BAB 11

Romance Completed 6627

“Hilmi dah mengalah?”Sinis bunyinya pada pendengaran Tengku Hilmi Masyud.

“Hilmi dah buat keputusan.” Soalan dari papanya tidak dijawab namun satu kanyataan diberikan.Tengku Hidhir melihat riak serius di wajah anaknya.

“Hilmi akan lamar Sufi Elena.” Nekad.Terbuntang mata Tengku Hidhir.Manakan tidak, mengenali Sufi Elena sahaja baru dua minggu, namun anaknya sudah nekad ingin melamar gadis itu.Semacam tidak percaya pun ada.

“Hilmi serius ke ni? Tak menyesal?”Tengku Hidhir menduga.

“Pa, papa tengok muka Hilmi ni main-main ke? “

Tengku Hidhir merenung wajah putih anaknya. Bukan dia tidak setuju tapi dia tahu akan ada satu pihak yang terluka nanti. Bukan dia tidak tahu, Zarif Fayyad turut memendam perasaan terhadap gadis beku itu. Aduh, kalut macam ni, antara pelajar kesayangan dan anaknya sendiri. Nampaknya pilihan Sufi Elena lah yang tidak akan melukakan jiwa sesiapa.

“Esok Hilmi akan melamar dia.”

“Hilmi buatlah apa yang patut asalkan tak melanggar hukum agama.”Tengku Hidhir tak boleh menolak takdir andai jodoh Sufi Elena memang dengan anaknya.Dia juga bertambah suka dapat bermenantukan gadis sebaik Sufi itu walaupun kaku aje budaknya.Mungkin ada yang lebih baik buat Irham Hakimi.

Tengku Hilmi Masyud merenung cincin berlian dihadapanya.Cantik. Secantik tuan yang akan memilikinya. Kaku.Sekaku gadis yang bertahta di hatinya kini.Biarpun disetiap pertemuan mereka, Sufi Elena hanya kaku membisu, namun tetap ada aura dari gadis itu yang menghambat jiwanya ke lembah cinta.

Dengan langkah penuh yakin yang Sufi Elena akan menerima lamarannya, Tengku Hilmi Masyud melangkah mendekati meja gadis itu.

Sufi Elena yang terkejut mengangkat muka seketika kemudian menunduk menekur meja kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience