Chapter 11

Fantasy Completed 469

Pahlawan tersebut kelihatan gembira dan memanggil seseorang. “Sudah tiba masanya. Mari kita tunjukkan kehebatan duet kita adik." Pahlawan Diraja. Kemudian seorang gadis bersama dengan berpuluh-puluh ekor slime turun dari langit. “Ini saatnya kita tamatkan perlawanan bodoh ini abang." ???. Kini pertarungan menjadi lebih adil 2 vs 2 namun keadaan tidak berpihak kepada pasukan Brunette.

“Sihir gabungan: Mirgin" kedua-dua adik abang tersebut mengeluarkan sebuah sihir yang membentuk seperti arena.

(Mirgin: merupakan perpaduan combo antara Mirna si adik dan Gino si abang. Mereka jarang bertempur bersama namun jika mereka membentuk pasukan tiada siapa yang dapat menandingi kehebatan mereka.)

“Brunette, sekarang saatnya kita tampilkan senjata baharu kita." Trace. Brunette yang sudah tidak sabar buat menunjukkan senjata mereka tersebut menjadi seronok apabila mendengar arahan dari Trace itu. “Baiklah!" Brunette.

“Sihir Jinakkan: Naga Hitam." Brunette. Seekor naga hitam yang jauh lebih kuat berbanding mana-mana makhluk jinakkan lainnya. “Sekarang mari kita singkirkan slime-slime bedebah itu." Trace.

Naga tersebut mengeluarkan api yang cukup panas sehingga mampu mencairkan slime besi, slime aluminium dan juga slime-slime lainnya. Api yang membara terlalu panas sehinggakan Pahlawan berdua tersebut tidak dapat maju kehadapan. Tanpa peninjau mereka berdua lemah kepada serangan kejutan.

“Baiklah sekarang kita tamatkan seorang dahulu." Brunette. Mereka berdua mengeluarkan sihir gabungan menargetkan salah seorang dari pahlawan tersebut.

“Sihir Api: Panahan." Trace

“Sihir Angin: Puting Beliung." Brunette.

Serangan yang dilancarkan berjaya mengenai adik kepada pahlawan utama tersebut. Disaat serangan Brutrace dilancarkan, naga yang dipanggil Brunette seolah-olah faham keadaan semasa dan memarakkan combo tersebut. Puting Beliung berapi yang sangat panas dan pantas terus merempuh adik pengembara utama tersebut. Kini target yang mengenai sasaran itu berjaya dikalahkan dan dia tumbang ke tanah.

“Tch, saatnya tunjukkan kekuatan asli pahlawan diraja." Gino. O Excalibur mengeluarkan aura negatif yang kuat, seolah-olah ia bersedia untuk membunuh sesiapa sahaja yang menghalang laluannya. Naga Brunette yang berada di tengah-tengah arena tersebut dapat merasakan energi negatif yang dikeluarkan pedang itu, ianya terus terbang berlalu pergi meninggalkan arena itu.

“Nampaknya Wolvendom takut dengan aura itu. Trace pastikan kau berjaga-jaga dengan apa yang bakal berlaku." Brunette. Sebuah kabus yang tebal mula muncul di arena.

“Sihir Teras: Menghilang." Gino. Kesemua jejak pedang dan jejak yang dihasilkan oleh Gino mula menghilang. Tiada yang dapat mengesan keberadaannya.

“Perangkap?" Brunette. Mereka berdua menjadi lebih berhati-hati dengan situasi semasa. “Hei, Brunette, kau perasan tak aura pedang tu dah mula hilang. Tapi pelik aku ada dengar bunyi aneh." Trace.

*Serigala liar mula dilepaskan dalam kabus tersebut.

“Itu bunyi serigala! Trace hati-hati tolong bertahan selama yang mungkin." Brunette. Sepertinya Brunette mempunyai idea yang bernas dan dia tahu cara menghentikan serigala liar itu.

“Sihir Angin: Puting Beliung." Brunette. Idea Brunette untuk menggunakan puting beliung berjaya membawa kesemua kabus itu pergi. Kini kesemua serigala liar mula kelihatan, namun mereka mengalami sedikit masalah.

“Aku harap kabus tadi ada semula." Trace.

“Betul, bilangan mereka cukup ramai untuk kita kalahkan." Brunette. Sekitar 40-50 ekor serigala liar yang mula kelihatan. “Kita tiada pilihan lain, tamatkan atau kita yang jadi makanan mereka." Brunette.

“Sihir Petir: Ribut." Brunette. Sambaran petir yang dihasilkan tidak cukup kuat untuk mengalahkan bilangan mereka itu. “Sihir Api: Hembusan." Trace. Kebanyakan dari serigala liar itu dapat dikalahkan namun seketika mereka mendengar bunyi yang menggerunkan.

Gino mula menampilkan diri dan bersama seekor binatang buas yang amat dahsyat. “I-itu Serigala Petir Gergasi." Trace. Kekuatan dari serigala itu tidak terkalahkan, hanya naga jinakkan Brunette sahaja yang mampu mengalahkannya, namun mereka harus memastikan yang aura pedang O Excalibur tidak diaktifkan supaya naga tersebut dapat menjadi kuat sepenuhnya.

“Wahai pedang O Excalibur yang agung, bunuhlah dan lindungilah alam yangku sayangi. O Excalibur: Libasan Penamat." Gino. Kemudian Serigala petir tersebut mengeluarkan petir yang dapat membantu serangan Gino. Brunette dan Trace tiada pilihan lain selain menerima sahaja serangan tersebut kerana mereka tidak bakal sempat untuk melakukan pertahanan mahupun mengelak serangan tersebut.

Lintasnya sebuah penghalang api yang tidak dapat ditembusi oleh sebarang serangan. Ternyata penghalang api tersebut dihasilkan oleh naga Brunette dari atas arena.

“Wolvendom! sekarang saatnya Trio! Mari kita tamatkan kegemilangan Gino dan O Excaliburnya itu. Sihir Teras: Kabus." Brunette.

“Sihir Api: Taufan." Trace. Dengan bantuan Wolvendom serangan mereka bertiga tersebut berjaya menamatkan keseluruh Pahlawan berserta dengan makhluk jinakkan mereka itu. Gino dan Serigala Petir Gergasi berjaya tumbang ke tanah akibat serangan tersebut. Kabus yang dihasilkan oleh Brunette sebenarnya kabus yang dapat mengelabui deria musuh sekitar. Impak dan Jangkauan yang sangat besar tiada sesiapa yang dapat keluar dari kabus itu dengan selamat.

*Saat penentuan, kini Brunette dan Trace diisytiharkan menang dan mereka menunggu hasil kemenangan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience