BAB 1

Romance Completed 6724

“So, Sufi Elena, awak akan digandingkan dengan Irham untuk praktikal kali ni di Pertama Holding. Nak tak nak, awak perlu…no,no, awak wajib ikut arahan ni. Paham?” tegas kedengaran suara profTengku Hidhir memberi arahan. Sememangnya, dia perlu bertegas.

Dia sudah terlebih kenal dengan sikap pelajarnya yang seorang ini.Tak pernah mahu bekerjasama dengan orang bernama lelaki.Dia sendiri tak tahu kenapa Sufi Elena terlalu sensitive dengan makhluk bernama lelaki.Pernah juga, ditanya kepada rakan-rakan gadis bertudung labuh ini, namun mereka hanya menggeleng tidak tahu.

Sufi Elena bukanlah seorang pendiam jika bersama pelajar perempuan tetapi, jika berhadapan dengan pelajar lelaki, mulutnya pasti terkunci.Berhadapan dengannya yang merangkap pensyarah dan boleh dikata berpangkat bapa ini pun, Sufi Elena kaku seperti ais. Akhirnya, dia nekad, Sufi Elena perlu berubah demi masa depan dia. Siapa lagi yang bertanggungjawab merubah jika bukan pendidik.

Dia bukanlah nak Sufi Elena bersosial terlebih, tetapi cukuplah sekadar bersuara tanpa nada gagap ketika berhadapan dengan lelaki. Macam mana jika suatu hari nanti, jika dia berhadapan dengan penemuduga spesies lelaki, macammana pula dia hendak menguruskan sesuatu projek yang memerlukan kerjasama kaum lelaki?

Kerjayanya nanti bukan calang-calang kerja, dia bakal memegang jawatan jurutera. Ah, kusut kalau pelajarnya tidak berubah dari sekarang. Kesian masa depan dia.

Sufi Elena masih kaku dihadapan prof Tengku Hidhir. Disebelahnya duduk Zarif Fayyad. Pelajar kejuruteraan sama sepertinya.

“Sufi, saya masih menanti awak bersuara.” Prof Tengku Hidhir masih tidak berputus asa.

“Erm, prof, saya tak kisah, kalau prof nak tukarkan saya dengan pelajar perempuan. Saya bukan apa, saya takut ada pihak yang tak selesa nanti.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience