BAB 10

Romance Completed 6627

Sebenarnya, Tengku Hilmi Masyud bosan kerana dia seperti berbicara seorang diri.Tak pun adelah mana-mana batu dinding yang sudi mendengar.

Aku kena buat sesuatu.Tekad nya.

Zarif Fayyad tersenyum sendirian.Dia puas hati. Sepanjang dua minggu dia memenuhi jadual praktikalnya di Pertama Holding, selama itu jugalah Sufi Elena cuba untuk berbicara dengannya. Habis kalau bukan dengan dia, dengan siapa lagi gadis itu betah berkata-kata.Hanya dia yang gadis itu kenali dalam jangka waktu yang cukup lama.Setakat ini Sufi Elena sudah mampu berbual lancar dengannya tanpa sedikit pun nada gagap.Namun untuk diajak bergurau mesra, rasanya perkara itu takkan pernah terjadi antara mereka.Sufi Elena cukup menjaga batas pergaulan dengan lelaki ajnabi.

Namun senyuman Zarif Fayyad mati saat ingatannya teringatkan wajah tampan big bossnya.Bukan dia tidak perasan, Tengku Hilmi Masyud sentiasa mencari ruang untuk bersama Sufi Elena.Sekejap suruh gadis itu temankan dia bertemu klien atas alasan biar gadis itu belajar perkara baru.Habis, dia juga orang baru, kenapa dia tidak diajak.Pernah juga dia melihat wajah keterpaksaan Sufi Elena menemani big bossnya makan tengahari.Tapi, terpaksa ke Sufi Elena jika yang ingin bersamanya itu merupakan seorang lelaki muda yang kacak ditambah dengan harta bertimbun.Plus pulak, Tengku Hilmi Masyud bukanlah seorang yang kaki perempuan.Solat dijaga, batas pergaulan juga turut dijaga.Akhirnya Irham Hakimi meraut wajahnya.Dia sedar, mungkin dia bukan siapa-siapa di mata Sufi Elena. Tiada apa yang istimewa pada dirinya.

Berbeza situasinya di bango milik Tengku Hidhir.

Tengku Hilmi Masyud mengeluh sendirian.

Tengku Hidhir yang melihatkan keadaan itu pun mampir mendekati anak tunggalnya.

“Hai, Hilmi tak baik mengeluh.”Tengku Hidhir memulakan bicara.

“Entahlah pa, Hilmi dah buntu dengan student papa tu.” Tengku Hilmi Masyud mengurut tengkuknya yang terasa letih. Ada bini best ni, tolong urut. Tiba-tiba ingatannya tertumpu kepada Sufi Elena.Namun, ingatan itu berakhir dengan keluhan berat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience