Disaat perjalanan mereka terserempak dengan segerombolan orang yang di tengah-tengah jalan, mereka bersorak aneh seolah-olah ada pertempuran disana. Kemudian mereka pergi meninjau lokasi dan melihat apa yang sedang terjadi.
“I...itu Samurai!" Brunette. “Samurai?" Trace. Seorang perempuan yang sedang bertempur dengan sekumpulan pengganas yang aneh. Kemudian tanpa fikir panjang Brunette membantu samurai tersebut. Dia menghayunkan pedangnya kearah pengganas-pengganas tersebut.
“Jangan masuk campur. Ini bukan urusan kalian!" Salah seorang pengganas berkata dengan nada yang menyeramkan. “Sihir panah: Anak panah berapi." Trace menurunkan hujan anak panah berapi di sekitar area tersebut. Beberapa anak panah itu mengenai pengganas-pengganas tersebut kemudian salah seorang dari kumpulan pengganas itu menerkam kearah Trace.
“Jangan sentuh adik aku! Rasakan ini!" Grace sempat menumbuk pengganas tersebut, kemudian Brunette membantu samurai itu. “Bagaimana keadaan kamu?" Brunette.
“S...saya baik-baik saja.T...terima kasih." Samurai.
“Urmmm, Brunette apa itu samurai?" Grace.
*Brunette menerangkan maksud samurai kepada Grace. Sementara itu Trace sedang merawat luka samurai itu.
“Siapa nama awak?" Trace
“V...Velvet." Samurai
“Nama yang baik. Walauapapun kamu nak kemana?" Trace.Velvet nampak seperti agak gugup untuk memberitahu destinasinya.
Saya n...nak ke D...doom...
Kemudian mereka terdengar bunyi seseorang meminta tolong. “Tolong! Tolong!" ???.
Kemudian Brunette pergi meninjau lokasi bunyi jeritan itu. “Tolong! Sesiapa! Selamatkan dia!" ???. Bunyi yang agak nyaring semakin kedengaran. Kemudian Brunette tiba di lokasi untuk membantu. Dia melihat dua bangkai pengawal dan seseorang yang sedang cedera parah.
“Apa yang terjadi?" Brunette
“Syukurlah tolong selamatkan dia! Dia diserang oleh perompak! Tolong selamatkan nyawa dia!" ???. “Baik saya akan lakukan sehabis baik." Brunette.
“Grace boleh awak cuba rawat lukanya dengan sihir teras?" Brunette. “S...saya tak dapat menggunakannya tapi mungkin awak boleh mencubanya." Grace.
“Tolong cepat selamatkannya! Saya tak sanggup kehilangannya." ???.
Kemudian Grace memberikan mantra yang perlu disebut kepada Brunette. Kemudian Brunette mencuba sihir teras itu dan mula merawatnya. “Sihir teras:Penyembuhan" Brunette. Kemudian sihir tersebut menunjukkan kesan tindak balas dan mula menutupi luka tersebut.
“Selesai.Kita biarkan dia berehat sebentar dan tunggu dia sedar." Brunette. “Syukurlah.Terima kasih! T...tuan.Kenalkan saya Marine Puteri Mahkota kedua kerajaan Doomsvalle." Marine.
*Grace menundukkan kepala sebagai tanda hormat kepada Marine
“Kenapa awak tunduk Grace?" Brunette. “Biadapnya awak! Beliau ini Puteri Mahkota dan juga kerabat diraja dan tunduk merupakan sebagai tanda hormat kita kepadanya." Grace.
*Brunette sudah mula memahami tentang adat-adat apabila menemui kerabat diraja. Kemudian dia menundukkan kepala kepada Puteri Marine.
“Tidak perlu menjadi begitu formal. Justeru saya yang perlu mengucapkan terima kasih kepada kamu berdua kerana telah menyelamatkan Aoba." Puteri Marine.
Selepas itu, Trace dan Velvet datang ke lokasi. “Ah, kamu berdua sudah sampai. Bagaimana denganmu Velvet?" Brunette. “Dia baik-baik sahaja tapi boleh dia sertai kita ke Doomsvalle? Kebetulan destinasinya sama dengan kita." Trace.
“Kamu semua juga mahu ke Doomsvalle?" Puteri Marine. Sementara itu Velvet yang sudah sedar bahawa orang yang bertanyakan soalan tadi itu merupakan puteri mahkota dia segera menundukkan kepalanya dan menjawab soalan Puteri Marine itu.
“Ya kami juga ingin ke Doomsvalle Tuan Puteri". Lantas Trace yang mendengar bahawa itu merupakan tuan puteri dia juga menundukkan kepalanya. “Sebenarnya boleh saya meminta bantuan kamu lagi?" Puteri Marine.
“Apa itu?" Brunette
Jadi begini.
Kemudian Puteri Marine menjelaskan permintaannya kepada Brunette. “Jika begitu baiklah kami akan membantu. Kalian bertiga tiada masalah bukan?" Brunette.
Mereka yang lain bersetuju kemudian melanjutkan perjalanan mereka ke Doomsvalle. Sementara menunggu Trace menghulurkan sebuah buku kepada Brunette untuk dia pelajari.
“Ini buku sihir teras.Mungkin awak boleh mencubanya, siapa tau bila tiba saatnya sihir ini diperlukan.” Trace. Brunette mengambil buku itu sebagai tanda faham apa yang cuba disampaikan oleh Trace. Dia mula menghafal beberapa buah sihir teras dan ingin mencuba salah satu sihir darinya. “Saya ingin mencuba sihir ini." Brunette.
“Baik mari lihat cukup tinggal sebutkan mantranya kearah sasaran." Trace. “Sihir teras: Deria" Brunette. Brunette menjadi lebih peka dengan keadaan sekeliling, kesemua derianya meningkat seperti deria menghidu dan deria mendengar.
Brunette tercium sebuah aroma yang memualkan, bau seperti darah. “Boleh awak ubah haluan kearah kiri?" Brunette mengarahkan pemandu untuk pusing kearah kiri. Tidak berapa lama kemudian mereka melihat seorang lelaki yang berlumuran darah bersandar di sebatang pokok sambil dikepung oleh serigala liar.
Brunette membantu menghalau kesemua serigala liar itu dan mula merawat lelaki yang sedang cedera itu. “Sihir teras: Penyembuhan".
Setelah itu lelaki tersebut berterima kasih dan mula pergi meninggalkan lokasi.
“Baiklah mari kita teruskan perjalanan." Brunette. Mereka melanjutkan perjalanan mereka. Disaat dalam kereta kuda Trace mengujarkan sebuah soalan kepada Brunette. “Awak mahir sihir penyembuhan?" Trace. Kemudian Brunette menjelaskan bagaimana dia dapat belajar tentang sihir itu.
Tidak lama kemudian mereka tiba di Doomsvalle.
Share this novel