BAB 6

Romance Completed 6627

“Sufi ….”

“SUFI !!!!”Jerkahan Tengku Hilmi Masyud terdengar hingga ke luar kamar pejabatnya.Semua staf beralih pandang ke arah kamar itu sebelum masing-masing berkata. ‘hai, tak start kerja dah kena marah. Biar betul.’

Namun, hati Zarif Fayyad berlagu risau.Dia cukup kenal sikap Sufi Elena.Paksalah macam mana pun, kalau dah dari mula dia sukar nak bercakap dengan lelaki itu, sampai kesudahlah dia takkan bercakap.Tiga tahun mengenali sikap pelik gadis itu dari rakan-rakan membuatkannya jadi arif dan lali dengan kepelikan Sufi Elena.

Dikamar Tengku Hilmi Masyud, Sufi Elena masih diam membisu. Tiada pandangan buat big bossnya, tiada air mata bertakung di tubir mata tanda hatinya terguris dengan tengkingan tadi. Yang ada hanya seorang lelaki yang perasaanya seperti mahu berguling-guling di lantai kerana stress bercakap sorang-sorang.

Peluh jantan merenik di dahi Tengku Hilmi Masyud.Gadis dihadapannya cukup menguji kesabaran.Tak pernah seumur hidupnya bertemu dengan gadis seperti ini.

‘Aduh, papa, kenapa hantar student macam ni dekat syarikat Hilmi.’Keluhnya didalam hati.

“Dahlah,awak boleh keluar.” Akhirnya, Tengku Hilmi Masyud mengaku kalah.

Mencicit Sufi Elena keluar dan duduk di meja khas buatnya.Semua mata staf diunit itu tertumpu padanya.Malunya, mesti pasal kes kena tengking tadi.Zarif Fayyad di sebelah mengerling Sufi Elena.Dia perasan, tangan gadis itu menggeletar.Hisy, takut betul dia.

Tiba, waktu tengahari, semua staf sibuk nak memenuhkan perut.Begitu juga dengan Zarif Fayyad.Irham mula megemas mejanya.Tanpa dipinta, matanya terpandang Sufi Elena yang masih khusyuk menulis sesuatu di laptopnya. Eh, tak lapar ke minah ni. Dahlah hati kering, kena tengking, tetap cool, tapi takkanlah perut pun kering kot.

Lalu dengan langkah gentlemannya Zarif Fayyad mendekati si gadis beku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience