Disaat mereka sedang menyambut pesta, seorang wanita berpakaian rapi menghampiri Brunette dan memberikan sepucuk surat kepadanya. Kemudian wanita tersebut menyapanya,
“Kamu Brunette?" ???
“Ya, saya kenapa?" Brunette. Wanita tersebut kelihatan lebih serius dari sebelum, tanpa menunjukkan sebarang ekspresi dia mengatakan sesuatu kepada Brunette.
“Tuan Brunette, anda dijemput untuk hadir ke Istana diraja Wesky, ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh Tuan Mulia Wesky. (Anda dijemput untuk hadir dengan 1 orang sahabat.)" Pengutus Diraja. Kemudian dia memberikan sepucuk surat jemputan kepada Brunette dan dia terus pergi begitu sahaja.
Brunette yang tersenyum lebar mengambil surat jemputan tersebut dan dia mengajak Trace untuk pergi bersamanya.
Mereka berangkat ke Istana Diraja Wesky pada keesokan paginya. Sementara itu mereka teruskan menikmati jamuan tersebut.
Malam harinya,
Di cafe,
“Esok pagi Trace dengan Brunette nak berangkat pergi Istana Diraja. Katanya ada sesuatu yang penting." Velvet. Grace yang sedang makan dengan Velvetpun terkejut dengan apa yang didengarinya. Dia cuma berharap yang perkara itu bukan perkara yang benar dan hanya cerita dari Velvet sahaja, tapi dia takut mahu bertanyakan hal sebenar malahan dia hanya ikut arus perbicaraan sahaja.
“Semua kelengkapan diorang dah, siap ke?" Grace Velvet yang sudah tahu bahawa kelengkapannya sudah siappun menceritakan kepada Grace dari A-Z.
Keesokan paginya di Istana Diraja Wesky.
“Waah hebatnya, besarnya!" Mereka berdua terpegun dengan keindahan Istana tersebut. “Selamat datang ke Istana Wesky, ada apa-apa kad jemputan?" Pengutus Diraja. Brunette kemudian memberikan kad jemputan tersebut lalu kemudian mereka diiringi oleh pengutus tersebut untuk pergi ke lokasi yang ditetapkan.
“Selamat datang ke istana beta Brunette." ???. Suara tersebut datang dari belakang mereka, Trace yang menyedari hal tersebut tunduk dan melutut kepadanya. Selepas melihat Trace melutut pada ??? Brunette juga ikutan melutut.
“Jangan terlalu formal, anggap sahaja seperti hari biasa kamu berjumpa rakan-rakan kamu yang lain." ???. Mereka berdua mengangkat kepala dan berdiri seperti biasa. “Beta banyak dengar khabar yang kamu sudah meraih banyak sekali gelaran yang unik dan telah berjaya mengalahkan iblis tersembunyi di perlombongan terbiar. Jadinya tujuan beta menjemput kalian kemari untuk mencabar kalian berdua. Jika kalian menang bertarung dengan pahlawan terbaik beta maka kamu layak dipanggil Petarung." ???. Mereka yang mendengarkan hal itu menjadi terlalu teruja dan mula hilang fokus.
“Baiklah jika begitu, kami bersedia dan menerima cabaranmu." Brunette. Mereka berdua bersependapat dan mula menuju ke arena dimana mereka bakal bertarung dengan pahlawan diraja. Perasaan teruja mereka kini menjadi mimpi ngeri mereka apabila melihat penampilan pahlawan tersebut yang begitu mengerikan. Tanpa banyak bicara, perlawanan langsung bermula dan penyokong mula bersorak.
“Kita tiada pilihan lain samaada lawan atau mati disini." Trace. Mereka cuba bertenang dan mula mengasak perlawanan. Mereka terus menyerang dan menyerang tanpa henti namun pahlawan tersebut hanya menangkis nya dan tidak menunjukkan sebarang gerakkan. Mereka terus menerus mencuba untuk menumbangkan pahlawan tersebut tanpa menggunakan sebarang sihir namun ianya hanyalah sia-sia kerana pahlawan tersebut tetap sahaja berdiri teguh seolah-olah tiada apa yang berlaku. Akibat perlawanan berlangsung terlalu lama pahlawan tersebut memulakan gerakkan pertamanya.
“Mari kesini O Excalibur." Pahlawan Diraja. Sebuah pedang sihir yang bertaraf tinggi meluru kearah tangan Pahlawan tersebut. Pedang sihir O Excalibur merupakan sebuah pedang yang amat dahsyat kerana pedang tersebut mempunyai skill sihir aktif dan skill sihir pasif.
Skill aktif pedang tersebut bergantung pada penggunanya, hanya ada beberapa gerakkan sahaja yang mampu digunakan oleh pemilik tertentu. Manakala pasifnya pula pedang ini tidak memerlukan sebarang energi sihir untuk menggunakannya. Sihir kegelapan secara terus menerus bersalur dari pedang ini. Luka yang diakibatkan memanglah tidak terlalu fatal namun efek yang dihasilkan mampu memberikan kesan buruk pada perlawanan jika terkena dengannya.
“O Excalibur:Pembelahan." Pahlawan Diraja. Dia memberikan hayunan pedang yang kuat ke arah Brunette dan Trace. “Sihir teras: Pelindung." Brunette. Sebuah benteng khusus yang dicipta untuk menghalang apa jua jenis serangan yang dilontarkan oleh musuh. Namun benteng tersebut tidak cukup kuat dan O Excalibur berjaya merobek masuk benteng tersebut.
“M-mustahil." Brunette. Dia yang terkejut dengan kehebatan pedang O Excalibur tersebut berdiri terpaku sahaja disitu. Kemudian Trace yang menyadari bahawa O Excalibur bakal terkena Brunette dengan pantasnya dia menerkam dan menolak Brunette dari terkena serangan tersebut.
Perlawanan berlangsung begitu lama, kedua-dua belah pihak masih belum menunjukkan sebarang rasa penat. Sepanjang pertarungan berlangsung hanya ada serangan dan tangkisan sahaja. Mereka menunjukkan kehebatan dari aspek berbeza, ada yang kemampuannya hanya untuk menyerang, ada yang hanya boleh bertahan menerima serangan dan juga ada yang mahir kedua-duanya.
“Nampaknya penonton mula berasa bosan dengan pertunjukan ini, mari kita hangatkannya dengan sesuatu yang panas. Perangkap." Tuan Besar Wesky. Disepanjang arena terdapat besi yang tajam, mempunyai racun tertentu. Namun siapa tahu perangkap apa yang bakal muncul kemudiannya.
“Nampaknya semakin sulit dibuatnya. Trace kita kena analisis dahulu kehebatan musuh kita kemudian baru kita boleh mencuba menyerang." Brunette. Mereka berdua mula serius dan secara terus-terusan mengasak musuh buat ke perangkap berduri tersebut.
“Tidak semudah itu budak." Pahlawan Diraja. Kemudian dia menghayunkan O Excalibur ke arah bawahnya. “Perangkap kecil kau takkan berkesan keatasku." Pahlawan Diraja.
Dia mengetahui segala pergerakan Brunette dan Trace seolah-olah ada orang yang memberikan maklumat kepadanya. “Sihir teras: Bunyi." Brunette. Kemudian sihir tersebut berjaya memberikan impak yang besar kepada pahlawan tersebut. Sebuah alat penghubung terjatuh dari telinga pahlawan tersebut. “Alat penghubung. Berarti kita bukan melawannya seorang tapi ada beberapa lagi musuh di sebaliknya." Trace. Oleh dipersebabkan alat penghubung tersebut telah rosak mereka mempunyai beberapa buah peluang untuk mengalahkan pahlawan tersebut.
Share this novel