BAB 19~Reen

Romance Series 5186

"Hai Syaf"

Sapaan itu membuatkan dia yang tekun menyiapkan kerjanya mengangkat kepala. Sebaik sahaja wajah itu menyapa wajahnya, terus dia berdecit. Hilang semua ilmu dia.

"Kau nak apa datang sini? " tanya Syaf acuh tak acuh. Dia kembalikan tumpuannya kepada buku. Sakit matanya tengok gedik Reen.

"I nak jumpa youlah. I miss you so bad sayang" luah Reen. Dia terus duduk di tempat Mar. Mar entah pergi mana merayap waktu rehat nak habis ni. Syaf menjulingkan mata.

"Kau dah nampak aku kan? Ha! Baliklah sekarang" halau Syaf tanpa menoleh pun. Reen tahan rasa dalam hati.

"No! I nak dengan you sini. Nak dating dengan you. Okay? " ujar Reen. Tanpa segan dia meraih tangan Syaf. Seperti biasa, ditepis.

"Aku tak rasa kau pekak Reen. Bodoh mungkin. Berapa kali aku kena cakap jangan sentuh aku? Jangan sentuh aku boleh tak?! " jerkah Syaf. Hilang sabarnya. Mata mula memandang ke arah mereka. Reen merengus kasar. Bilalah lelaki itu nak layan dia baik baik.

"Okay! I janji I takkan pegang you. Tapi, let me with you here. Please sayang" Reen masih kebal. Tak berputus asa. Syaf tarik nafas panjang panjang. Takut tangan sampai ke muka mulus itu. Kenapa Mar ni lama sangat pula?

"Lantak kaulah" ujar Syaf akhirnya. Malas. Reen senyum penuh makna. Syaf menyambung semula kerjanya.

"You buat apa sayang? " tanya Reen lalu mendekatkan dirinya ke tubuh Syaf tanpa lelaki itu sedar.

"Berjoget. Buta ke? " tembak Syaf sinis. Reen ketap bibir. Sabar, lambat laun kau milik aku Syaf.

"Eh, you buat soalan ni juga? Kelas kami pun buat latihan tu. Boleh you ajar I? Soalan ni... I tak tahu nak buat macam mana. Susah la. Boleh tak sayang? " pinta Reen tiba tiba sambil tangannya menunjuk ke arah buku Syaf. Entah apa dia tunjuk.

"Ni ke? "Berkerut dahi Syaf.

"Haah ni" Reen angguk yakin. Senyum kemenangan apabila Syaf memberi kesan positif. Mengena!

"Oh! Macam ni... "Syaf tanpa syak apa apa dengan relanya membantu. Pennya dicapai. Mulutnya tak henti menerang sehingga tak perasan tindak tanduk Reen yang miang. Menggeselkan badannya pada Syaf.

"Kau perlu guna rumus ni. Depan ni. Ha! Ambik ni. Lepas tu, kau masukkan nilai ni ke dalam rumus ni. Lepas kira, kau masukkan jawapan dia ke rumus panjang ni" terang Syaf, khusyuk. Bajet cikgu.

"Hmm, I will sayang" bisik Reen lembut. Wajahnya didekatkan ke muka Syaf.

"Lepas tu, kau... "

"Hoi!!! "

Pap!!!

Terkejut semua orang. Lantas Syaf dan Reen mendongak. Muka Mar yang merah mencerlung ke arah mereka dipandang pelik. Mar mencerlung tajam ke arah Reen lama.

"Apa you ni? Terkejut I. Kurang ajar budak ni kan sayang" marah Reen sambil memeluk lengan Syaf. Dia tahu Syaf benci Mar.

"Kepala hotak kau! Aku ke kau kurang ajar? Habis kau, alim sangatlah sampai nak cium goda dia? " kata Mar menahan panas hatinya. Syaf tersentak. Berubah riak Reen.

"Apa you cakap ni? You jangan tuduh I sebarang" nafi Reen sambil mengeleng. Mar tersenyum sinis.

"I tak tuduh you. I cakap je. Kan Wina? "Mar ikut rentak Reen. Wina yang tak jauh dari mereka dilibatkan. Wina mengangguk dengan muka serius memandang Reen. Nampak perbuatan Reen tadi.

"Apa yang kau buat Reen? " tanya Syaf, kebinggungan.

"I... I tak buat apa apa sayang. Believe me" Reen masih Bela diri. Mar menjulingkan mata ke atas. Menyampah.

"Yalah tu tak buat apa apa. Habis tu, mulut kau muncung muncung macam itik cacat kat pipi dia tadi apa? Kejang? " sindir Mar tajam. Berkerut dahi Syaf dengar.

"No! Sayang. I cuma nak dengar you ajar tadi. Tu yang I dekat you. Tu je. Perempuan ni yang buta. Mata juling" balas Reen. Bulat mata Mar. Holy shit! Juling kau kata aku?!

"So, what's the matter? " tanya Syaf kepada Mar. Mar merengus melihat respon Syaf. Dia bela perempuan tu? Fuck!

"Oh! Ajar. Kalau nak belajar, jangan menggatal kat tempat aku. Pergi jauh jauh. Buat kotor tempat aku je. Pergi blah bawa sayang kau ni! " halau Mar kasar. Tercengang Syaf. Dengan aku sekali dia halau? Apa dosa aku?

"Tempat you? Sebelah Syaf, you? " tanya minah karat ni. Tak percaya.

"Habis, siapa? Tempat bibik kau? Blahla adoi! Dahla datang sini tak diundang. Menyemak je kelas orang" ejek Mar. Merah muka Reen. Malu dan marah.

"Suka hatilah I nak datang sini. You siapa halang I? I nak jumpa boyfriend I. Bukan kacau you" bidas Reen. Degil. Dia paut lengan Syaf yang masih blank erat. Mendidih Mar dibantah.

"Sayang, kenapa dia duduk sebelah dia? I tak suka tau. I nak you suruh perempuan ni pindah tempat lain" arah Reen sambil menggedik memaksa Syaf. Tangan lelaki itu digoyang. Terketap bibir Mar tengok.

"Hoi! Kau siapa nak arah orang bagai? Anak pengetua ke anak menteri? Suka hati oranglah nak duduk kat mana. Menyibuk macam kelas ni dia punya. Kau tu yang kena pindah kelas sendiri" balas Mar sambil bercekak pinggang.

Ada yang angguk setuju di belakang kerana turut semak dengan kehadiran Reen. Setiap kali datang, mesti nak tunjuk gedik dia bermesra dengan Syaf. Macamlah lelaki tu layan dia. Tak serik pun asyik kena halau dengan Syaf.

"No! Sayang! Tengok perempuan Gila ni" adu Reen kepada Syaf. Syaf yang turut tak selesa menepis pegangan Reen. Perempuan ni kan, aku terajang takut melalak. Anak dara orang. Takut disaman mak bapak dia.

Bulat mata Mar. Gila kau! Kalau aku betul betul gila, botak kepala kau aku tarik rambut.

"Tak sedar diri punya perempuan! Kau lupa ke hati tu dia 'laaaammmaaarr' aku depan kau? Ingat? " ujar Mar. Berubah riak Reen.

"Siap bagi kiss lagi. Kau ada? " tambah Mar. Berlagak. Wow Mar! Hebat kau. Tapi dalam hati, confirm aku hantuk kepala kat dinding lepas ni. Malunya....

"Apa maksud you? Sayang, dia cakap apa ni? " Reen mengeleng tak puas hati. Syaf dipandang minta jawapan. Syaf tak menjawab. Tak nak masuk campur pergelutan Reen dan Mar yang berpunca darinya. Laku tak aku?

"Adoi mak! Lembapnya kau. Maksudnya, kami ni couple lah. Kau je yang menyibuk kat sini. Kan sayang! " nyaring suaranya memanggil Syaf. Nak bagi Reen cemburu kononnya. Dia siap mengenyitkan mata miang kepada Syaf. Percayalah, lepas ni, dia haramkan diri buat benda tu.

Nak pengsan satu kelas melihat Mar begitu. Dari Mar yang kasar kepada miang. Jangan hairan ada yang melamar seperti Syaf hari tu. Syaf terpempam menerima panahan itu. Reen terlopong.

"So, no words to say? Blahla apa lagi" dari tadi tak habis dia menghalau. Penat dah...

"No! I tak percaya. You penipu. Sayang! Say something please. Dia tipu kan" Reen masih tak percaya. Syaf didesak. Mar merengus.

"No! She is. She is my girlfriend. My sweetheart. And will be my queen" kata Syaf membuat Reen rasa nak Gila. Syaf bangun terus rangkul bahu Mar yang masih terkebil kebil.

"Am I right, sweetheart? " bisik Syaf dekat di telinga Mar. Sangat mesra. Mar hanya membalas dengan senyuman tapi mata menjeling tajam.

Merah muka Reen melihat pasangan itu. Terhentak hentak kakinya marah. Rakan sekelas yang menonton dari tadi tersenyum. Couple of the year...

"Shit! You're fucking bitch! " tengking Reen tiba tiba. Berhenti adegan Mar dan Syaf. Mar menjulingkan mata. Tak hairan dengan kemarahan Reen.

"I tak percaya korang. Korang tipu. Syaf tak pernah suka you. You yang rampas dia dari I. Kurang ajar you! " melenting Reen. Merah padam mukanya. Nafas turun naik menahan sakit hati.

"You...you. Dia bukannya suami you. Suka hati dialah suka siapa you. Dah habis you berceramah? Time up! Dipersilakan berambus you" halau Mar dengan 'hormat' dia.

"You... " Reen bangun dengan kasar. Tumbang bangku Mar. Dia tahu dia tak mampu berlawan dengan Mar. Tapi dia takkan lepaskan perempuan itu.

"You tunggu! I akan pastikan Syaf kembali pada I. Remember that! He's mine! " jerkah Reen sebelum membrontak keluar. Siap drama pintu berdentum lagi.

"He's mine... He's mine. Ha! Ambikla alien tu. Aku tak hairan" gumam Mar perlahan. Tahan geram.

"Aku dengar" tutur Syaf disebelah. Tak habis habis tersengih. Gembiralah tu Mar mengaku dia boyfriend depan semua orang. Eleh! Fake je pun...

"Aku tak cakap kau pun pekak" balas Mar sambil mengangkat kerusinya. Kalau kerusi aku rosak, naya kau!

"Sayang juga kau kat aku ya" Syaf masih tak selesai lagi dengan perasannya. Mengenyitkan matanya ke arah Mar.

"Hakalamak! Mamat ni... Menyesal aku halau Reen tadi. Biar perempuan tu rogol dia terus" ujar Mar menyampah. Syaf ketawa dengar. Dia takkan lupa hari ni.

"Hmm, aku boleh rasa sesuatu" ujar Jeff sambil berpeluk tubuh. Senyum penuh makna memandang pasangan yang bertikam lidah itu.

"Kalau macam tu, aku pun nampak apa yang kau rasa tu" balas Will sambil angguk setuju. Something untold.

"Aku nak tanya, kau ada bagi Mar makan apa apa tak? Kenapa dia tiba tiba gatal macam tu weh! Seram aku" Kay terlopong tak percaya. Ternganga.

"Dia mengaku BHD tu boyfriend dia weh! Apa ni?! " Raf tak habis goyang tubuh Alex. Tak puas hati.

"That's not our Mar" tu je yang Alex komen dengan rahang jatuh.

Share this novel

Nur Hidayah Ida
2020-05-17 18:54:35 

best...smbung plzz


NovelPlus Premium

The best ads free experience