BAB 5

Romance Completed 6627

Pada pandangan Sufi Elena pula..ops, dia tak pandang.

“Erm, Encik Irham, kawan awak ni ada masalah ke? Saya rasa saya bercakap dekat depan kamu berdua ni, bukan dekat lantai tu.” Tengku Hilmi Masyud aneh melihat gadis bertudung labuh dan berbaju kurung riau dihadapannya ini.Dari tadi memandang lantai.Apa wajahnya tak cukup hensem ke hendak dipandang?

“Sufi, pandanglah depan.” Zarif Fayyad berbisik.Namun, Sufi Elena masih menunduk.

“Err, takpelah, awak dah tahukan tempat masing-masing. Lagipun saya sibuk ni. Takpe, awak berdua boleh keluar, tapi apa yang saya nak ingatkan. Pastikan kamu berdua ikut peraturan syarikat.Ingat, markah kamu ditangan saya. By the way, All the best.” Senyuman manis diberi buat mereka berdua. Sungguh rugi Sufi Elena yang tidak memandang senyuman lelaki kacak itu.Tanpa menunggu.Sufi Elena dan Zarif Fayyad masing-masing bangun dari duduk namun suara Tengku Hilmi Masyud mematikan tindakan mereka.

“Saya nak bercakap dengan awak sebentar, Sufi Elena.”

Sufi Elena kaku ditempatnya.Sekilas pandangannya bersabung dengan pandangan Zarif Fayyad namun cepat-cepat dialihkan.Zarif Fayyad tak mampu nak berbuat apa-apa untuk membantu rakan seperjuangannya ini. Apakan daya sudah terang dia disuruh keluar, takkanlah dia nak menyibuk lagi semata-mata nak tolong jawabkan soalan buat si Sufi ni. Dengan langkah yang bersahaja, Zarif Fayyad melangkah meninggalkan dua makhluk Tuhan itu.Sufi Elena pula kembali duduk dan menunduk.Tidak berani menikam pandangan bosnya yang dirasakanya dari tadi merenung tajam kearahnya.

“So, Sufi, saya dah tau yang awak ni ada perangai pelik.”Tengku Hilmi Masyud memulakan bicara.Gadis dihadapan masih tunduk membisu. Aduh, tak sangka parah pulak penyakit budak ni.

“Eh, awak tak sakit tengkuk ke, asyik tunduk dari tadi, saya yang tengok ni pun rasa rimas tau.” Nadanya seperti perli.Namun tiada kesan pada tindakan gadis dihadapan.Masih menunduk.

“Sufi,…….”Sufi Elena tetap membisu. Sekilas pun tidak dipandang wajah kacak dihadapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience