BAB 4

Romance Completed 6632

Zarif Fayyad hanya mampu menggeleng.hisy, profnya yang sorang ini, tak habis-habis.

Dikamar, Sufi Elena resah sendiri. Aduh, macam mana aku nak kerja kalau dengan lelaki ni? Argh, ya Allah, tolonglah aku.

Kenapalah sampai hati prof Hidhir buat aku macam ni. Selama ini pun, bukan dia sengaja tak nak berbual secara normal dengan lelaki, tapi, dia tak boleh buat.Puas dicuba.Akhirnya dia pasrah.Mungkin ada hikmahnya. Siapa tahu perancangan-Nya kan.

“Err, Sufi, Irham, ni akak perkenalkan pekerja di unit ini.”

Hampir terbuntang mata Sufi Elena.Semuanya lelaki diunit itu.Dari kerani, sampai senior engineer.Cuma Kak Sya sahaja yang perempuan.Maklumlah setiusaha.

Aduh, kusut.kusut.sungguh jiwa Sufi Elena sangat kusut. Apa dah jadi ni? Semuanya lelaki. Prof Hidhir ni nak bunuh aku ke hapa. Eh, Sufi, takdenye orang mati sebab perlu berkomunikasi dengan orang lelaki. Logik sungguh pemikiran Sufi Elena ini.

Zarif Fayyad sudah menyengih sampai ketelinga.Dalam hatinya dapat menduga perasaan kalut dijiwa Sufi Elena.Mana tidaknya, pergh, semua lelaki tuh.Haha. Kesian pulak aku tengok minah ni. Macam nak nangis pun ada.

“ok, jom akak bawak kamu berdua jumpa big boss.” Usai diperkenalkan dengan semua staf, diunit itu mereka berdua mula menjejak kaki ke bilik Tengku Hilmi Masyud.Bigboss yang dikatakan oleh kak Sya.

Jikalau tadi, ketika diperkenalkan kepada staf-staf diunit itu sahaja, Sufi Elena sudah menunduk gaya orang nak rukuk, entah apa gaya pulaklah minah ni nak buat masa jumpa big boss ni. Hati Zarif Fayyad menggerutu.

“ok, silakan duduk.” Pelawa Tengku Hilmi Masyud.

Pada pandangan, Zarif Fayyad, bigbossnya memang berkarisma. Dengan kot hitam kemas tersarung, dan rambut yang tersikat rapi, ditambah dengan wajah yang cukup memikat, fuh.Aku nak jadi protege dialah rasanya.Desis hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience