BAB 10~Aku Cop Dia

Romance Series 5186

Syaf berjalan dengan muka serius mendekati meja pelajar yang sedang riuh rendah berbual itu. Sakit hatinya melihat kemesraan itu. Mentang mentanglah cikgu tak ada.

Pap!

"Opocot mak kau cepat! "

"Ok kpap pap! "

"O tok ku ketuk tok! "

"I love you Mar! Ha! Eh? "

Jeng... Jeng... Jeng. Senyap.

Sesaat...

Dua saat...

Tiga saat...

Semua mata tertumpu kepada Alex yang menekup mulutnya. Tak percaya. Habis lah. Yang paling terkejut, Mar.

"Weh! Weh! Kau cakap apa tadi tu" kata Raf, wakil mereka.

Alex rasa nak tampar mulut dia. Salahkan Syaf kejutkan mereka!

"Kau suka Mar? Serius? " tanya Kay pula. Dia terlopong. Mar diam. Tiada ayat keluar dari mulutnya. Syaf pandang semacam.

"Eh! Tak. Sorry Mar. Aku... Aku tak sengaja. Aku melatah wei. You know me" Alex kalut nak jelaskan. Tangannya macam nak berzapin.

"Agak agakla nak sebut love tu" tegur Raf. Alex berdecit. Tak apa! Cari cover.

"Ala! Tadi aku teringat kau praktis sebut I love you semalam. Kebetulan pula aku nak panggil Mar pula. Terus aku tersebut. Latah. Easy guys" terang Alex. Dia ketawa kecil. Tapi dia je syok sendiri. Yang lain pandang semacam terutamanya Mar.

"Mar, you don't believe me? " Alex target Mar. Gadis tu je boleh selamatkan dia. Mar tersedar.

"Ehem. Aku... Aku.. "Mar dah gagap. Shock confess. Ah! Tak boleh ni!

"Kau ni dah kenapa?! " tengking Mar tiba tiba sambil hentak meja. Dia berdiri.

Terhinggut bahu semua orang. Mereka pandang Mar dan Syaf yang bertentangan. Alex urut dada. Ingat Mar marah dia.

"Sergah sergah orang. Ingat lawak ke? Kalau orang mati kejung, kau nak volunteer kutip derma? " tu dia. Naga betina dah bangun. Seisi kelas senyap. Bad scene.

"Dah korang bising bising kat belakang tak apalah. Orang nak belajar depan tu. Kalau orang gagal exam, nak kau tanggung masa depan orang? " balas Syaf. Seperti biasa mata itu ditikam tajam.

"Eh! Kau nak belajar pergilah. Kami tak halang pun. Belajar sampai otak jam pun tak apa" bidas Mar. Dia mendongak menentang Syaf.

Pendek tu taklah pendek sangat. Setakat dagu Syaf je. Lelaki...

"Masalahnya, nak belajar macam mana kalau korang gelak mengalahkan mak lampir. Dahla sumbang. Ingat dapat ke ilmu masuk dengar suara cengkerik kau tu" sindir Syaf. Dia berpeluk tubuh.

Amboi dia! Suara aku merdu sama level dengan Dato Siti ni dia kata macam suara cengkerik?!

"Suka hati kitalah! Tak nak dengar. Tutup telinga kau. Senang. Tak pun, tulikan terus. Nak aku tolong? " Mar sama berpeluk tubuh.

Syaf geram. Ada je budak ni nak jawab. Nasib kau bukan bini aku. Kalau tak, lama mulut kau tu aku gigit!

"Apa?!! " tanya Mar garang melihat Syaf pandangnya tak berkelip.

"Lantak kaulah. Sekali lagi kau bising sini, Aku suruh korang berjemur kat padang tu. Last warning! " ugut Syaf.

"Eleh! Ingat aku hairan dengan hukuman kau tu. Oh tolonglah. Pergi blah" Mar mencebik tanda tak kisah. Tangan dilibaskan macam halau anjing.

Makin geram Syaf. Mencabar budak ni. Tangan Mar ditarik sehingga dekat muka mereka. Bulat mata mereka. Diam. Sikit je lagi...

"Kau... "

"Sayang! " watak tak diundang ini menganggu eye to eye mereka. Segera Syaf dan Mar menjauhkan diri mereka.

Semua orang pandang minah yang menggedik paut lengan Syaf. Ish kau Reen! Kacau bilau!

"Apa kau buat ni Reen? Kan aku dah cakap jan... "

"Sayang, I rindu you please" Reen pintas Syaf. Terlopong semua. Makwe?!!

"Ooi! Buah hati dah sampai. Hey! Report kat cikgu. Headprefect kena tangkap bercinta wei! Cepat! " jerit Mar tiba tiba.

Tersengih Alex, Kay dan Raf. Ada je idea Mar ni. Syaf cuak.

"Hoi Diam ah kau" Syaf tekup mulut Mar guna tangan. Kalut. Bulat mata Mar sambil tepis.

"Eee, apa kau ni?! Sentuh sentuh. Mahal mulut aku ni tau tak! " rungut Mar sambil kesat bibirnya.

"Hoi! Ingat aku nak sangat kau kiss tangan aku. Eww! Entah entah kau belum berus gigi sejak semalam" balas Syaf. Puas dia tengok riak Mar berubah. Ingat mulut kau je berbisa.

"Can... "

"Sayang! Kenapa ni marah sayang? Tak handsome nanti. Jangan layan perempuan ni. Gila! Meh baby make you calm down okay"

Alamak! Naik loya semuanya. Alex, Kay, dan Raf tahan tawa. Nak pikat, carilah elok sikit. Adoi!

Merah muka Syaf. Ada yang aku tengking ni selain Mar. Mar pula ketap bibir. Boyfriend,girlfriend sama je. Suka suka cakap aku gila.

"Hah! Aku gila. Tak apa. Oi perempuan murah! Tolong pupus ya. Tak dijemput, tak diundang. Menyibuk! Kau ingat dia tu laki kau ke pegang sayang bagai. Geli aku tengok. Dahla under age! " ha! Amik kau. Marahnya beralih pada Reen. Dah kau minah, kena tempias.

Kali ni Syaf setuju dengan Mar. First and foremost

"Eh, you ni dah kenapa memekik. Memang gila kan sayang. Dia jeles tengok kita tu" ujar Reen sambil pandang Syaf. Syaf tersengih pula tengok Mar tdrkejut dengan kenyataan itu. Dia tak jawab. Dia jeles ke?

"Alahoi minah! Perasaannya kau. Jeles?! Hoi guys! Dia ingat aku jeles. Minah tak cukup wayar, dengar sini. Aku tak kempunanlah dengan dia ni. Kau ambikla. Shuh! " Mar menghalau lagi. Mengetal bibir Syaf dibuatnya. Sombong kau ya...

"Sayang! Jangan ambil hati okay. Take it easy. Let me settle this girl first" amboi ayat dia. Minah ni acah acah pelindung pula dah.

Terhinggut hinggut bahu troublemaker's boy dengar. Belum lagi satu kelas. Hoi darling, lupa ke kau berdepan dengan Mar tu.

"Haalamak! Tak kuasa aku lawan kau. Takut terpisah tulang kaki kau. Cacat muka acah cantik kau ni nanti. Baik kau bawa boyfriend kau ni jauh. Sakit mata aku tengok. Berdenyut weh! "

"Watch your words bitch! " tengking Reen tiba tiba. Merah mukanya. Senyap orang. Mar diam seketika sebelum tersenyum sinis.

"Muka ayu mengalahkan Mas Idayu tapi pandai mencarut. Tak padan. Sesuailah kau dengan Syaf tu. Berlagak baik. Depan cikgu, alim. Belakang cikgu, tangkap bercinta. Orang dating dia tangkap. Diri sendiri salah sorok bawah bantal. Wow! Contohilah! " tajam sekali Mar.

Tiada seorang pun terkutik. Tumpuan utama, wajah Syaf. Oh tak tokku!

"Kau memang... " bergetar suara Syaf tahan marahnya yang membuak. Mata Mar terarah ke Syaf. Telan liur kesat dia.

Naga tadi dah baik cool kan, kau panaskan. Sekarang, hadap!

Pelajar lain ada yang berdoa agar tak ada nyawa yang melayang lagi ni.

"Ap... Apa? " Mar masih tak nak kalah. Ego dia.

Nafas Syaf tak teratur. Marah sangat. Calm down. Otaknya mula berfungsi rasional. Wait and see.

Dia senyum tiba tiba buat semua orang meremang segala bulu roma. Syaf dah macam orang psiko. Mar apatah lagi, dia pantang lelaki tu senyum. Mesti ada sesuatu.

"Mulut kau ni memang tak boleh tutup. Nak tumbuk, kasihan. Kau comel" ujar Syaf perlahan. Dalam hati hanya Tuhan tahu betapa dia nak tengok gadis tu kena belasahnya. Sabar ya.

"Hah?! " bukan Mar je macam tu, semua yang tengok drama tu.

"Okay! Aku bersalah. Tapi aku tak boleh tak ada kau. Biar aku bawa kau sekali bermasalah"

Selesai berkata begitu, Syaf mendekati Mar. Gadis itu dirangkul dari belakang.

Mar terkejut. Belum sempat buat apa apa, bibir Syaf singgah di pipinya.

Cup!

Krik... Krik... Krik...

Apakah?!!!!!

Tercenggang semua orang. Tak terkata. Mar kaku. Otaknya masih tak berfungsi. Terkejut. Syaf senyum lihat reaksi itu.

"Korang dengar. Aku dah cop dia. Dia kekasih aku mulai sekarang. Kalau nak report kat cikgu. Silakan" kata Syaf sambil senyum.

Tiada siapa menjawab. Termasuk Reen yang tengok pujaan hati curang depan mata.

"Sekarang, kau dan aku sama bersalah. Deal kan? Jom jumpa pengetua sama sama. Can't wait through all together with you" bisik Syaf sambil mengenyitkan mata.

Mar tersedar. Muka tak payah cakap. Bibir diketap kuat.

"Lelaki tak guna! Mampus kau! " jerit Mar tiba tiba.

Tangan diangkat. Nak bagi penumbuk tapi tangkas Syaf tangkap. Syaf bersedia sebelum berhadapan dengan Mar ni. Semua serangan maut Mar ditepis.

Gerun orang tengok. Rasa nak panggil je cikgu. Tangan Mar ditahan, kaki Mar ditepis. Tak pula dia balas serangan gadis tu

"Mar" panggil Raf, memang dia tak boleh dekat. Entah hancur muka dia Mar tumbuk. Tapi, untuk sedarkan Mar dari terus menggila.

Mar berhenti apabila dia mula letih. Syaf senyum. Mar tunduk. Dia perlu tenang. Dia tak nak lelaki itu mati sebelum dia balas dendam.

"Letih? Aku dah cakap, jangan cabar aku" Syaf masih nak sakitkan hati Mar. Mar pandang Syaf tajam.

"Okay! Let's start your game" kata Mar sebelum keluar.

Bum!

Syaf senyum dengar. As your wish sweetheart...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience