BAB 14

Romance Completed 6627

Wajah diraup beberapa kali.Aku perlu redha.Dia bukan untukku. Masih segar diingatan, dia melihat dari tirai kamar pejabatnya tindakan berani Sufi Elena mengajak Zarif Fayyad keluar makan. Sedangkan bila bersamanya gadis itu seakan patung cendana.Jika bersuara pun, nada gagap tak pernah hilang seakan dirinya hantu sahaja.Semasa melamar pun, gadis itu tetap tunduk membisu.Sudahnya, tiba sekeping warkah dari si beku pagi ini.

Warkah itu direnung lagi.

Assalamualaikum,

Maafkan saya terlebih dahulu atas kata-kata yang mungkin mengguris perasaan tuan. Saya tidak mungkin dapat berbicara lancar dengan tuan, jadi cukuplah warkah ini menjadi pembawa berita tentang hati dan perasaan saya. Maafkan saya kerana tidak dapat menerima lamaran tuan. Anggaplah tiada jodoh diantara kita. Saya cuma berharap tuan akan bertemu dengan gadis yang lebih baik dari saya. Yang tidak punya kelemahan seperti saya. Tuan layak, kerana tuan miliki banyak kelebihan. Akhirnya, saya berdoa moga tuan bertemu dengan gadis idaman hati. Doakan juga kebahagiaan saya.Assalamualaikum.

Ikhlas, Sufi Elena SulaSufi Fakeh.

Tidakkah, engkau tahu Sufi, kelemahan itu sebenarnya kelebihan buatmu.Sungguh beruntung siapa yang bergelar suamimu.Kelunakan suaramu hanya buat dirinya.

Mungkin ada yang terbaik untukku.Jika diberi gadis beku seperti Sufi Elena pun aku sanggup terima.
Sah.Sudah sah kini Sufi Elena binti SulaSufi Fakeh bergelar isteri buat Zarif Fayyad.

“Abang, Sufi buatkan susu dengan madu ni. Minumlah.” Sungguh lunak merdu suaranya.Tak pernah Zarif Fayyad mendengar suara Sufi Elena dilunakkan seperti ini.Jika dahulu bertanya soal kerja pun, nadanya hanya mendatar.Terasa sangat bertuah dirinya dapat memiliki gadis itu.

“Sayang, boleh abang tanya sesuatu.” Gelas minum yang sudah kosong isinya diletakkan di meja sebelah katil.Ditarik tangan isterinya yang sedari tadi berdiri dihadapannya duduk disebelah.Tangannya melingkari pinggang gadis itu.Sufi Elena hanya tertunduk malu.

“Apa dia bang?” perlahan nadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience