BAB 15~Tempat Duduk

Romance Series 5186

"Bangun aku kata!!! " bergema suara emas itu seluruh tingkat atas bangunan sekolah. Pelajarnya yag tadi tak terkutik terus kelam kabut berdiri.

"Kamu tahu apa masalah kamu semua kali ni? " tanya cikgu itu sambil mencerlung ke arah 28 orang pelajar didepannya.

Tiada sesiapa berani angkat muka. Menjawab jauh lagilah. Takut menjawab nanti, telinga pekak.

Selain Mar dan Syaf yang sering berperang itu digeruni, cikgu Addmath yang berusia itu turut ditakuti. Cikgu Zety. Tak padan dengan perempuan.

"Ha! Bisu ke? Saya tanya jawablah! Belum SPM dah cacat! " sindirnya tajam.

Krik... Krik... Krik...

Cikgu Zety merengus memandang satu persatu pelajarnya. Semuanya pelajar cemerlang. Tapi nakal. Dia sendiri pening uruskan kelas ni. Kalau tak tegas, jangan harap mereka dengar.

"Izat!!! "

Terhinggut bahu pelajar lelaki yang tinggi itu. Terkejut. Nak menangis dia ditengking. Dalam banyak banyak orang, dia yang lemah semangat ni ditembak.

"Jawab saya! Apa masalah kelas kamu sekarang? Tak betul, kamu sapu seluruh sekolah" ugut Cikgu Zety.

Terketar kepala lutut Izat dengar. Matilanak! Sekolah ni bukannya kecik! Dengan bersusah payah dia buka mulut.

"Saya... Taz... Uji.. Ga... Su" Izat gagap macam budak kecil baru belajar bercakap.

"Apa dia?!! "

"Gagal ujian cikgu kebayan katak hodoh! "

Izat menekup mulutnya laju. Tergeleng geleng dia. Bulat mata. Tak sangka dia melatah sampai macam tu sekali. Bertambah seriau dia tengok muka Cikgu Zety.

Semua rakan sekelas dia memandang dengan pandangan 'RIP Izat'

"Kamu pergi cat dewan serbaguna sekolah habis kelas ni. Selagi tak siap, jangan harap dapat balik! Faham?! "

Tudiaa. Rasa nak pitam Izat dengar. Ternganga dia. Dewan tu bukannya kecil. Makin tunduk dia. Mak... Tolong Iz huarghh

"Melampau! Kamu ni dahla gagal, tak hormat cikgu lagi. Tengok kertas ujian kamu. Puas tengok markah tu? Puas?! " marah cikgu singa betina itu lagi. Dia memicit pelipis. Kalau terus macam ni, gila dia.

"Markah kamu tak pernah serendah ni kelas. Kenapa dengan kamu ni? Kamu dah nak SPM. Sekarang bukan masa main main" suara Cikgu Zety muka mengendur. Senyap kelas.

"Baiklah. Kamu suka tak suka. Kamu kena ikut cikgu sekarang. Kamu tak belajar kan kalau cikgu ajar. Begini, memandang ada pelajar lemah tak lemah kat kelas kamu. Saya biarkan kamu ajar kamu sendiri" ujar Cikgu Zety sambil tersenyum penuh makna.

Hampir tergelak dia melihat pelajar yang dimarahinya sebentar tadi saling berpandangan. Hairan, tak tahu.

"Siapa tahu maksud saya? " tanya Cikgu Zety. Dia ni kalau dah tegas, alamak, ngeri. Kalau dah ramah dia, hai, cicak pun tak larat panjat dinding.

"Saya cikgu! " tiba tiba si ketua kelas, Zane angkat tangan. Cikgu Zety menjongket kening.

"Tukar tempat duduk kan? " sambung Zack lagi. Terkejut semua orang.

"Hmm, saya tak terfikir juga tu. Bagus. Nice idea Zane. Saya ambil idea tu. Macam mana kelas? Setuju? "

"Zane!!! "

"Jaga kau Zane, balik ni kau siap! "

"Tak guna kau! Kejap lagi, tahu kau nasib kau! "

"Hoi! Bangang! Mulut kau tak boleh tutup ke? Kau tunggu aku jahit untuk kau lepas ni"

"Sial! Apasal tukar tempat duduk pula?! Kalau aku sebelah kau, aku letak jarum kat bangku kau. Jangan berangan kau dapat duduk! "

"Zane, sampai hati kau nak pisahkan kami"

Tu yang dia dapat dari rakannya. Zane menelan liur melihat wajah rakannya. Arwah dia lepas ni. Baru dia sedar akibat dia buka mulut.

"Err... Guys... Guys sorryyyyyy" cepat cepat dia minta maaf. Pucat kelat wajahnya. Cikgu Zety kemam tawa. Ada je budak budak ni. Mana boleh marah lama lama dengan perangai ni.

"Betul apa Zane cakap. Jangan marah dia. Kamu pilih. Kelas tambahan setiap petang dengan pengetua atau tukar tempat duduk? " cikgu Zety main tarik tali.

"Tidakkk! Kenapa pengetua?!!!"

"Eh? Pengetua? Mampusla. Zane, my kawanku hujung nyawa"

"Zane, I love you!!! "

"Zane, balik aku belanja eh"

"Hero, can I sit with you then"

Mahu tersembur ketawa cikgu Zety. Tahu cuak. Dia pun tak nak pengetua ajar pelajarnya. Pengetua tu lebih banyak membebel dari mengajar. Tak pasal, gelap masa depan warga Eliot ni dibuatnya.

Zane yang tadi depress macam tunggu mati di tali gantung terus bersemangat. Makin riak dia dipuji. Kembang kempis hidung besarnya.

"So, dah pilih? Saya agak jawapannya... Pengetua kan? " usk cikgu Zety. Riuh lagi kelasnya.

"Jangan cikgu"

"Saya rela berpisah dengan dia cikgu. Jangan panggil pengetua"

"Tempat duduk!!! "

"NO PRINCIPAL!!! "

Sekeras kerasnya mereka membantah. Cikgu Zety mengeleng. Macam macam budak sekolah ni.

"Yalah. Tempat duduk, no pengetua. Puas? "

"PUAS!!! "

"Bagus. Kalau macam tu, kita mula ya" ujar Cikgu Zety seiring dengan senyuman jahat di bibirnya.

"Weh! Aku tak sedap hatilah" ujar Mar. Diam. Mar hairan. Kenapa Raf tak menjawab. Takkan betul betul bisu. Dia menoleh. Terkejut dia tengok bahu Raf terhinggut.

"Hoi! Kau kena... "

"Mar!!! Aku tak boleh tak ada kau. Aku tak nak berpisah dengan kau. Aku tak boleh belajar kau tak ada. Tak nak Mar. Tak nak tukar. Maarrrr... Huarg" tiba tiba Raf merengek. Tercenggang Mar dipeluk Raf lengan. Erat tak lepas.

Pok! Sebiji di kepala Raf. Raf mengaduh.

"Apahal kau ni bangang? Perangai macam budak. Patut kena reject dengan Wina. Anak ibu! " ejek Mar tanpa menghiraukan Raf yang tercebik.

"Jahatla kau ni. Yalah kita sedar kita sapa" ujar Raf. Makin panjang muncung.

Mar malas nak layan. Dia tak sedap hati. Macam akan ada sesuatu.

"Bye, kay. Ada jodoh jumpa lagi" ujar Alex di depan.

"Ya bro, jangan lupa inform aku kau kahwin nanti ya" balas Kay sambil berpelukan dengan Alex. Mar berdecit. Macam mana aku boleh kawan dengan tak semengah ni?

"Harap aku dapat duduk sebelah Wina. Amin" doa Raf disebelah. Mar menjeling, Wina je dia fikir. Tapi tak apalah. Senang Raf pikat Wina kalau dekat.

Mar tarik nafas berat. Ish! Aku risau pasal apa ni?

"Kita mula ya... "

Dan...

?????

saat kemudian...

"Tuhan! Terima kasih makbulkan doaku. Jasamu tak kuterbalaskan! " pekik Raf.

"Hey! Diamlah awak. Pekak duduk lama lama sebelah awak" marah Wina sambil pukul lengan Raf. Raf hanya ketawa. Sebenarnya suka kan. Sweet talker sekolah duduk dekat je.

"Haip! Tangan kau jangan merayap ya. Aku potong nanti guna gergaji. Jangan cabar aku" kedengaran suara Kay memetir. Tercebik mat sotong, Faris @ Airis nama perempuannya.

"Ala, orang manja sikit pun tak boleh. Nanti orang rogol baru tahu" ujar Airis. Berdiri bulu roma Kay. Tak sanggup membayangkan terunanya diambil Airis. Kalau aku berhenti sekolah ni jangan hairan.

"Cerah masa depan aku" ujar Alex dengan nada bosan. Dia menongkat dagu. Hareq, si ulat buku, nerd disebelah dijeling. Tekun baca buku. Mati bosan aku lepas ni!

Sementara itu, di bahagian belakang...

"Cikgu!!! Apa ni?!!! "

Kedengaran suara itu serentak melalak. Semua orang menoleh.

"Hoi! Kenapa aku kena duduk sebelah kau? Banyak orang, kenapa kau setan?! " ujar Mar tak puas hati

"Hei! Jaga mulut kau! Aku pun tak hadap nak duduk dengan kau makcik! Tak masuk ilmu aku" bidas Syaf sambil memandang Mar yang berasap di sebelah.

Rakan sekelas mereka dah agak sesuatu. Lepas ni, lebih banyak masalah Iran Iraq. Tunggu dan tengok.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience