BAB 2

Romance Completed 6627

Perlahan Zarif Fayyad bersuara.Dia sedar gadis disebelahnya dalam keadaan serba tak kena.

“Irham, awak tak perlu risau. Saya buat macam ni bersebab. Dan awak tau sebabnya Sufi Elena.” Prof Tengku Hidhir masih merenung Sufi Elena.Dia kalau boleh tak nak pelajar cemerlang seperti Sufi Elena punyai keyakinan diri yang lemah.

Senyap seketika.

Sufi Elena yang menunduk mengangkat wajah.Dipandang wajah prof Tengku Hidhir sekilas dan kembali menunduk. Perlahan bibirnya bersuara.

“Sa,sa…saya terima pr..prof.”

Prof Tengku Hidhir tersenyum.

Ya Allah, Kau bantulah anak ini dalam mencari kayakinan dalam dirinya.

“Kalau macam tu, baiklah. Apa-apa maklumat tentang praktikal, awak boleh contact saya, tapi lagi senang awak ambil nombor fon Irham, kan kamu berdua satu tempat.”

Irham yang mendengar namanya disebut sudah teragak-agak mahu menulis nombor telefonnya di atas kertas kecil namun matanya tertancap pada tangan prof Tengku Hidhir yang menunjuk tanda berhenti.

Sufi Elena yang tidak perasan keadaan itu, masih menunduk.

Irham faham, prof Tengku Hidhir cuma ingin Sufi Elena membuka mulut sendiri untuk meminta nombor telefon Irham. Irham hanya tersegih. Dalam hatinya berbisik.’Kalau dia bersuara, esok jugak aku pinang minah ni.’

Mereka masih menunggu bicara dari bibir halus milik Sufi Elena, namun masing-masing perlu akur. Perkara yang dihajati mustahil akan berlaku. Akhirnya prof Tengku Hidhir membenarkan juga Irham menulis sendiri nombor telefonya.

“Sufi, awak boleh keluar.” Ringkas prof Tengku Hidhir bersuara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience