BAB 11~ Kau Suka Mar?

Romance Series 5186

Alex, Raf dan Kay menggaru kepala. Ketandusan idea. Berkumpul di padang sekolah dengan muka seperti orang hilang bini. Mana taknya, member mereka paling bodoh, nakal, sempoi tengah meroyan tak ingat dunia.

"Argh! Macam mana ni? Dah 2 hari Mar macam tu. Risaulah. Dahla dia tak pergi sekolah. Entah entah kejap lagi dengan segala dinding bilik gim tu dia kerjakan" ujar Raf dengan muka cemberut.

"Aku pun risau ni. Bilalah Mar tu nak berhenti? Aku rindu dialah" luah Kay.

"Aku pun" jawab Alex dan Raf serentak sebelum mereka mengeluh. Baru dua hari...

Dah 2 hari Mar tak datang sekolah, tak tunjukkan muka kat mereka. Dah tak mengajak mereka buat kerja gila di sekolah. Hanya Tuhan tahu betapa sunyinya mereka.

Mereka betul betul risau melihat Mar yang seperti hilang akal. Dia habiskan harinya di gim melepaskan marahnya disitu. Tiada siapa berani masuk bilik. Gerun. Takut balik, muka pecah. Hanya mereka bertiga yang berani tu pun jauh.

"Kalau tak pasal setan tu, benda ni tak jadilah. Geramnya aku. Kalau ikutkan hati aku, dah lama dia aku belasah. Sebab dia Mar macam tu" rengus Alex geram. Penumbuk digenggam. Tak puas hati.

"Haah. Aku pun tak sangka dia berani sampai macam tu sekali. Kalau setakat ajak couple, okay apa tapi dia siap kiss. Mana tak meroyan singa kita tu" ujar Raf pun. Masih ingat kejadian 2 hari lepas.

"Apa masalah dia dengan Mar sebenarnya?" Tanya Kay. Alex dan Raf menjongket bahu tanda tak tahu.

"Kalau dia benci Mar dan kita sebab kita ni troublemaker, logikla juga kan. Tapi kes ni, dia hanya nak libatkan Mar je. Korang tak rasa pelik ke? " kata Raf, cuba berfikiran rasional. Terangguk angguk Kay dan Alex.

Lama mereka diam. Lagaknya macam fikirkan cara nak selesaikan masalah negara. Yalah, mencari punca peperangan Iran Iraq itu.

"Alamak! " Kay tiba tiba duduk tegak mengejutkan mereka.

"Kau kenapa? Apa yang berlaku? " tanya Alex, tak sabar. Dia muka tak senang hati.

"Entah entah budak BHD tu suka Mar tak" teka Kay dengan riak terkejut. Bulat matanya

"What!!! "

"Apa kau cakap ni?!! "

Terkejut beruk mereka berdua. Kay angguk tanda yakin. Mereka saling berpandangan.

"Tu je yang aku fikir sekarang weh! Kan dia target Mar je kan. Takkan target kita. Kita lelaki. Mana dia suka" ujar Kay dengan akal logik dia.

"Ya tak ya juga" Raf mula terima.

"Kan" Kay senyum lebar sekolah kenyataan dia benar.

"Mustahillah" Alex membangkang. Kay dan Raf pandang Alex pelik.

"Kenapa pula? " tanya Kay tak puas hati.

"Diorang kan selalu gaduh. Korang pun tahu mereka tu pantang berjumpa. Mesti ada je kes berlaku. Mana ada suka suka" Kali ni Alex keluarkan pendapat dia.

"Aku ada juga rasa macam tu. Tapi perasaan kita boleh bertukar tukar je. Contoh, benci pergi cinta. Macam dalam drama tu" ujar Raf pula.

"Kau ni, tak habis habis dengan drama. Aku hempuk kang" ujar Kay geram. Waktu macam ni, ada juga dia selitkan drama

"Apa? Betullah. Kalau kes Mar dan BHD tulah. Orang pernah cakap, jangan benci sangat, nanti jatuh cinta. Ha! " ujar Raf. Penyakit doktor cinta Mar beralih kepada dia.

"Sejak bila kau pandai bermadah ni. Cakap ikut pengalaman ke? Kenapa? Kau dah jatuh cinta kat Wina yang kau benci tu? Yang cabar ego kau tu? " tembak Alex. Berubaj riak Raf.

"Hoi! Mana ada! Jatuh cinta dengan dia? Oh tak mungkin dan takkan" ujar Raf sombong.

"Tak nak kalah dengan Marlah tu" muncung Kay.

"Hoi! Korang ni dah kenapa? Kita nak cakap pasal Mar kan. Menyimpang kat aku kenapa bangang" marah Raf, geram dia dengan jebon berdua ni.

"Dah kau buka cerita. Kami ikut jelah kan" kata Kay sambil tersengih. Raf dah berura ura nak angkat kaki ke muka Kay. Kay ketawa sambil menepis

"Dah. Back to story, kalau betul BHD tu suka kat Mar, kita nak buat apa? " tanya Raf.

"Kita kena hentikan dia" ujar Alex dengan muka serius. Raf dan Kay saling berpandangan.

"Alex, kau suka Mar ke? " tanya Raf, tak nak simpan persoalan itu lagi. Tersentak Alex.

"Eh? Apa korang nerepek ni? " Alex mengawal riak tapi mana dia boleh tipu jebon berdua tu.

"Come on man. Cakap jelah. Kami buka tak kenal kau. Dah 5 tahun member. Masih nak berahsia dengan kami? " kata Kay, pandang Alex semacam. Alex telan liur.

"Macam mana korang tahu? " tanya Alex perlahan. Terbongkar isi hatinya

"Jadi, betullah kau suka Mar? "Tanya Raf dengan riak terkejut.

Alex angguk. Berdegup hebat jantungnya. Kalau Mar tahu, apa reaksi gadis itu?

"Apa yang kau sebut masa latah hari tu pun betullah? " giliran Kay terkejut. Alex angguk sambil senyum.

"Berapa lama kau dah suka dia ni? " Raf pandang Alex tajam. Alex tunduk.

"I don't have any idea for that question Raf. Aku tak tahu bila dia muncul. Yang penting, aku suka dia, selesa, sayang kat dia. Dia faham aku buat aku rasa perasaan yang tak ada pada orang lain" luah Alex. Merah mukanya.

Ray dan Kay diam. Mereka faham. Memang Mar layan mereka dengan baik. Mesra, ambil berat, macam keluarga. Tu mereka suka Mar. Tapi belum sampai tahap cinta. Mereka kenal Mar. Tapi, Alex terlebih tafsir layanan itu.

"Aku pernah terfikir benda ni berlaku. Tapi, aku tak pernah harap dia berlaku. And now Alex, apa ni? " keluh Raf sambil meraup wajah. Takut persahabatan mereka pecah hanya sebab ni.

"Aku... Sorry bro. Aku tak tahu. Orang cakap cinta boleh sampai bila bila masa je kan. Aku pun manusia biasa bro" Alex pertahankan diri. Turut mengeluh.

"Kau tahu kan Alex. Mar kan pernah pesan jangan jatuh cinta kat dia. Kau tahu pasal keluarga dia. Entah entah sekarang jodoh dia dah ditetapkan keluarga dia" kata Raf, mengingat.

"Tahu" jawab lelaki itu lemah

"Aku rasa bro. Baik kau buang perasaan tu dari sekarang. So, no one hurt" cadang Kay. Alex angkat muka.

"Aku pernah cuba. Banyak kali bro. Tapi, aku macam sayang perasaan ni. Aku sayang dia. What can I do bro. Dia terlalu baik untuk dilepaskan" rayu Alex. Terpempan Kay dan Raf. Alex dah tamak kerana perasaan itu.

Betullah kata orang, kalau lelaki dan perempuan berkawan baik, mesti sorang jatuh cinta.

"Kenapa aku rasa sekarang, lebih baik BHD tu suka Mar" ujar Raf tiba tiba.

"Raf!!! "

"Aku pun setuju dengan kau" tambah Kay.

"Apa korang ni? Bukan nak tolong aku" marah Alex, tak puas hati

"Bukan tak nak. Tak boleh. Kalau kau teruskan perasaan tu, persahabatan kita hilang bro. You know Mar better Alex. Dia pasti tinggalkan kita kalau dia tahu. Dia pun tak nak lukakan kau, kita. Dia sayangkan kau juga. Tapi, keadaan tak izinkan" Ujar Kay panjang lebar.

Terdiam Alex. Rasa nak menangis pun ada. Dia sayang Mar, sayang persahabatan mereka. Banyak dah mereka lalui bersama. Dia tersepit. Apa perlu dia buat? Alex meraup wajah.

"Sorry bro. Kalau kau nak teruskan, aku tak hairan kita kehilangan Mar. Mar sayang keluarga dia tapi sayang kita juga. Kau sendiri dapat jangka macam mana hidup Mar lepas sekolah ni. Kau teruskan, kita kehilangan Mar terus. Better lupakan, so no one leave " ujar Raf pula, menasihat. Alex kelu seketika.

"Okay, tapi kenapa mesti BHD? Bukan orang lain? " kata Alex akhirnya.

Raf dan Kay senyum. Lega.

"Sebab... Hanya BHD tu je berani patahkan serangan Mar"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience