BAB 14~Kau laku?

Romance Series 5186

Mar merengus memandang meja. Itu entah ke berapa ratus kali. Mejanya penuh dengan bunga, coklat, surat, kotak hadiah bagai sejak dia berubah 'ayu'.

Beg diletakkan atas kerusi sebelum satu kad yang terselit pada sejambak bunga Ros dicapai. Fuh! Wangi. Letak bedak ke apa?

Dear Marlene,
I don't know when & how this beautiful ful feeling come for you. Honestly, I love you with all my soul. Here roses for you baby. Have a nice day love...

                                Your secret admire?

Wekkk! Naik loya weh! Mar tarik nafas dalam dalam. Nak je dia koyak kad itu, kemudian pijak pijak. Lepas tu, kutip, bawa balik, bakar. Siap! Tak habis dengan cinta dia...

"Wow! Orang dapat cinta lagi doh! " tiba tiba Raf menyergah sambil merampas kad itu dari Mar. Hampir saja tangan Mar melayang, bagi setempek.

"Kau dah sayang nyawa ke macam mana ni? " sindiran Mar itu buat Raf tersengih. Tahu Mar marah.

"Okay. Take it easy girl. I'm so sorry baby" rayu Raf sambil mengenyitkan matanya. Mar menjeling tajam.

Ingat berjaya ke pujuk aku dengan gaya kasanova kau? Cuiii... Wina, aku sokong niat kau tolak lelaki ni.

"Morning baby!!! "

Ni sorang. Agaknya, kejap lagi melayang nyawa jebon bertiga tu Mar kerjakan.

"Oi sial! Nak penampar ke penumbuk? Nak aku terajang ke aku sepak? Kau pilih. Aku bagi diskaun" marah Mar, geram. Kay cepat cepat angkat kedua tangannya. Mengalah tanpa berlawan.

"Ala! Janganlah marah. Cemberut muka kau tak cantik, aku tak tanggung. Lari semua peminat kau nanti. Tak merasa lagi aku coklat percuma macam ni lagi" pujuk Kay. Coklat Cadbury dibuka tanpa minta kebenaran.

"Biarlah. Lari semua, jangan datang terus. Lagi aku suka" kata Mar tanpa perasaan.

"Aik? "

"Peliklah kau ni Mar. Orang kalau ada secret admire melambak macam kau ni happy tau. Untung. Dapat barang mahal tanpa keluarkan duit. Contohnya, ni"

Alex tanpa rasa bersalah buka kotak hadiah yang bereben bagai. Jam Casio yang sold out dipasaran sekarang dikeluarkan dan dipakai. Confirm, peminat ni orang kaya.

Tersembur ketawa Raf dan Kay tengok tangan Alex yang pelik mengenakan jam tangan perempuan itu.

"Bodohla kau ni sial! "

"Sumpah wei! Sesuai kau jadi mat jambu. Padan lembut. Abanggg... " usik Kay sambil menggedik. Alex hanya tersengih. Tapi, Mar tak...

"Hoi!!!! " memetir suara gadis itu. Satu kelas pandang mereka sebelum sambung kerja masing masing. Dah biasa kumpulan itu selalu buat bising. Sekarang, cikgu takda, makinlah melalak. Gosip apa entah.

Nasib pengawas dipanggil mesyuarat. Kalau ada, korang RIP

"Kus semangat. Apa ni Mar?! Kalau ya pun, bagi salam dulu. Kesian jantung aku ni. Dah tak sayang aku dah?" Adu Alex. Dada diurut. Nasib jam tadi tak melepas. Kalau tak, haish...

"Ha! Padan muka. Yang kau pandai pandai buka kotak hadiah tu kenapa? Tu untuk akulah bangang" ujar Mar, geram dengan sikap tak semengah rakannya.

"Aik? Dah kenapa pula? Tadi macam tak kisah" Alex menggaru kepala, keliru dengan sikap Mar.

"Memanglah. Dah kau buka tu, siap pakai lagi. Dia yang hantar hadiah ni akan ingat aku terima perasaan dia bangang" terang Mar. Terangguk angguk mereka. Baru faham.

"Tapi bukannya salah pun. Dah dia bagi, ambikla" ujar Kay.

"Haah. Tolak, rugi. Mahal ni" tambah Raf. Mar mengeleng. Fikir untung je hobi

"Ha, tulah kau. Baru sekarang nak kalut. Tahu tak suka benda macam ni, apasal berubah? Kan bagus kalau kau macam dulu. Tak pening" komen Alex.

"Aku dah kata aku ada sebab kan. Kalau tak, memang tak teringin aku macam ni. Selisih jauh jauh" ujar Mar sambil mengeleng.

"Kau betul betul gila kali ni Mar. Tak sangka aku kau berani ambil risiko macam ni" luah Kay sambil merampas coklat dari Raf. Terjerit marah lelaki itu. Kay tayang muka selamba badak.

Mar mengeleng. Banyak lagi coklat tu. Saja nak berebut, acah budak. Tak sedar diri tua dah.

"Saja. Cuba cara baru" tu je dia jawab.

"Yalah tu. Lantak kau. Kalau dia confirm jatuh cinta dengan kau, aku tak kisah la. Kalau dengan kau kau sekali macam mana? Ha? " Tanya Raf.

"Ha! Ha, tak tahu. Fafam mafa tu? Ha! Fawab fu ha" rasa nak dihempuk guna bunga ros je tengok perangai Kay yang tak senonoh. Mulut penuh masih nak bercakap.

Alex diam. Tak mampu dia buka mulut dalam hal ni. Masih belajar. Dalam proses menganggap dia dan Mar hanya layak berkawan. Tak lebih. Lebih baik hilang cinta, jangan hilang kawan... Kan?

"Kalau benda tu berlaku, aku quit. No matter what" ujar Mar, perlahan. Senyap seketika mereka berempat. Tak mustahil kan...

"Tapi, tu mustahillah wei! Merepek korang ni. Cerita pasal aku je mana aci. Korang macam mana? " Mar memecahkan suasana itu sambil tersengih.

"Macam mana apa? "

"Tulah. Apa benda kau cakap ni? Straight la sikit tu to the point. Penat main teka teki" ujar Kay sambil tangan ligat buka satu bungkus lagi coklat. Mar merengus.

"Kura kura dalam perahu, buat buat tak tahu la pula. Apa... Apa. Aku tanya pasal kau dengan Winalah. Apa cerita? Kau kalah kan? Jam mari bro" Mar hulurkan tangan. Berubah riak Raf.

"Apa kau ni? Tak sabar menyabar. Belum lagi okay. On the way to win. Haha" Raf ketawa jahat. Dalam hati, cuak.

Jam dipandang. Sayang. Teringat Audi, takut melepas hadiah peraduan itu. Memiliki kereta itu percuma hanya dengan memenangi hati seorang perempuan. Cakap senang tapi nak jayakan, aduh... Patut Mar berani taruhkan keretanya

Hati Wina tu hati batu ke apa? Habis model dia pikat gadis itu tapi tak berjaya. Wina memang layan tapi acuh tak acuh je. Sakit hati kita. Dia takut kalah, jadi kena berusaha lebih lagi. No man want to be a loser. Gitu?

"Hoi! Lamanya. Mana boleh. Tak kira. Bagi aku. Kalau tak, aku bagitau Wina rancangan kau dan perasaan kau. Try me" ugut Mar. Raf mencebik.

"Ada aku kisah. Aku... "

"Wina! " jerit Mar tiba tiba. Kalut Raf. Pucat wajahnya. Dengan Wina yang memandang mereka tak berkelip. Hairan.

"Wina! Dengar ni. Sebenarnya Raf su... Ummphh"

"Hoi! Diamlah sial. Okay! Okay! Ish, Wina, you can continue your work darling. Don't mind this asshole" Raf tekup mulut Mar kuat. Mar menepis sebelum ketawa. Wina menurut pula. Kay dan Alex hanya tengok. Perangai...

"Bagi aku masa Mar. Please. Hati dia keras sangat" akhirnya Raf mengadu. Terkelip kelip matanya.

"Ha! Tahu kecut. Tu berlagak lagi. Ingat semua perempuan makan saman sweet talker kau tu" ejek Mar. Raf berdecit. Dalam hati, mengaku betul.

"Apa susah Raf, confess jelah. Senang" cadang Kay. Raf menjulingkan mata.

"Mengata orang. Kau bila pula confess" tembak Mar. Tercengang Kay. Kita pula kena.

"Confess kat siapa? Mak kau?" Tanya Kay acuh tak acuh. Bukan tak tahu maksud Mar.

"Ceh! Mengelak. Siapa apa? Aisyah la. Lama budak tu tunggu kau" ujar Alex, baru bersuara. Kay mengeluh. Nama tu...

Sejak jumpa gadis itu pertama Kali, hati dipaut. Bertambah bahagia apabila gadis itu sering contact dengannya. Pelajar tingkatan 4 itu mencuri hatinya. Comel, sederhana. Haih...

Tapi, kala hati mula menerima, ceh... Badai, ribut, kilat, hujan melanda. Tsunami hatinya.

"Aku tak ada apa apa lagi dengan dia. Kawan je" ujar Kay, tunduk.

"Kenapa? Takkan Aisyah nak melepas kat kau? " tanya Mar. Berpandangan dengan Raf dan Alex.

"Dia ada orang lain dah"

"Hah?! Kau biar betul?! "

"Apa tak betul. Aku nampak dengan mata sendiri dia tengah bahagia, peluk tangan, mesra dengan boyfriend dia kat mall. So, buat apa aku nak stay dengan girlfriend orang" cerita Kay. Diam seketika mereka.

"Oh, broken heartla ni" usik Alex, tersengih. Kay geram terus sekeh kepala Alex tanpa amaran.

"Kau yakin ke tu boyfriend dia? Mana tahu orang lain ke? Macam dalam drama" Raf masih tak habis dengan otak dramanya.

"Hotak lu drama. Kalau bukan boyfriend, dah tu apa? Bapak dia? Lelaki tu sebaya dengan kita. Mesra lagi, pegang tangan. Paut paut. Ketawa. Bukan boyfriend ke tu" ujar Kay geram. Sakitnya hati tu...

"Haalamak wei! Ada orang jeles woi. Buruk muka. Adoi. Tengok. Rugi melepas. Sekali dalam banyak kali ni" tiba tiba Alex melalak. Buk! Kena sebijik di perut. Asal tak report je pergi menteri Alex?

"Yeke? Kau ada tanya dia tak siapa tu? Mana tahu, abang dia ke, kembar dia? Kalau family, memanglah manja. Takkan dengan kau je" sempat Mar sindir. Kay diam

"Dia ada contact kau tak? Mesej ke, call? " Mar macam polis.

Kay angguk. Memang ada Aisyah mesej minta penjelasan kenapa dia tiba tiba dingin, tak nak kawan. Hmm...

"See. Kalau dia ada orang lain, tak adanya dia pandang kau. Baik layan buah hati dia dari layan kau merajuk tak tentu pasal" ejek Mar. Kay ketap bibir. Orang tengah sedih boleh pula dia sindir.

"Yalah yalah. Kau menang" Kay akur. Hoi, tak sabar balik sekolah. Nak bermanja semula dengan Aishah comeyyy kita. Adeiii...

"Semua kita langgar perjanjian. Alex je setia. Peraturan sekolah selamba badak langgar" sindir Raf. Alex menjeling tajam.

"Yalah. Kita sedar, tak laku. Bukan macam korang" ujar Alex. Kelopak bunga ros dicabut, ditabur.

Lepas siap, kau sapu! Kotor bawah meja aku.

"Hekeleh. Bukan tak ada, kau jual mahal" komen Mar. Mereka pandang Mar semacam.

Nak jual apa, kau dah beli dah.

"Betul apa. Siapa suka? Muka dahla tak handsome macam Robert Pattison" Alex buat bajet sedih.

Raf dan Kay buat gaya nak muntah. Cakap je kau masih belum move on dari Mar kan...

"Tahu tak apa" kata Mar. Terketap bibir Alex. Bukan nak kesiankan kita.

"Tapi kau tak tahu sesuatu"sambung Mar.

"Apa? " Alex tak tahan dari bertanya.

"Your secret admire" bisik Mar sambil senyum. Terkebil kebil Alex.

"Weh! Siapa Mar? Siapa perempuan malang tu" ujar Kay tak sabar. Macam dia punya peminat. Nasib kawan, kalau tak, aku lempang.

"Nak tahu" Mar main tarik tali. Serentak mereka angguk. Mar senyum geli.

"Okay. Nak tahu. Dia adalah...

"Err.. Hai, sorry ganggu. Mar ada? " suara itu menarik perhatian mereka.

"Isha! There you are. I'm coming" jerit Mar lantas menuju ke arah Isha. Bahu gadis itu dirangkul. Isha hanya senyum simpul.

"Jom pergi. Alex, bunga tu sapu. Kalau tak, siap kau aku balik nanti" ujar Mar. Sebelum hilang, sempat dia mengenyitkan mata ke arah rakannya yang tercengang.

"Weh! Apasal Mar ada member baru kita tak tahu? " ujar Raf sambil goyang bahu Kay. Tak puas hati.

"Mana aku tahu. Aku macam pernah jumpalah budak tu. Cantik weh. Kan? Ada orang punya tak? " kata Kay, tersenyum gatal. Aisyah, ingat Aisyah kau Kay.

Alex diam. Dia juga rasa macam pernah jumpa. Tapi kat mana? Kemudian dia biarkan. Malas nak ambil tahu.

Kita memang boleh buang perasaan kat seseorang tapi tak boleh lupakan yang dia pernah mengukir nama di hati.. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience