BAB 15

Romance Completed 6627

“mana pergi gagap sayang selama ni eh? Siap boleh manja-manja lagi ni dengan abang. Ke sayang buat-buat gagap je selama ni?” ada nada mengusik disitu.

Sufi Elena memandang tepat ke mata suaminya.Tak sangka lelaki itu menuduhnya menipu pula.

“Abang tuduh Sufi menipu ke?” merajuk bunyinya.Sufi Elena mula menjarakkan diri dari Irham.

“Alahai, merajuklah pulak sayang abang ni.” Zarif Fayyad kembali memeluk pinggang isterinya.Ditarik lembut hidung gadis itu.Sudah, merah padam pulak wajahnya.Hanya ketawa girang sisuami mengisi ruang kamar raja sehari itu.Sufi Elena masih dengan rajuknya.

“Mana ada abang tuduh. Abang tanya kan?” lembut berbisik ditelinga si isteri membuatkan Sufi tersenyum.geli diperlakukan sebegitu.

“Memang Sufi semulajadi macam tu bang. Sufi tak tahu kenapa. Dengan orang lelaki ajnabi, memang Sufi akan gagap. Tapi, bila Sufi dah biasa kerja dengan abang, Sufi rasa Sufi memang tak kekok nak bercakap dengan lelaki. Tapi, lelaki tu abang sorang ajelah.” Manja bunyinya membuatkan Zarif Fayyad tersenyum.

“Mungkin ini anugerah Allah untuk abang.Suara lunak Sufi hanya untuk suami yang Sufi cintai aje. Indahkan setiap yang Dia tentukan.”Jujur dari si isteri.

Memang indah.Zarif Fayyad bermain dengan jari jemari runcing isterinya.

“Tapikan sayang tau tak abang cemburu sangat tengok sayang ikut aje arahan dari boss kita tu.”

“Abang, setiap kali kami keluar, mesti kak Sya ada sekali.Cuma dua kali aje yang kami keluar berdua. Itupun dekat restaurant yang Sufi lamar abang hari tu.” Jelas Sufi Elena. Tak sangka kuat cemburu jugak suaminya ini.

“tapikan, kenapa sayang tolak lamaran boss kita tu?”

“sebab dia pernah tengking Sufi, abang tau apa prinsip Sufi. Sufi perlukan seorang lelaki yang sanggup bersabar dengan penyakit Sufi ni. Abang lain, abang tak pernah sikit pun marah Sufi walaupun Sufi selalu uji kesabaran abang masa mintak abang tolong Sufi buat kerja.” Sufi Elena memeluk pinggang suaminya.Kasihnya tumpah di situ.Zarif Fayyad tersenyum senang.

Persoalan selama ini sudah punya jawapannya.Sudahlah.Zarif Fayyad malas bertanya kisah lalu.Biarlah ianya menjadi penutup kisah bujang mereka.

“Sayang, janji setia dengan abang, suara lunak merdu sayang ni, hanya untuk abang aje tau.” Zarif Fayyad memegang dagu isterinya.

“InsyaAllah. Bang, abang pun janji akan jadi suami yang didik sayang sampai ke jannah Allah eh?”

“InsyaAllah sayang, abang janji.” Tulus hati si suami.Semoga jodoh kami sampai pada keredhaan Mu ya Allah.

Terima kasih ya Allah. Terima kasih prof Tengku Hidhir kerana mengatur bibit pertemuan rapat kami berdua. Doa hati kecil Zarif Fayyad. Kini, bersaksi Tuhan pencipta alam, gadis beku menjadi miliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience