BAB 12~Dendan Syaf & Kemarahan Mar

Romance Series 5186

"Dah dah la kau pandang sana. Aku pula yang sakit tengkuk tengok kau" tegur Will.

Pen ditangan diletak. Berhenti buat kerja. Begitu juga Jeff.

"Apa benda kau cakap ni? Mana ada" nafi Syaf sambil berdecit.

"Apa ingat aku buta? Tulah kau. Buat sesuatu fikir dulu. Kan dah jadi macam ni. Kalau anak orang gagal SPM, habisla kau" ugut Will. syaf memandangnya tajam.

"Salahkan aku. Dah dia cabar kan, mana aku boleh sabar. Aku jenis lelaki pantang dicabar, lainlah korang. Sentiasa bagi muka" ujar Syaf, angkuh.

"Yalah kau. Kau tu pelik. Orang lain kau okay je. Dengan Mar je kasar sampai nak mampus. Apa masalah kau sebenarnya? " tanya Jeff, bersandar pada kerusi.

"Haah. Betul tu. Kau benci dia, tapi ajak couple. Apa motif? " tambah Will.

"Aku nak dia kenal siapa aku" jawab Syaf sambil senyum penuh makna.

"Maksud kau? " Jeff musykil.

"Okay. Aku memang benci dia. Sebab, dia je orang yang berani lawan aku. Aku tak pernah kalah dengan perempuan. Tapi, dia... Argh! Yang penting, aku nak tengok dia menangis depan aku. Kalah sebab aku" ujar Syaf penuh perasaan dendam.

Wii dan Jeff terkejut. Betulkah ni ketua pengawas?

"Kau jangan buat kerja bodoh Syaf. Nak jadi lelaki dayus ke dengan perempuan? " tanya Will, cuba mengingat.

"Ada aku kisah? Asal perempuan tu dah tewas dengan aku, aku puas" ujar Syaf. Mengeleng Will dan Jeff. Sombong!

Masih dia ingat Mar mengatakan dia tak kempunan untuk memiliki dia. Gadis itu terlalu mencabarnya. Menolaknya di depan orang lain. Ego tercabar sampai dia buat keputusan macam ni. Kita tengok siapa tak kempunan siapa.

"Aku risaulah dengan kau ni. Kau nak buat apa sebenarnya? " Jeff mengalah. Syaf adalah Syaf. Jangan berangan nak ubah dia.

"Good question bro. Aku tahu cara kasar takkan berkesan dengan dia. Tapi, aku pasti dia tewas dengan cara ni" kata Syaf sambil senyum penuh makna. Gerun Jeff dan Will tengok.

"Cara apa? "

"Cara hati dan perasaan. Aku akan belai perasaan dia sampai dia tunduk kat aku. Lepas dia tumpas dengan cinta aku, aku tinggalkan dia. Hmm, tak sabar aku tengok dia menangis depan aku tagih cinta aku. Masa tu, baru dia kenal aku siapa" beritahu Syaf. Wajahnya jelas puas.

Membayangkan Mar, gadis sombong itu merayu kepadanya teramat membanggakan. Can't wait for that moment.

Jeff dan Will terkelu. Lelaki itu sudah dikuasai egonya. Dendam yang membinasakan kedua dua pihak.

"Apa ni Syaf? Kau gila ke?! Perasaan dan hati bukan benda main main" bantah Jeff keras. Tak mampu dia berkata.

"I am" Syaf tetap dengan degilnya. Jeff dan Will mengeleng. Tak mampu memujuk, menghalang. Bukan tak kenal Syaf. A dia kata, jangan harap nak dapat B.

"Aku tak sang... "

"Sayang! " jeritan itu buat mereka menoleh. Terus minah itu menempel, menggedik di sebelah Syaf. Syaf tepis tak selesa.

"Apa ni pegang pegang? Berapa kali aku cakap jangan sentuh aku? "Bentak Syaf kasar. Muncung bibir Reen dibuatnya.

Dia menjauh. Syaf kalau marah, jangan dibawa main. Naga tu...

"Sorry sayang. But, I miss you. Jom keluar dengan I petang ni okay. Spend time together. Then, jumpa family I. Please baby" pujuk Reen. Tangan Syaf muka diraih. Syaf tarik.

"Reen, pergi. Aku banyak kerja lagi ni. Aku rimaslah kau asyik menempel kat aku" halau Syaf. Reen dipandang tajam.

Reen ketap bibir ditolak. Terus dia memberontak pergi. Sakit hati kerana Syaf sering menolaknya. Tak puas hati kerana lelaki itu sahaja yang tak terpikat dengan dia. Sombong!

Jaga kau! Aku akan buat kau milik aku walau apa pun jadi. Kau suka tak suka, kau tetap aku punya. No one else.

"So, rancangan kau macam tulah. Nak tengok Mar merayu kat kau macam Reen buat tu. Bagi dia harapan palsu. Lepas puas ,kau tinggalkan dia. Nice game" sindir Jeff. Syaf tak jawab hanya senyum.

"Aku tak rasa kau berjaya" kata Will mengubah riak Syaf.

"Aku pun setuju. Kau teruskanlah apa kau nak buat. Cuma nak cakap, jangan pula kau yang tumbang. Ego melangit kau yang bencikan perempuan tu runtuh" ujar Jeff, sinis. Syaf ketap bibir.

Makin dia tercabar. Sakit hati bila rakannya tak menyebelahi.

"Masa tu, baru kau tahu, hati siapa tewas dibelai siapa. Kau kena ingat, kau main dengan siapa Syaf. Perempuan. Kita lelaki, manusia. Orang kata, dengan cinta kita tunduk. Cinta perempuan" nasihat Will.

"So, korang anggap aku akan jatuh cinta dengan dia. Gitu? Serius?! " Syaf ketawa sinis. Dia mengeleng yakin.

"Hoi! Nothing impossible! " dengus Will. Geram dengan Syaf.

"Okay. Sorry. Tapi, korang dengar ni. Depan korang. Aku bersumpah takkan dan tak mungkin jatuh cinta dekat dia. Aku akan pastikan juga korang nampak dia merayu kat aku" sumpah Syaf tanpa fikirkan akibatnya.

"Kalau benda mustahil yang korang cakap tu berlaku, aku akan lepaskan dia tak kira macam mana aku cintakan dia" ujarnya lagi.

Will dan Jeff diam sebelum tersenyum. Kau doalah baik baik doa kau termakbul.

"Okay! Kita tengok nanti. Troublemaker atau headprefect" ujar Jeff. Will angguk.

Syaf tiba tiba rasa tak sedap hati. Betulkah? Dia menoleh ke arah tempat duduk Mar yang kosong. Jatuh cinta dengan dia? Memang taklah.

Tapi, kita hanya merancang Syaf, Tuhan tentukan...

????

Kalau dia boleh bertukar, dah lama dia jadi naga. Kemudian sembur lelaki itu, biar mati rentung. Dia tak kisah lagi. Hatinya betul betul sakit sehingga dia tak dapat kawal kemarahan diri.

Akhirnya, dia lepaskan segalanya di bilik ni. Tiada siapa berani mendekati naga betina itu. Takut mati dikerjakannya.

Tak payah tengok, dengar dia kerjakan bilik gim sekolah itu sudah cukup menyeramkan. Syaf betul betul dah bangunkan gunung berapi yang tidur. Semua orang kena tempiasnya.

Bag itu dipukul, ditendang, disepak dengan sekuat hati. Kesakitan anggota badannya tak dihiraukan. Sakit lagi hati.

Setiap kali terpandang bag itu, setiap kali itulah dia kerjakan beg itu kuat sehingga koyak berlubang. Membayangkan bag itu adalah Syaf, makin galak dia.

Dia tak waras setiap kali teringat lelaki itu. Puas Alex, Raf dan Kay memujuk tapi hatinya masih tak tenang kalau lelaki itu masih hidup, bergembira mempermainkannya

"Mar, calm down. Kau buat macam ni tak ada yang selesai. Kau cederakan diri macam ni tak beri kesan pun kat dia. Kau bagi kemenangan kat dia adalah"

Mar berhenti seketika apabila teringat kat Raf semalam. Ada benarnya. Mesti lelaki itu tengak bersorak sekarang.

"Mar, ambikla masa kau tenangkan diri. Tapi, jangan lama sangat. Kami rindu kau"

Mar tunduk. Kerana lelaki itu, dia begini. Seperti orang gila. Pasal lelaki itu, dia menjauhi rakannya. Kerana Syaf, dia cederakan diri dan tak ke sekolah. Mar mengeleng.

Dia cuba berhenti. Tapi, setiap kali teringat peristiwa 2 hari lepas, dia tewas lawan perasaan itu. Hanya Tuhan tahu nak jelaskan. Dia benci perasaan itu menyebabkan dia marah begini.

Mar terduduk. Mungkin baru terasa letihnya. Tangannya sudah terketar ketar digenggam erat. Dia tak boleh tewas dengan lelaki itu

Dia termenung. Otak diperah. Tiba tiba otak bergeliganya berfungsi. Dia sanggup tanggung risiko asal lelaki itu melutut meminta maaf dengannya.

Dengan senyuman, telefon dicapai.

"Hello, Ril... "

Dendam disimpan teguh tanpa dia sedar itu akan membinasa...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience