BAB 5~Raf & Wina

Romance Series 5186

"Yo! Good morning warga Eliot! " sapa Raf kuat.

Dia melompat masuk kelas seperti kanak kanak riang dengan sengihan yang mampu mencairkan hati wanitanya.

"Kay!!! " nyaring suara itu menegur. Wina. Dia mengurut dada. Terkejut.

"Ingat lawak ke? Dah tak sayang nyawa ke? " sindir Wina sambil pandang tajam lelaki itu.

Tapi, Raf ni poyo. Dia tersenyum pula.

"Kenapa sweetheart? Terkejut ya? Sorry, kanda tak sengaja" ujar Raf sambil kenyitkan matanya ke arah Wina.

Wina terpana. Raf sudah keluarkan belangnya. Merah muka Wina. Rakan sekelas mereka sudah berbisik di belakang.

Raf senyum senget. Dia tahu Wina cair. Ah! Semua perempuan sama. Pantang tengok lelaki sweet talker sikit, dah tergoda, suka.

Walaupun dia, Alex dan Kay troublemaker di sekolah, tapi mereka tetap popular. Dengan muka kacak itu, mereka senyum, perempuan pasti akan menoleh berkali kali. Pemandangan indah.

Oleh itu, berderet perempuan nak offer nak jadi girlfriend mereka. Setakat ni tak ada yang bertuah. Tiap minggu, mereka akan terima sekurang kurangnya surat 'confess' dari para peminat.

"Maaf ya dinda" sambung Raf.

Dia mendekati Wina. Tangan Wina diraih lembut. Mata Wina ditikam lembut. Wina seolah terpaku.

"Kanda janji tak buat lagi. Okay sweetheart? " Raf seperti berjanji. Tangan Wina dibawa perlahan ke bibir dan...

Cup!

"Pewiit!!! "

"Alamak! Sweetnya tu... Uuuuu"

"Semut oi! Semut coming! Semut!!! "

"Tut! Tut! Tut! Kapal selam nak lalu. Tut! Tut! "

"Aizereh Raf! Caya ah bro! "

Riuh rendah suara usikan dari bilik itu. Making merah wajah Wina. Senyuman Raf pula melebar. Seolah menang. Tapi...

Tak...

Pap!

Senyap! Terkejut semuanya. Kay yang terpaling wajah menyentuh pipinya. Kebas!

"Kau ingat aku murah ke?!! Dasar lelaki tak guna! " tengkimg Wina sebelum berlalu. Keluar dari kelas. Terkocoh kocoh rakannya, Aida dan Zara mengikut.

Raf terkebil kebil. Niatnya hanya ingin mengusik. Dia merengus kasar. Seperti biasa, dia ditolak oleh perempuan yang sama. Celaka!

"HAHAHAHAHAHAHAHA"

Kedengaran ketawa besar dari arah belakang. Kay menoleh. Cis!

Kelihatan Alex sudah terduduk sambil pegang perut. Takut perutnya terburai sebab terlalu kuat ketawa.

Kay ketawa hadap dinding. Sembunyikan wajah buruknya yang tak dapat dikawal akibat ketawa. Terhinggut hinggut bahunya.

Mar sudah menepuk tampar belakang Kay. Merah mukanya. Bersatu ketawa mereka sehingga menghasilkan bunyi yang riuh rendah.

Pelajar lain nak ketawa kena kemam. Kalau kena tangkap, mampus. Muka Raf sekarang pun macam nak telan orang je. Seram.

"Lawak doh! Adoiii! Sakitnya perut aku" ujar Alex. Hampir terguling dia di lantai.

"Drama apa kau cipta pagi pagi ni bro! Adoiii! Meletop! " sampuk Kay sambil tepuk bahu Raf. Raf menepis.

"Tak sangka bajet Romeo kau tak menjadi dengan Wina! Playboy kena reject baiii! " tambah Mar sambil kesat air matanya. Makin kuat pula mereka ketawa melihat muka monyok Raf.

Sah! Sakit hati! Tak puas hati!

"Diamlah korang! Sibuk! " rengus Raf kasar.

Dia menuju ke tempat duduknya. Begnya dihempas kasar pada kerusi. Dia duduk dengan muka madam.

Alex, Mar dan Kay kemam ketawa sambil mendekati.

"Tulah! Mengatal awal pagi. Kan dah kena setempek! Amacam rasa? Ada keinsafan tak sweet talker? " tanya Kay sambil duduk di depan Raf.

Mar dan Alex berlagak gangster duduk atas meja. Tak ada sesiapa berani tegur.

"Ish! Diam ah kau! " bentak Raf sambil pandang Kay tajam. Kay mengangkat tangannya tanda mengalah.

"Tahu cuak. Kau pun suka suka je cium tangan dia apa kes? Dahla belum sah lagi. Tak... Belum cukup umur nak kahwin lagi pun. Agak agaklah" ujar Alex sambil berpeluk tubuh.

"Ala, bukan aku tak pernah buat" Kay bela diri.

"Tahu! Tapi kau salah victim Raf. Kau tahu kan Wina tu macam mana. Dari dulu anti-Raf. Dia je tolak kau mentah mentah sejak tahun lepas" cerita Mar. Dia goyang kaki.

Raf diam. Ya! Wina jual mahal. Lama dia cuba pancing perempuan berkaca mata itu. Tapi, gadis itu tak melayan dia. Wina langsung tak memandangnya. Tak pernah perempuan menolaknya tapi Wina... Argh!

Ego lelakinya tercabar. Raf ketap bibir geram.

"Sial! Sombong! " carut Raf.

"Apasal bro? Tercabar? " duga Kay sambil ketawa kecil.

"Gila tak tercabar bro. Sweet talker kena reject kot! Berpakej lengkap drama lagi" usik Alex pula.

"Nampak tak ketaklakuan kau sekarang" tambah Mar sambil tersenyum senget

Raf berdecit sebelum tersenyum sinis.

"No! I'm not too easy to be a loser. Ni Raflah. Kita tengok sampai bila dia nak menyombong dengan aku" ujar Raf yakin. Berpandangan Kay, Alex dan Mar.

"Ha? Kau nak buat apa? " tanya Mar hairan.

"Adalah. Sweet talk's games" ujar Raf penuh makna. Dia mengenyitkan mata ke arah Mar. Mar menjulingkan mata.

"Kau jangan main main. Jangan sakitkan anak orang Raf" Kay beri amaran. Jahat mana pun dia, mereka tak dayus weii.

"Eh tak! Aku takkan sentuh dia direct bro. Tapi aku akan sentuh dengan cara halus" Raf tersenyum lebar.

"Cara halus? "

Raf angguk.

"Cara hati dan perasaan. Hmmm, how that sound? " ujar Raf perlahan, seram.

Sesaat...

Dua saat...

Tiba saat...

"Biar betik kau ni bro?! "

"Kau serious ni? Seriously? Serious?! "

"Kau tanya sound, memang badlah oi Raf! " tinggi suara Mar. Berkerut dahinya.

"I am guys. She should know who I am. Let me introduce myself to her sweetly "tekad Raf.

Mereka sailing berpandang. Kalau Raf dah bertekad. Jangan halang, memang tak menjadi.

"So, maksud kau, kau nak dia jatuh cinta kat kau. Macam tu? "Tanya Kay sambil menggaru kepala.

"Correct! "

"Lepas tu, dia sayang kau...kau blah? Gitu? " teka Alex.

"Yup! It's right! "

"Biar betul bro!? Kan kita dah janji" Alex ragu ragu.

Mereka pernah berjanji takkan terlibat dalam cinta cintun masa zaman sekolah. Rimas. Tapi, Raf melanggarnya sekarang.

"Aku tahu. Tapi aku nak perempuan tu sedar sapa aku. No one reject me before" dah! Raf tercabar.

Kay dan Alex mengeluh.

"Okay! " ujar Mar tiba tiba. Terkejut Kay dan Alex.

"Apa ni Mar" bantah Alex. Tapi Raf senyum dapat sokongan Mar.

"Kita tengok. Kau atau Wina tumpas. Kalau kau menang, aku bagi kau kereta aku. Tapi, kalau kau jatuh cinta kat Wina, bagi aku jam kesayangan kau tu" cabar Mar.

Kay dan Alex ternganga. Kereta?! Biar betul? Audi tu. Weh! Kegilaan apakah in I? Harga kereta Mar tu berpuluh kali ganda dari harga jam Raf.

Mar tersenyum senget. Jam tu walau murah. Sangat berharga bagi Raf. Pemberian orang tersayang. Berubah wajah Raf. Lama dia diam.

"Okay deal! " jawab Raf yakin. Terkejut mereka. Lelaki dan ego tak boleh dipisahkan.

Mar senyum kemudian.

"We'll see" cabar Mar.

"You know me Mar" berlagak besar Raf.

Mar yakin dengan wajah dan pakej Raf, senang lelaki itu dapatkan seorang perempuan dengan kebolehan sweet talkernya. Tapi Raf tak tahu, tak semua perempuan sama. Tidak pada Wani.

Wait and see..

"Weh! Weh! Cikgu dah sampai" merit Izat, security kelas mereka.

Berterabur pelajar kembali ke tempat duduk sendiri.

Raf tersenyum saat terpandang Wani masuk. Hye, my experiment girl.

Mar mengalihkan pandangan ke arah lain saat dia terpandang wajah yang masuk bersama cikgu itu. Dia malas nak cari gaduh sekarang.

Siapa lagi kalau bukan musuh troublemaker... Headprefect .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience