BAB 16~Gastrik

Romance Series 5186

"10 minit lagi kelas. Tak siap, jangan harap dapat keluar rehat ya" laung Cikgu Adha, guru matematik moden.

Mar dibelakang tersentak. Bertambah tak keruan dia. 10 minit tu bukannya lama. Dia menggaru kepala.

Dahla dia anti calculate. Dengan cikgu bagi soalan yang dia tak pernah mahu dia faham, bulatan di'KBAT'kan. Mahu gila dia.

Mar mengangkat wajah. Ada rakannya sedang bertungkus lumus menyiapkan kerja mereka. Ada yang sudah goyang kaki. Dah siap. Salah sorang, Syaf.

"Apa pandang pandang? Tahulah aku handsome" tegur Syaf sambil tersengih ke arah Mar. Mar tersentak sebelum berdecit.

"Pandang kau? Perasan bapak ah! Muka macam muka alien ada hati mengaku handsome" bidas Mar. Berubah riak Syaf. Menjawab je dia pandai.

"Dah tu apasal kau pandang sini? Arah sini aku je. Pandang akulah kan" Syaf mengeluarkan akal logiknya.

"Aku tak pandang kaulah bodoh. Menyibuk je. Pergi buat kerja kau" halau Mar. Dia kembali menumpukan perhatian kepada bukunya. Sia sia doh! Blank!

"Buat kerja apa? Aku dah siap" Syaf sengaja memancing Mar. Dia tahu gadis itu gelisah sebab belum siap. Mar segera menoleh. Yes! Mengena baiii.

"Semua soalan? " tanya Mar dengan mata terbeliak.

"Yalah. Aku bukannya lembap macam kau" sindir Syaf. Memang dia power kira kira ni. Dia lebih benci menghafal.

Mar pandang lelaki itu kecik besar je. Berlagak! Dari dia layan, baik dia fikir soalan maut ni. Kalau ni soalan real SPM, awal dia blah. Syaf ketawa melihat reaksi itu. Mukanya didekatkan ke telinga Mar.

"Sweetheart. Malu bertanya sesat sayang oi" bisiknya. Meremang bulu tengkuk Mar dibuatnya. Lelaki ni, aku tengah struggle ni dia goda.

"Memanglah alien oi. Tapi aku lebih rela sesat dari bertanya dengan kau" balas Mar, sombong. Syaf menjongket kening.

"Okay" jawabnya ringkas. Tapi lelaki itu tak berhenti di situ.

"Hmm, nak beli apa nanti ya. Nasi lemak pun best juga. Pedas pula mak cik buat. Haila, cepatla masa berlalu" kata Syaf sambil menilik jamnya ditangan.

Shit! Mar menelan liur. Nasi lemak mak cik kantin memang sedap. Lelaki ni memang sengaja gugatkan imannya. Ah! Tak boleh ni! Ish! Terpaksa.

"Alien" hampir tak kedengaran suara Mar. Syaf kemam ketawa. Akhirnya.

"Alien! " panggil Mar kuat lagi. Merah mukanya. Syaf menoleh. Hai, comel pula dia.

"Kau panggil aku ke? " tanya Syaf, bajet naif.

"Habis panggil siapa? Panggil dinding? " dalam minta tolong, sempat dia bagi sedas. Syaf senyum pula. Jelas tak ikhlas.

"Sweetheart. Aku ada nama tau. Takkan nama boyfriend sendiri tak tau" usik Syaf. Sengaja lengahkan masa.

"Kisah apa aku. Tak kira! Kau ajar aku ni cepat" arah Mar, cuak apabila melihat masa semakin suntuk.

"Sure sweetheart. Tapi pertolongan aku mahal tau. Kau kena buat apa yang aku nak" Syaf masih ingin bertarik tali.

"Hakalamak banggang ni! Aku lempang, gila baru tahu. Yalah! Kau nak aku bayar berapa? " bentak Mar. Syaf senyum penuh makna.

"That's my girl. Aku tak nak duit sweetheart. It's mean nothing to me" ujar Syaf. Mar berkerut dahi. Tadi kata bayar, lepas tu tak nak duit.

"Dah tu, kau nak apa pula? " tanya Mar dengan muka cemberut. Tak dapat tekalah tu.. Sekali lagi Syaf senyum dengar.

"Okay. Aku nak badan kau. Boleh kau bagi? " bisik Syaf ditelinganya.

Mar tercengang. Merah padam mukanya. Syaf tersenyum menang.

Pap!!!

Giliran Syaf tercengang. Pipinya dipegang. Mar yang berdiri dengan muka marah dipandang tajam

"Bullshit! Mak kau memang murah tapi bukan aku! Kalau kau nak tahu, sekolah buat pilihan salah pilih kau jadi ketua pengawas! Kau salah orang jantan! " tengking Mar.

Menoleh semua orang. Hairan mereka melihat pasangan itu tiba tiba bertembak. Tak tahu sebab bergaduh. Begitu juga Cikgu Adha. Terkebil kebil dia.

"Kau... " riak Syaf turut berubah. Tegang mukanya.

"Aku lebih rela mati kebuluran dari tunduk kat jantan tak guna macam kau! " tembak Mar lagi sebelum berlalu ke depan.

"Saya tak siap lagi cikgu. Saya takkan pergi kantin nanti! " katanya lalu keluar dari kelas. Pergi mana dia tak tahu. Terkebil kebil satu kelas.

"Err. Okay. Kelas, hantar kerja kamu" arah Cikgu Adha akhirnya. Pelajarnya akur.

"Shit! " carut Syaf dibelakang. Niatnya tadi hanya untuk mengusik. Tapi, melebihi had. Kata Mar tadi terngiang di telinganya. Holy shit...

?????

"Mana kau ni? " rungut Syaf sambil meraup wajah. Habis satu sekolah dia pusing, tapi tak jumpa. Dia tak tahu nak buat cari kat mana lagi.

Mar memang betul kotakan janji tak pergi kantin. Kalau dulu selamba badak dia langgar. Dia tak suka Mar baru ni!

Dia mula rasa bersalah setelah dia diberitahu oleh Raf bahawa Mar ada gastrik. Patutlah Mar beriya tadi. Ha! Baru sekarang kalut!

Akhirnya, dia memilih untuk berputus asa. Mar berhak untuk bersendiri setakat ni. Mungkin dia dah makan kot. Syaf mula melangkah pergi.

"Fuck! "

Syaf berhenti di depan bilik buku teks. Berkerut dahi seketika. Dia yakin dengar suara tadi. Jadi, dia berhenti, memasang telinga.

Mana tahu ada pelajar buat benda tak baik. Tak mustahil kerana bilik itu agak terpencil.

"Ah! " rengusan itu menyentakkan Syaf. Tanpa berfkir banyak, terus dia menerebos masuk.

"Hoi! Apa yang... " Syaf berhenti menjerkah. Matanya dipincingkan sebelum dia mempamerkan riak terkejut.

"Hey! Mak cik! " ujarnya sebelum dia berlari ke arah orang yang sedang mengerekot baring di lantai.

"Makcik! Kenapa kau kat sini? Kenapa kau baring ni? Sakit ke? " bertalu Syaf bertanya sambil menyentuh bahu Mar.

"Ish! Apa kau ni? Jangan kacau akulah" tepis Mar dengan suara lemah. Syaf diam.

"Kau okay ke? " tanya Syaf lagi. Mar tak menjawab tapi tangannya menekan kuat perutnya.

"Ergh" erangnya perlahan. Syaf mengeleng.

Tak menunggu lama lantas kepala Mar yang baring diangkat dan dibaringkan di pahanya. Dia pula bersandar di rak buku. Mar terkejut tapi ingin membantah dia tak larat. Jadi, dia biarkan saja Syaf buat apa saja.

Syaf terkejut melihat wajah pucat Mar. Berpeluh. Mulut itu tak habis merengis sakit. Rasa bersalah terpalit di hatinya.

"Tulah kau. Cuba bagitau awal ada gastrik" dalam diri bersalah, ada juga egonya tak nak mengaku.

"Nak, makan ni. Isi perut tu" arah Syaf. Bekas makanan dibuka. Semerbak bau nasi goreng.Aik! Bukan nasi lemak? Jangan mengadalah Mar oi! Orang gastrik mana boleh makan pedas. Mar mengeleng.

"Tak nak" tolak Mar. Memang dia lapar tapi nak makan sekarang, telan pun payah.

"Hoi! Tak payah nak manja sangat. Makan! Muktamad" tegas Syaf. Mar simpan sakit di hati. Kalau bukan aku sakit, aku lempang kau lagi.

"Dah! Jangan tunjuk muka cemberut. Berubah nenek kau nanti. Sini! Aku suap" ujar Syaf. Mar yang baring di pahanya dibantu untuk bangun.

Mar disuruh baring dibahunya pula. Mar tak nak tapi Syaf ni tegas tau. Terus kepala Mar ditarik.

"Kau degil, aku rogol kau kat sini. Kau tu lemah, senang aku buat kerja. Kau bukan larat pun melawan" ugut Syaf. Mar berdecit.

"Kalau aku sihat lepas ni, doa gigi kau tak berterabur dulu " balas Mar. Syaf tersenyum. Sakit pun berlagak kuat.

"Tak padan dengan sakit. Gastrik je pun dah macam nak mati" tembak Syaf. Mar berdongkol. Nanti kau...

"Ha! Baca mentera la tu. Dahla kau buat dosa. Boyfriend sendiri pun nak disumpah. Nah! Buka mulut" ujar Syaf sambil menyuakan sudu ke mulut Mar.

Mar seperti budak kecil hanya mengikut. Dengan muka berkerut dia menelan. Syaf menghulurkan air mineral untuk membantu. Syaf senyum melihat Mar.

Dia kasar. Tapi, masa dia sakit ni dia macam manja. Tapi mulut tu tak habis bisanya. Habis nasi goreng Mar lahap dengan bantuan 'boyfriend' dia.

"Macam mana kau tahu aku ada kat sini? " tanya Mar buat Syaf berhenti membersihkan bekas makanan.

"Err... Aku meronda tadi" Syaf beri alasan. Mar memandangnya semacam.

"Bukan kerja meronda Will dan Jeff buat ke? Kerja kau buat kat bilik disiplin kan? " tanya Mar lagi. Syaf terpana. Ya tak ya juga.

"Aku... Aku ganti mereka hari ni" Syaf masih berdalih. Mar mencebik.

"Mengaku jelah kau cari aku. Menipu pula" sindir Mar. Syaf mengetap bibir.

"Bisinglah kau. Baik aku tak datang tadi. Biar kau merintih macam orang tengah berprojek dalam bilik ni" tembak Syaf. Terdiam Mar seketika sebelum ukir senyuman payah.

"So, tu sebab kau masuk? Nak join aku buat projek?" Balas Mar. Syaf geram.

"Aku betul betul buat projek dengan kau kat sini nanti baru tahu" ugut Syaf tapi Mar masih boleh senyum. Dia mengeleng.

"Aku percaya kau takkan buat macam tu" ujar Mar. Syaf diam.

"Yakin sangat? Aku lelaki tau. Mak aku gatal. Like mother like son" ujar Syaf buat Mar diam.

Melihat Mar diam, Syaf berdecit. Pasti gadis itu rasa bersalah.

"Dahla. Sakit buat cara sakit. Kau tidurlah kat sini. Boleh dapat tenaga sikit nanti" arah Syaf sambil menepuk pahanya. Mar memandang pelik.

"Kelas? "

"Kita skip"

"Tapi... "

"Diamlah. Aku cium kau buka mulut nanti" ugut Syaf. Mar diam lagi.

Syaf merengus terus menarik kepala Mar agar baring di pahanya. Mar hanya menurut.

"Apa pandang? Nak juga? " mata Syaf menikam mata biru kehijauan itu. Mar senyum sebelum geleng. Dia pejamkan mata.

"Sorry sebut benda buruk pasal mak kau" ujar Mar perlahan tanpa buka mata.

Syaf tersentak. Dia tembak je ke?

"Aku tidur ya"

"Tak takut aku terkam? " usik Syaf. Mar mengeleng.

"Aku percayakan kau. Aku pasti mak kau baik orangnya. Berdisiplin macam kau" ujar Mar. Syaf kelu. Dia tak menjawab.

"Like mother, like son" ujar Mar sebelum dia senyap.

Syaf menarik nafas dalam dalam. Wajah yang beransur pulih itu ditatap lama. Jantungnya berdegup hebat.

Aku tak benci kau tapi aku tak suka kau. Sebab tu aku tak boleh jatuh cinta dengan kau...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience