Chapter 7

Fantasy Completed 469

Sebuah makhluk yang berlendir mula menghampiri Elze seakan akan ingin membunuhnya. Elze yang ketakutan berdiri kaku dan tidak mampu berbuat apa apa diserang oleh makhluk itu. Makhluk aneh tersebut membawa Elze ke kawasan yang lebih dalam.Tak lama kemudian Brunette datang meninjau situasi disana.

“Rasanya tadi ada bunyi dari arah ni." Brunette.

“Situasi agak aneh, banyak lendir lendir melekit dan berbau bangkai disini." Brunette.

Kawasan tersebut dipenuhi dengan lendir yang aneh dan berbau yang amat busuk. Brunette yang tidak berani buat mara ke hadapan kembali ke tempat rehat pertama dan laporkan kepada Ketua Kelab Pengembara.

“Nampaknya zon dihadapan lebih sukar buat kamu semua kerana zon yang bakal dirempuh adalah kawasan yang mematikan. Zon Slime. Slime mengeluarkan jejak lendir yang menandakan itu kawasan jajahan mereka, walaupun ia kelihatan biasa dan tidak merbahaya namun pandangan kita terhadap ia amatlah remeh kerana lendir tersebut bakal menyukarkan kita apabila bertempur dengan Slime itu sendiri. Buat sementara ini kelab pengembara masih belum memiliki cara untuk menangani Slime ini jadi saya akan membuka laluan ini kepada sesiapa yang ingin berjuang sehingga nafas terakhir. Jika kamu takut untuk maju maka kembalilah ke Rumah Kelab dan ambil ganjaran kamu." Ketua Kelab Pengembara.

Pengembara yang lain memilih untuk berpatah balik tanpa memikirkan tentang ganjaran.

“Aku tak suka makhluk yang berlendir. Jijik jadi aku akan patah balik sahaja." Pengembara perempuan 1.

“Makhluk yang tidak tau informasi dan cara kalahlannya? Adakah peluang untuk pengembara pemula seperti kami buat menang melawannya?" Pengembara perempuan 2.

Namun disebalik itu ada juga beberapa pengembara yang berminat untuk maju tanpa fikirkan apapun.

“Aku sendiri nak maju untuk selamatkan adik aku. Tunggu abang Elze." Pengembara 1. Brunette dan yang lain cuba menenangkan pengembara itu dan biarkan dia berehat sementara memikirkan cara untuk kalahkan Slime itu. “Ketua memangnya kita tiada info tetap untuk makhluk Slime ini?" Brunette.

“Ada namun cukup sulit untuk dianalisa. Slime mempunyai spesies tertentu namun Slime liar bergini mempunyai kehebatan yang tersendiri contoh seperti Slime batu dengan ketahanannya, Slime besi dan Slime aluminium kedua-duanya dapat berubah bentuk menjadi senjata yang tajam. Buat sementara ini hanya 3 spesies ini sahaja yang sudah dipastikan infonya tetap." Ketua Kelab Pengembara.

“Baiklah kalau begitu! Trace ikut aku yang lain tunggu disini aku nak cuba sesuatu." Brunette.

“B-baik." Trace. Kemudian mereka berdua memasukki zon Slime tersebut. Disaat dalam perjalanan.

“Trace sihir ais boleh membekukan segala cecair betul?" Brunette. “Y-ya sihir ais memang dapat membekukan cecair namun apa yang sedang bermain di fikiranmu Brunette?" Trace, dia kelihatan bingung dengan aksi yang bakal dilakukan oleh Brunette.

“Lendir merupakan cecair padat jadi mungkin Sihir Ais dapat membekukannya untuk sementara waktu? Setidaknya memperlambat pergerakannya sudah cukup." Brunette.

Mereka berdua akhirnya tiba di pintu zon Slime.

“Jaga-jaga dihadapan sudah ada jejak slime." Brunette. Mereka mula bersiap sedia dengan apa sahaja yang mungkin tiba. “Baiklah mari kita cuba teoriku." Brunette. Trace menggunakan sihir ais untuk membekukan lendir itu.

“Sihir ais: Pembekuan." Trace. Seketika jejak yang ditinggalkan oleh slime itu menjadi keras. “Nampaknya kita sudah mendapatkan sedikit maklumat. Mahu teruskan?" Brunette. Trace yang hanya bersetuju dan mengikut Brunette dari belakang. Mereka memulakan aksi mereka dan mula membantai kesemua slime-slime itu.

“Sihir ais:Pembekuan." Trace. Seketika kesemua slime yang ada di zon itu menjadi beku seperti ais. “Sihir teras:Bunyi." Brunette.(Sihir gabungan Bruace dikeluarkan dan menghasilkan sesuatu yang unik.) Seketika kesemua slime yang membeku pecah dan menjadi kepingan ais yang mula mencair. Namun tidak disangka sangka selepas slime biasa muncul kemudian keluarnya 2 spesies slime yang sudah diketahui iaitu slime logam dan slime aluminium.

“Tch slime padat yang tak dapat dibekukan, ada apa-apa idea Trace?" Brunette. Mereka berdua kelihatan buntu namun cara yang sama tidak dapat digunakan keatas dua-dua jenis slime itu. “Brunette gunakan sihir air!" Trace, dia kelihatan yakin dengan ideanya dan meminta Brunette untuk menggunakan sihir air ke atas slime-slime itu.

“Sihir air: hujan." Brunette

“Sihir ais: pembekuan." Trace.

Setelah kedua-dua slime tersebut menjadi ais, Brunette menjadi teragak-agak untuk menggunakan sihir bunyi keatasnya. “Sekarang mari kita tamatkannya. Awak ingat mantra itu bukan?" Trace. Brunette yang mendengar perkataan tersebut mula berfikir keras mengenai mantra yang dimaksudkan itu. Namun kejadian yang tidak didugai berlaku, perlahan-lahan ais tersebut mula melebur.

“Brunette sekarang!" Trace

“Sihir teras: Sangkar" Brunette.

Kemudian terbentuknya sebuah sangkar yang mengurung slime slime tersebut. “Mari tamatkan mereka sebelum kita yang ditamatkan?" Trace.

“Sihir batu: Runtuhan" Brunette, runtuhan kecil mula terbentuk dan disaat bersamaan Trace mula membakar batu reruntuhan tersebut. “Sihir api: Pembakaran." Trace. Batu-batu yang dibakar tersebut membentuk magma lava yang panas mampu mencairkan Aluminium dan besi. Setelah kesemua slime dikalahkan mereka masih belum menemui jejak Elze, kini mereka membuat keputusan untuk kembali dan melaporkan hal tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience