BAB 12

Romance Completed 6627

Apa lagi agaknya yang bosnya hendakkan ni. Rasanya masih awal pagi jika dia nak ajak aku jumpa klien.Baru pukul 8.30 pagi.Rungut hati kecil Sufi Elena.

“Ehem, err Sufi ikut saya sebentar. Urgent.” Arahan yang membuatkan Zarif Fayyad disebelah turut berpaling ke arah dua makhluk Tuhan ini.

Ada keluhan hadir di bibir Zarif Fayyad.Pasrah.Itu aje yang dia mampu lakukan.Saban hari menahan perasaan melihat gadis idaman hati keluar bersama bos yang cukup dihormati membuatkan hatinya sebal. Bukan dia tak pernah mempelawa gadis itu keluar, tapi ibarat belum pun mulut bersuara, jawapan ‘tak’ sudah diterima dek kerana setiap kali dia berniat untuk keluar bersama Sufi Elena, pasti Tengku Hilmi Masyud akan mencelah. Dari situ, dia mula perasan mungkin bossnya menaruh hati pada Sufi.Sudahnya, Irham hanya berdiam diri, mungkin itu yang terbaik buat semua.

Matanya menangkap jasad Sufi Elena yang berjalan dibelakang Tengku Hilmi.Hati Zarif Fayyad menjadi sakit tiba-tiba.Mengapa Sufi Elena tak pernah menolak pelawaan Tengku Hilmi Masyud.Mengapa perlu diturut segala arahan lelaki itu.Astaghfirullah, Zarif Fayyad beristighfar.Jangan biarkan syaitan membisikkan kata nista di hati.Takut kelak makin hitam hati jadinya.

Biarlah, mungkin Sufi Elena tidak tercipta untuknya.

Hampir setengah jam Zarif Fayyad menyibukkan diri di meja kerjanya, telinganya menangkap bunyi derap kaki Sufi Elena kembali ke meja kerja. Cuba diperhati wajah gadis itu.Tiada tanda terlalu gembira, tiada tanda berduka.Hanya wajah yang bersahaja menyambung tugas yang terbengkalai tadi.

Tika jam menunjukkan pukul 12.00 tengahari, Sufi Elena sudah terpacak di hadapan meja Zarif Fayyad. Sungguhlah lelaki itu terkejut. Tidak menjangka gadis itu akan berdiri tegak di hadapannya.

“Ke,kenapa?” Zarif Fayyad bertanya saat melihat Sufi Elena menunjukkan jam ditangannya.

“Lunch.” Ringkas.Tiada nada gagap.Mungkin kerana sudah biasa bertanya itu dan ini berkaitan tugasan kepada Zarif Fayyad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience