BAB 3

Romance Completed 6627

“Haisy, pening kepala saya, mintak nombor fon pun malu.Aduhai.”keluhnya lagi.

“prof, kenapa saya pulak yang prof gandingkan dengan dia?”Zarif Fayyad bersuara perlahan.Nadanya persis tidak puas hati.Manakan tidak, teman-teman yang lain, semuanya dapat yang satu kepala.Dia?Dengan gadis kaku bermulut bisu.Argh, pusing kepala.Macam mana nak bekerjasama.

“Irham, saya percaya awak boleh bantu dia untuk belajar berani bercakap dengan kaum lelaki.”

“Saya?” nyata,nadanya sangat terkejut.

“Iye, awak. Sebab awak orangnya penyabar, penyayang, lemah lembut dengan perempuan, tak bermulut manis macam lelaki gatal,bertolak ansur danyang paling penting awak jaga batas agama.itu yang saya nak.” Memang tidak dinafikan, segala sifat yang disebutkan ada pada Zarif Fayyad.

Zarif Fayyad tertunduk malu.Terasa tidak layak dia menerima pujian seperti itu.Ternyata sudah yang dia memang rapat dengan profTengku Hidhir sehingga lelaki itu lebih memahami dirinya berbanding dirinya sendiri.

“Saya taklah sampai macam tu. Prof ni dah terlalu memuji.”Zarif Fayyad tersipu malu.

“dahlah, tak payah nak malu-malu kucing pulak. Mana tahu, alang-alang dah serasi kerja bersama, si Sufi tu boleh cair dengan kamu, siapa tahu. Nah, kan dah dapat bini alim,cantik plus warak lagi tu.”profTengku Hidhir sudah mencipta angan-angan mat jenin buat pelajarnya.

Zarif Fayyad hanya mampu ketawa.Buat lawak aje pensyarahnya ini. Jauh panggang dari api, perkara itu akan berlaku. Siapalah dia dimata Sufi Elena yang sekeras ais itu.

“jawabnya saya ajelah yang bercakap sorang-sorang dekat rumah. Dia, senyap macam tunggul.”Irham berkata disisa tawanya.

“Eh, kamu jangan main-main soal jodoh.Semuanya kerja Allah.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience