BAB 13

Romance Completed 6627

Mak aii, hampir nak gugur jantung Zarif Fayyad.Sufi Elena ajak dia lunch?? Pergh, sungguh ini akan menjadi sejarah terulung dalam hidupnya.

Dengan semangat waja, Zarif Fayyad bangun.Senyuman tak mati sedari Sufi Elena berkata ‘lunch’ tadi.Sungguh gatal rupanya Zarif Fayyad ini.

Tanpa mereka sedari, ada mata yang melihat.Ada hati yang terguris luka.

Sampai sahaja di restaurant Hajah Khodija, mereka berdua duduk bertentangan dan masing-masing ralit memesan makanan.

Makanan sudah pun terhidang, jamah pun sudah.Namun butir bicara masih kaku di bibir masing-masing seolah-olah mereka berada di perpustakaan yang ada papan tanda bertulis ‘dilarang bising’.

Zarif Fayyad tak tahu bagai mana nak mulakan bicara.Sementelah ini pertama kali dia berada di luar situasi formal bersama gadis itu.Selama ini, jika berbicara, hanyalah perihal urusan pejabat sahaja.

Tanpa diduga, Sufi Elena memulakan bicara.

“Kalau awak nakkan saya, hantar rombongan esok.Kalau tak, saya terima lamaran Tengku Hilmi Masyud. Ok, Assalamualaikum.” Terus, gadis itu pergi.

Zarif Fayyad pula yang kaku.APA DAH BERLAKU NI??

Aku dilamar?

Aku terlamar? Argh, Zarif Fayyad mencubit pipinya.Dia tersenyum sendirian.Sungguhlah Sufi Elena bukan sahaja beku tapi, gadis itu memang coollah.Dia meraup wajahnya dengan kedua-dua belah tangan mengucap syukur tak terhingga.Rupanya dia bertepuk dua belah tangan selama ini.Ya Allah, terima kasih. Engkau memang mengerti hamba-Mu.

Sekeping warkah direnung dengan hati yang hiba.Pengirimnya, Sufi Elena binti SulaSufi Fakeh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience