BAB 8

Romance Completed 6724

Sufi Elena masih membeku.Tak pernah dia mengalami keadaan seperti ini.Duduk berduaan dengan lelaki yang tidak dikenali.Makan berdua.Hanya mereka.Fuh, sungguh ini boleh direkod dalam buku sejarah form 5.

Suasana yang cukup hening diantara mereka membuatkan Tengku Hilmi Masyud seakan mendengar bunyi cengkerik mendendangkan lagu-lagu berentak balada.

Mengalah.Aku perlu bersuara.

“Sufi, saya tau awak tak selesa saya buat awak macam ni. Tapi, awak tak boleh diam macam ni kalau nak bekerja lama di syarikat saya. Awak perlu bersuara. Mana keyakinan dalam diri awak ni? Awak kan seorang pelajar. Selalu buat presentation, takkan ini hasilnya? Saya perlukan seorang pekerja bukan patung cendana.” Tegas ayatnya membuatkan jantung Sufi Elena tersentap laju. Aduh, apa aku nak jawab ni.

Sufi Elena menggaru kepala yang tidak gatal.Memikirkan sebarang bentuk jawapan juga.

Akhirnya Tengku Hilmi Masyud mengeluh.Soalan yang tiada jawapan.sungguh kesabarannya teruji dengan pekerja yang seorang ini.

Dalam menanti jawapan, fikiran Tengku Hilmi Masyud, kembali kepada perbualannya dengan papanya minggu lepas.

“papa akan hantar student praktikal ke syarikat Hilmi macam biasa. Tapi, kali ni, orangnya luar biasa.” Jelas Tengku Hidhir.

“Luar biasa?”Hairan menyelubungi fikiran.Apa yang luar biasanya.

“Hah, luar biasanya, sorang student papa ni, orangnya tak berani nak bercakap dengan lelaki. Kalau dengan perempuan ok aje.”

“Haih, ade orang macam tu pa?macam tak percaya pulak Hilmi dengar.”Tengku Hilmi Masyud ketawa perlahan.

“Ada sebab kenapa papa hantar dia ke syarikat Hilmi.”Sambung Tengku Hidhir serius.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience