru kepala menjenguk skrin telefon lelaki itu. Dah kenapa gelap je? Syaf tersenyum nakal

"Ni ha! " sebaik sahaja berkata begitu, Syaf dengan jayanya mencalitkan cat warna putih di dahi Mar. Tercengang gadis itu.

Terus Syaf melepaskan ketawa tak ingat dunia. Siap terduduk lagi. Mar mengetap bibir geram.

"Hoi! Hey! Hahahaha, makcik. Baik kau berhenti sekolah jelah mak cik. Tak payah susah susah belajar. Jadi sami, sesuai dengan kau doh. Tak payah interview" gelak Syaf sambil menekan perutnya. Hampir dia terguling.

"Tak guna kau Alien!!! " jerkah Mar nyaring.

Tanpa berlengah lagi, terus berus dicelupkan ke dalam tin cat warna biru. Kemudian, dengan segala hormatnya dia menconteng seluruh muka Syaf. Mengelupur Syaf mengelak.

"Hoi! Apa kau buat ni? Hoi! Makcik!!! " Syaf menepis tangan Mar. Mar tersenyum sinis sebelum ketawa besar.

"Hahahahaha. Tak sangka, berseni juga aku. Padan kau aku panggil alien. Buruknya muka kau alien. Hahahaha, kawan avatar is coming wei!!! " galak Mar mengusik. Air matanya dikesat kerana terlalu kuat ketawa.

Syaf berdecit. Habis baju sekolahnya. Tak boleh pakai lagi ni.

"Cis! Tak guna mak cik! Ha! Gelak la. Gelak puas puas! Aku belum habis lagi. Siap kau" marah Syaf.

Terus dia angkat kaki menuju ke arah Mar. Mar tak dapat lari apabila Syaf lebih tangkas menarik kakinya. Maka, terjadilah perang cat disitu. Tiada siapa ingin menyerah kalah.

"Hoi! Apa kau ni Alien?!!!  Habis baju sekolah aku hoi! " jerit Mar.

"Ah! Tak kira. Kau tengok apa kau buat apa kat aku ni. Jangan banyak cakap! " bantah Syaf. Tangannya ligat menconteng Mar. Tak tinggal juga Mar.

"Heeee! Kurang ajar kau! Tak guna! Nah! Ambik ni. Kuasa biru! I hate you Alien! Hiarghhhh!! "

"Hei! Mana aci wei! Kau makan kuasa aku ni! Kuasa merah!!!! Kau jangan buat aku marah mak cik!!! "

"Nah! Rasakan! " Mar tanpa Berfikir panjang terus masukkan tangannya ke dalam tin cat. Tak nak alang alang. Terus dia kesat di seluruh muka Syaf. Bulat mata lelaki itu.

"Apa ni hoi?!! Aku punya sikit je! Tak boleh ni! " kata Syaf geram. Dia memandang satu tin cat yang hampir habis. Terus dia ambil lalu dengan selamba dia tuangkan ke rambut Mar. Tercenggang gadis itu.

"Hoi! Alien!!!! "

"Diam kau makcik!!! "

"Arrgghh!!! "

Terhenti segala perbuatan Mar dan Syaf. Serentak mereka menoleh ke arah punca suara yang menjerit mengalahkan orang histeria. Kelihatan seorang pelajar perempuan sedang menekup mulutnya dengan muka terkejut. Terbeliak dia melihat mahluk dua ekor itu.

Mana taknya, seorang macam alien dari planet mana entah. Sorang macam sami ada rambut beruban. Ditambah tak percaya apabila nenek sihir comel itu berada di atas kawan avatar yang handsome pul tu

Gaya buat pelajar itu salah faham. Percuma dia dapat show itu...

"Eh. Eh. Tak! Tak! Bu... Bukan macam tu. Ka... Kami tak buat apa apa" Mar kelam kabut bangun dari Syaf.

Bukan dia tak tahu maksud pandangan budak itu. Syaf berdecit. Kacau je budak mentah ni! Dia turut bangun. Bajunya dibetulkan. Rambut penuh cat diramas. Ganas mak cik ni!

"Hey! Adik! We... We did nothing okay. Tu... Tu tak sengaja" Mar masih berusaha membetulkan sangkaan gadis itu. Habisla. Kalau ayahanda dan bonda dia tahu, mati dia dipancung. Masalah lain tak apalah. Kalau melibatkan lelaki, yakuza...

"Apa kau risau ni lembap? Ha! Kau nak apa? " tanya Syaf kepada budak perempuan itu sambil ketuk kepala Mar. Mar terus balas dengan menyiku perut Syaf. Tertunduk lelaki itu dibuatnya. Dia berdecit sambil memandang Mar tajam. Mar hanya tersenyum sinis. Nak lagi?

"Err... Saya.. Err... Saya cuma... " terhenti kata budak itu apabila Mar dan Syaf serentak memandangnya tajam. Nak menangis dia tengok. Mak! Hantu ni garang!!!!

"Kau siapa? Nak apa? " tanya Syaf, ding in. Bajet headprefect dia. Mar menjulingkan mata. Budak itu tunduk pula.

"Sa.... Saya Lana. Saya... Saya nak jumpa Kak Marlene. Kak Marlene kan? " terang budak Lana itu terketar ketar. Yalah, berdepan dengan senior yang selalu membuli orang.

"Hahahaha! Budak ni pun tak kenal kau dah. Buruk macam nenek kebayan! Hahahah" usik Syaf. Mar menjeling tajam.

"Siapa burukkan aku? Kau juga kan? Mengata aku. Muka macam mat bangla tak sedar" balas Mar tajam. Mati senyuman Syaf. Lana kemam tawa.

"Err... Abang Syaf kan. Headprefect sekolah? " teka Lana

"See! Dia kenal aku. Kau ada? Dia tanya dulu kau. Ada nampak perbezaan besaaar tak? Muka aku walau macam ni pun dia masih kenal. Masih handsome. Mesti dia ni salah sorang peminat aku kan? " Syaf puji diri sendiri sambil ketawa setan. Mar mengetap bibir.

"Adik, kalau nak cari suami, jangan cari laki macam dia ni. Takut gila, mati awal" beritahu Mar kepada Lana.

"Hoi! Aku dengar! ' jerit Syaf dari belakang.

"Ada aku kisah? " balas Mar, selamba. Syaf berdecit lalu menyandarkan dirinya di dinding. Kalah. Lana senyum. Comel pasangan ni.

"Hahaha, okay. Ermm, sebenarnya saya nak pulangkan ni. Ni awak punya kan? " ujar Lana lalu menghulurkan telefon.

"Eh? Telefon aku! Baby! " terkejut Mar. Terus dia mengambil telefon. Dibelek. Masih elok. Dia tersenyum lega. Syaf tersenyum. Baby... Puff!

"Macam mana telefon ni ada kat kau? " tanya Mar sambil memandang Lana yang tersenyum.

"Pagi tadi, awak lari kat koridor. Telefon tu jatuh. Saya ambil. Nak serahkan kat awak tapi laju je awak hilang. Tu yang saya cari awak. Tak sangka jumpa awak berseni kat sini" ujar Lana kelas.

Eh. Eh. Budak ni... Sindir apa? Sentap tiba tiba. Kalau tak sebab misi aku, lama kau aku karate.

"Oh! Kisahnya. Okay! Thanks anyway" ucap Mar. Lana angguk sebelum meminta diri.

"Puas hati? "

Mar segera menoleh. Lantas dia tersengih. Ada orang buat muka doh! Tak puas hatilah tu aku tuduh dia...

"Apa tersengih sengih? Tuduh aku lagi? Aku dah cakap aku tak ambil. Kau tu yang cuai. Sebab perangai kau aku kena macam ni" bebel Syaf. Masam mukanya. Mar tunduk. Tahu salah.

"Ha! Apasal senyap? Dah bisu dah? Bukan reti nak minta sorry" sambung Syaf lagi. Mar ketap bibir.

"Ish! Bisinglah kau ni pak cik! Yalah. Yalah. Ak... Aku min... Min... Ta... Minta maaf" payah dia tuturkan sambil tunduk. Syaf nak ketawa. Comel!

"Aku tak maafkan" ujar Syaf. Mar terus angkat kepala. Tak puas hati.

"Pulak! Kau... "

"Aku maafkan kau kalau kau buat apa aku nak? Amacam? " ujar Syaf sambil tersenyum penuh makna.

"Nak buat apa? Serahkan badan aku? " kata Mar dingin. Berubah riak Syaf. Zup! Mar berdecit. Lagilah dia tak dimaafkan nanti.

"Tu pun boleh. Tapi tu nanti nantilah. Aku nak sekarang kau cat dinding tu habis" arah Syaf sambil menunjukkan ke arah dinding yang sikit lagi perlu dicat sebelum siap. Mar senyum. Tu je? Kacang!

"Dan... " suara Syaf matikan senyumannya. Syaf yang mendekatinya dipandang pelik. Tiba tiba telefon dia dirampas.

"Jom ambil gambar guna baby kau ni. Tangkap muka handsome aku ni. Kenangan. Nanti kau rindu aku boleh tengok kan, sweetheart" ujar Syaf sambil menjongket jongket keningnya ke arah Mar.

"Perasan lagi. Tak habis. Hoi! Dulu, mak kau kandungkan kau tak cukup zat agaknya. Tu yang lahir alien riak tak tentu pasal macam kau" sindir Mar, pedas. Dia menjuihkan mulut. Menyampah. Syaf ketawa besar.

"Tak nak mengaku tak apa. Yang penting aku tahu kau sentiasa rindu aku. Tak apa sweetheart. Perasan pun boyfriend kau. Lelaki perasan ni juga kau suka kan? Kau sayang kan? " makin galak dia mengusik.

Mar geram. Terus angkat penumbuk. Bagi sedar sikit. Tapi, seperti biasa, Syaf dapat tangkap. Terus dia rangkul bahu Mar. Dipaut dekat dengannya. Telefon diangkat.

"Smile sweetheart! " jerit Syaf riang.

"Gila mamat ni!!! " sumpah Mar sambil menjeling lelaki yang senyum lebar itu tajam.

Zup! Mar berkerut dahi menahan rasa pelik hatinya. Apa ni?

????????

"Arghhhh!!! "

"Bapak ah! Hantuuuuu!!!! "

"Tolong! Tolong! Alien! Alien muncul! Alien wujud woi!!!! "

"Oh God! Nek sihir coming! Nek sihir nak minum darah kita! Huarghhh! "

"Tidak!!!!! Mak! Tak nak! Mak!!!! Nak balik!!!! "

Riuh rendah kelas Eliot! Ada yang bertempiran lari sana sini. Ada yang baca ayat sembahyang berterabur. Ada yang menangis, berpeluk, tutup mata, menggigil takut. Bersepah semuanya.

Tiba tiba dua ekor mahluk tuhan yang kurang ajar tak semengah itu mengilai ketawa. Meledakkan ketawa kuat tak dikawal. Makin mengigil mereka. Matilanak! Tak sempat SPM dah arwah!

"Ma... Mar? " tiba tiba Alex bersuara. Terkejut mereka. Bulat mata memandang mahluk di depan muka pintu itu dengan Alex bersilih ganti.

"Sya.... Syaf? Kau Syaf? " giliran Will meneka dengan terketar ketar. Tak percaya. Dua malaun itu senyum.

"Surprise!!!!! "

Tercengang mereka. Hah?!!

"Hai bro and sis! Ladies and gentleman! Akulah nenek sihir comel korang aka keturunan sami beruban" ujr Mar sambil buat peace.

"Yo! Guys.. Tak kenal aku ke? Akulah alien handsome aka kawan avatar guys" ujar Syaf sambil senyum lebar.

Astaga!

Dush!

Rebah semuanya. Mar dan Syaf ketawa lagi.

Pengsan dah. Hahahaha

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience