BAB 1~ Semakin Teruk

Romance Series 5186

"Mar" rengus Will.

Pelipisnya dipicit lembut saat terpandang gadis berambut pendek itu di dalam bilik disiplin itu.

Marlene... Namanya hampir memenuhi buku laporan disiplin. Kesalahannya tak berat sangat dan taklah ringan sangat. Setakat ni dia tak membunuh lagi.

Ponteng, buli, tidur dalam kelas, bergaduh, lawan cikgu, lawan pengawas. Semua dia buat. Banyak juga jenis hukuman dikenakan tapi budak ni tak serik lagi.

"Apa yang berlaku? " Tanya Jeff yang baru masuk bilik itu. Dia pandang Mar. Kau lagi...

"Budak ni lapor nama Mar sebab tampar dia masa kelas jasmani semalam. Dia kata Mar tampar sebab tak nak beri duit" jelas Will sambil berpeluk tubuh.

Jeff pandang Mar dan mangsanya, Isha silih berganti. Isha tunduk tapi Mar bersikap selamba, bermain kuku. Jeff mengeleng.

"Mar, tak habis kes kau minggu lepas, sekarang kau buli duit pula" sindir Jeff. Mar angkat wajah dan tersengih.

"Kau nak tuduh akulah ni? "Tanya Mar buat Jeff berkerut.

"Apa maksud kau? "

"Aku tak tampar dia Jeff. AKU TAK TAMPAR. Aku tak sentuh dia. Tu pun susah ke nak faham? " ujar Mar, selamba. Dia yakin.

Jeff keliru. Dia pandang Will, kemudian beralih kepada dua pengawas perempuan yang sama berada di situ, Leen dan Elly.

Semuanya mengeleng tanda tak tahu. Jeff menggaru kepala tak gatal.

"Habis tu, takkan dia nak lapor nama kau sesuka hati kalau bukan kau yang buat"

Jeff masih menyiasat. Mar menjongket bahu.

"Manalah aku tahu. Tanyalah dia" ujar Mar sambil memuncung mulut ke arah Isha yang masih tunduk.

"Isha... Apa yang berlaku? " Tanya Will. Dia mengambil peranan.

Semua pandang ke arah Isha. Isha masih tunduk. Tak berani angkat muka. Pipinya sedikit merah. Tiba tiba kedengaran esakan darinya. Semua orang kalut kecuali Mar.

"Eh? Dah kenapa nangis pula? " Will menggaru kepala. Dia ada salah cakap ke?

"Takutlah tu nak mengaku tuduh aku sebarang" ujar Mar sambil tersenyum sinis. Makin kuat esak Isha.

"Mar" tegur Elly. Mar menjongket bahu tanda dia dah malas dah.

"Isha... Err... Janganlah nangis. Awak cuma perlu beritahu apa yang berlaku je. Cerita sebenar. Okay? " pujuk Leen. Dia usap belakang Isha.

Yang lain angguk setuju. Kalau perempuan pujuk perempuan mesti berhasil.

"Isk... Isk... Isk... Memang Mar. Memang Mar yang...yang tam...par saya. Isk...isk... Maaf" beritahu Isha dalam esak.

Mar duduk tegak. Merah mukanya. Apakah...

"Lepas tu apa jadi? " Tanya Jeff. Semua menanti jawapan Isha.

"Sa...ya tak nak bagi... Isk...isk... Dia...Mar tampar... Isk...isk" jawab Isha sambil tekup mukanya.

Semua terkejut pandang Mar. Seolah bertanya... Betulkah?

"Apa benda kau cakap ni perempuan?!! Agak agaklah kau nak menipu. Aku tak kenal kau pun. Tak pernah jumpa kau pun sebelum ni. Sekarang kau tuduh aku pula?!! Apa kau ni?!!" Tinggi suara Mar. Geram pula dia. Makin kuat esak Isha.

"Mar! Watch your attitude "tegur Elly tegas. Mar merengus melepaskan rasa.

"Aku sumpah aku tak tampar dia. Sekarang terpulang kat korang nak percaya ke tak" ujar Mar akhirnya. Mereka berpandang sekali lagi.

"Isha... Sekali lagi aku nak tanya. Jujur tau. Betul ke Mar yang tampar kau? " Jeff masih tak puas hati.

Dia kenal Mar. Kalau Mar buat salah, dia akan mengaku. Tapi tidak kali ni. Dia siap bersumpah. Yang pelik sekarang, Isha.

Isha dipandang semua orang. Menanti respon. Isha yang masih teresak esak itu mengangguk perlahan.

Mar bengang. Merah mukanya. Bibirnya diketap. Dia berdiri

"Apa masalah kau ni?!! " tengking Mar tiba tiba. Terhinggut bahu semua orang. Isha lagilah.

"Apa susah sangat kau ni? Kau cakaplah yang Su... "

Bum!!!

Semua orang menoleh. Mereka menarik nafas lega saat terpandang Syaf tapi Mar merengus. Cuba kawal marahnya.

Tu dia setan dah sampai, getus hati Mar. Menyampah.

"Korang ni dah kenapa bising bising dalam bilik ni? Tak tahu ke ni bilik disiplin hah" luahnya tak puas hati.

Diam, tiada siapa berani menjawab. Menjawab, padah.

"Will... Apa yang berlaku kat sini? Sampai luar boleh dengar tau tak"

Will telan liur. Dia pula yang kena. Will menggaru kepala tak gatal.

"Sebenarnya... "

"Kau!!! "

Bergema suara itu di bilik itu. Boleh lemah semangat semuanya kalau asyik terkejut.

Mar menjauhkan telinganya dari lelaki itu.

"Boleh tak jangan memekak? Sakit telinga tau tak?!! " bentak Mar sambil pandang tajam ketua pengawas itu.

Orang lain telan liur kelat, kecut. Habislah, dua dua naga dah bangun.

"Aku takkan memekak kalau kau tak ada. Apa masalah pulak kau kali ni? " tanya Syaf, gadia itu dipandang tajam.

"Asal laporan pasal disiplin, muka kau. Masalah disiplin, muka kau. Tak ada orang lain ke? Aku naik muak tengok muka kau tiap minggu kat sini" ujar Syaf, sinis. Dia berpeluk tubuh.

Mar dipandang lama. Dia sentiasa geram dengan gadis ni. Semua pelajar kat sekolah ni takut dan hormat akannya tapi tidak Mar. Hanya gadis bermata biru kehijauan itu berani melawannya. Sebab tu dia benci Mar. Dahla pelajar bermasalah.

"Baguslah kau muak. So, no reason aku stay sini. Baik blah. Salam" ujar Mar selamba.

Dia berjalan menuju ke pintu. Semua orang terpinga pinga. Dia bersiul riang. Mar, kau memang tempah maut.

"Kurang ajar kau" ujar Syaf tahan amarahnya. Sekejap sahaja Mar menghidupkan api kemarahannya.

Dia menerpa ke arah Mar yang baru pulaskan tembol pintu. Tangan Mar direntap kasar. Mar terundur ke belakang mengejut. Tubuhnya tak dapat diseimbangkan menyebabkan dia jatuh terduduk. Bulat matanya akibat terkejut.

Terbuntang mata mereka kejadian itu.

Habislah, keadaan dah makin teruk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience