BAB 9~ Rahsia Isha

Romance Series 5186

Hari ni bermula sesi mencuci tandas. Pelajar yang nak masuk tandas terpaksa batalkan niat tengok muka cleaner tak rela itu.

"Heee, lecehla. Dalam banyak banyak benda, tandas ni juga dia target" bebel Mar dari tadi.

Makin sakit hatinya apabila Susan dan Far tak datang, ponteng. Nanti korang. Tahulah aku kerjakan. Mar sambung menyental tandas guna mop sambil terkumat kamit. Baca mentera. Yalahtu...

"Err... Mar"

"Apa?! " sergah Mar kasar. Kus semengat. Pucat muka Isha. Menikus dia. Mar merengus. Tulah! Aku tengah marah marah jangan kacau. Kan dah kena.

"Maaf. Kau nak apa? Nak serbuk lagi? " tanya Mar muka kendur. Serbuk pencuci disuakan ke arah Isha. Isha mengeleng.

"Habis, nak apa? " tanya Mar hairan. Isha masih tertunduk.

Dia ni, kalau diambil jadi orang gaji aku kat rumah, tak perlu interview bagai. Lulus!

"Saya... Saya nak minta maaf kat awak sebab libatkan awak dalam masalah saya. Sampai awak terpaksa cuci tandas ni bersama saya " ujar Isha perlahan. Mar menggaru kepala.

"Ooo, tu je ke? Kau tak salah besar pun. Aku dah maafkan. Lagipun aku memang nak ajar minah berdua tu" ujar Mar. Lega Isha dengar.

"Terima kasih Mar" ucap Isha. Mar hanya angguk sebelum sambung kerja.

"Haih! Mana pontianak berdua tu. Ada makan tangan aku kejap lagi. Isha, kau ada nampak tak?" Mar sambung bebel. Isha mengeleng. Mar merengus.

Isha senyum melihat Mar. Mar nampak kasar luar. Tak suka tunjukkan kelembutannya sebagai wanita. Banyak cerita tentang Mar pelajar bermasalah di sekolah. Tapi Isha tahu mesti ada sebab Mar berbuat begitu.

"Isha oi! Alamak termenung pula dia" suara Mar menyedarkan Isha. Terpinga pinga dia.

"Hah? Awak cakap apa tadi? Maaf" ujar Isha. Mar berhenti menyental lantai tandas tu guna mop.

"Aku tanya kau, apa rahsia yang Susan dan Far nak bocor tu sampai kau sanggup ikut je apa diorang cakap? If you don't mind, tell me then" ujar Mar sambil bersandar di dinding.

Isha terkejut. Lantas dia tunduk. Merah mukanya. Malu. Hairan Mar melihat. Nak kena sawan ke?

"Eh. Kalau kau tak nak cerita, tak apa. Tak kisah pun. Saja je nak berbual dengan kau dalam tandas ni" ujar Mar cepat. Kemudian, dia sambung kerjanya.

"Err... Mar" panggil Isha tiba tiba. Mar menoleh. Menjongket kening bertanya apa.

"Mmm... Mmm, sebenarnya saya ada suka seseorang kat sekolah kita" Isha buka cerita.

"Then" Mar berpeluk tubuh.

"Saya lama suka dia. Saya selalu usha dia. Orang cakap dia tu tak boleh dibuat pasangan tapi saya tak percaya. Saya tengok dia seorang yang baik, suka senyum, suka tolong orang. Saya jatuh cinta kat dia masa kali pertama jumpa" luah Isha.

Mar terkebil kebil. Cinta la ni...

"Tapi, saya tak berani nak confess. Saya takut kena reject. Saya simpan rahsia sorang sorang. Sampai satu masa tu, Susan dan Far jumpa diari saya. Sejak tu, mereka buli saya macam macam. Kalau saya tak nak, mereka ugut rahsia tu akan tersebar. Saya tak nak dia malu sebab saya. Tu saya turutkan" cerita Isha. Mar terangguk angguk.

Cintalaa...

"Buli orang lain dengan pergunakan kelemahan. Nanti korang. So, Isha... Can I know who that lucky guy? " tanya Mar. Isha tersipu malu.

"You know him better than me Mar" Isha berteka teki.

"Hah? Siapa? " Mar garu kepala. Setahu dia, kawan dia perangai macam setan.

"Aa... Alex" Isha terus tekup mulut. Muka macam udang bakar. Mar tercengang. Aku tak pekak kan?

"Ap... Apa? Alex? Kau biar betul? " bulat mata Mar. Isha angguk. Terlepas ketawa Mar selepas beberapa ketika. Siap pegang perut. Isha tunduk. Kau ni Mar...

"Sorry. Sorry. Aku tak tahan. Adoi! " ujar Mar dengan sisa tawanya.

"Banyak banyak orang sini, Alex juga kau suka. Tapi aku tak salahkan. Hak kau. Tak sangka laku juga member aku tu" kata Mar lagi. Isha tersenyum.

"So Isha, kau kena buli hanya sebab Alex. Kau tak rasa berbaloi ke? Kalau Alex dengar ni, confirm dia terharu" usik Mar.

"Eh, jangan! " tegah Isha.

"Kenapa pula? " kehairanan Mar dengan Isha ni.

"Sa... Saya tak nak dia terbeban dengan perasaan saya. Dia layak dapat yang lebih baik dari saya" ujar Isha, merendah diri. Mar berdecit.

"Kau belum cuba dah berputus asa. Kalau awak terus diam macam ni, macam mana dia nak tahu kau suka dia" kata Mar.

"Saya takut kena reject. Nanti dia benci saya" kata Isha perlahan. Mar senyum pula.

"It's normal. Kalau kena reject, sekurang kurangnya dia tahu kau sayang dia daripada kau pendam sorang. Lagi sakit. Banyak lagi orang lain nakkan kau yang baik ni Isha. Tu sebab, kalau Alex tolak kau, memang rugi tau" kata Mar sambil ketawa.

"Kalau dibandingkan saya dengan peminat dia yang lain, mereka lebih hebat, baik untuk Alex" degilla Isha ni.

"Isha, listen. Aku kenal Alex tu macam mana. Dia tu memang open. Ramah. Semua orang jatuh cinta dia dengan layan mesra. Termasuk kau. Tapi tu tak ada makna kat dia. I mean, nothing special through his action. Dia tak memilih. Kaya atau miskin. Tu sebab kau suka dia kan" tanya Mar. Isha angguk.

"Dia banyak menangi hati perempuan. Aku jujur. Dia cerewet pilih perempuan. Dia suka perempuan yang kuat, tahan dengan sikap dia yang terkadang bodoh. Dia suka main tarik tali. Hard to get. Dia pentingkan kesetiaan. Kalau kau belum buat apa apa lagi dah putus asa, mana dia pandang. Setia macam mana kau, mana usaha kau dapatkan dia Isha. He's look at that. Bukan rupa, status. But, what you do for him? " ujar Mar panjang lebar. Isha kelu.

"Jadi, lepas ni, kau jangan takut selagi dia belum kenal kau. Dia memanglah reject kalau kau terus confess. Let him know about you first. Lepas dia selesa dengan kau, apa lagi. Ngapla. Reject tak reject tolak tepi okay" sokong Mar. Isha angguk.

"Kalau kau buat dia jatuh cinta, you're winner. The first queen" ujar Mar sambil senyum. Siapa tak nak tengok kawan bahagia. Isha terharu.

Fuh! Kau patut berhenti belajar jelah Mar. Jadi doktor cinta terus. Senang.

"Terima kasih Mar" ucap Isha. Tak sia dia bocor rahsia kat Mar.

"Welcome. Tapi aku masih tak sangka kau suka jebon tu. Haih, kalau dah cinta" usik Mar. Isha ketawa.

"Woi! Bahagia nampak cuci tandas. Padan tandas ni dengan korang. Cleaner" sapaan tak diundang itu buat Mar dan Isha menoleh. Kelihatan Susan Dan Far tersenyum sinis.

"Hoi! Minah! Cakap siang pandang pandang. Mengata orang, diri sendiri cleaner. Ada hati nak mengular. Cepat kerja! Selagi tak bersih, jangan keluar" memetir suara Elly dari luar. Berdecit mereka berdua.

Mar dan Isha tahan tawa. Kena tangkap, patut mari.

"Isha! Mar! Korang balik kelas. Biar mereka je buat. Padan muka" arah Elly. Berkembang hati Mar dan Isha dengar.

"Roger boss"

"Hei! Mana aci. Diorang pun... "

"Diam! " bentak Elky, garang. Susan dan Far merengus sambil hentak kaki masuk.

Mar tersenyum nakal. Batang mop dia tolak ke hadapan Susan dan Far. Tak sempat elak, terus terpijak. Apalagi...

Kedebuk...!!! Awww...

Tercenggang Elly dan Isha. Hanya Mar yang ketawa terbahak bahak tak ingat dunia sebelum Elly dan Isha ikut sekali.

Indah pemandangan. Susan tertiarap ke depan. Muka tersembam ke lantai tandas. Ewww. Far pula terlentang. Elok dia terbaring di lantai vvip tu.

"Oops, enjoy your day okay. Sentallah lantai tu pakai baju sekolah korang. Alang alang terkena air. Confirm bersih" ujar Mar sambil ketawa.

"Maaaaaaarrrrrr!!!!!!!"

Bergema tandas. Satu sekolah dengar. Mar dah memecut lari sambil ketawa.

Ha, kenakan aku lagi ya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience