Chapter 1

Fantasy Completed 469

“Itu mereka, semua sekali berhati-hati." Brunette. “Faham!" Trace. *Secara mengejut Grace menuju kearah serigala liar itu dan menerkam kearahnya.

“Bahaya! Trace bantu Grace cepat!" Brunette.“ Saya faham!" kemudian Trace mengeluarkan panah dan menyerangnya *Sihir panah: Crystal Arrow

*Serangan Trace tersebut berjaya mengenai bola mata Serigala liar itu. Kemudian Trace mengambil anggota yang diperlukan sebagai bukti laporan misi mereka.

Saat dalam perjalanan pulang terlintas sesuatu yang bermain di benak fikiran Brunette. “Hei yang tadi itu sihirkah?”. “Iya.Hanya beberapa orang sahaja yang dapat menggunakan sihir. Namun abaikan ia.” Trace.

“Sebenarnya saya ada satu lagi permintaan boleh awak berdua tunaikannya?" Brunette

“Apa itu?" Grace

“Boleh awak berdua ajar saya menulis dan membaca?" Brunette.

Kedua-dua gadis tersebut terkejut apabila mendengar yang Brunette tidak dapat membaca dan menulis bahasa mereka. “M...mengajar? Saya serahkan ini kepada Trace kerana dia sangat pintar." Grace.

Muka Trace menjadi merah muda. “S...saya baiklah jika awak sudi." Trace. “Syukurlah awak setuju!" Brunette

“Selain itu! Saya juga ingin belajar sihir tolong ajarkan saya!" Brunette

“Eh! Seperti yang Trace cakapkan tadi untuk menggunakan sihir awak harus ada potensi dan bakat tertentu. Awak ada sesuatu bakat?" Grace.

“Bakat? Bagaimana awak tahu yang awak ada bakat dalam menggunakan sihir?" Brunette

“Mudah sahaja" Trace. Kemudian Trace mengeluarkan beberapa batu aneh yang berwarna-warni. “Untuk tahu bakat dan elemen yang awak punya. Awak akan tahu apabila menggunakan batu ini. Buat sementara yang paling mudah adalah batu air. Untuk menggunakannya awak harus menyebut mantranya. Biar saya tunjukkan." Trace.

Trace menghayunkan batu biru dan menyebut mantranya. “Keluarlah Air" Trace. Kemudian air keluar dari batu itu.

“Wah menakjubkan!" Brunette. “Mahu mencubanya?" Trace kemudian menghulurkan batu biru kepada Brunette. “Boleh juga." Brunette melakukan hal yang serupa seperti yang ditunjukkan oleh Trace sebentar tadi.

“Keluarlah Air" Kemudian air keluar dari batu yang dipegang oleh Brunette itu. “Nampaknya awak mempunyai bakat dalam sihir juga." Trace.

Brunette mengambil batu merah kemudian mencubanya juga. “Jika yang ini bagaimana cara gunakannya?" Brunette. “Serupa seperti air awak cuma perlu sebutkan Keluarlah Api!" Trace.

“Keluarlah Api!" Brunette. Kemudian api keluar dari batu itu. “Menakjubkan awak baru tahu kekuatan awak dan kini awak sudah berjaya mengawal 2 elemen sekaligus? Biasanya orang akan ambil masa yang lama untuk belajar dan mengawalnya." Trace.

“Saya mahu cuba batu yang lain tolong tunjukkan mantra dan cara menggunakannya." Brunette. Trace dengan senang hati mengajarnya. “Jika batu ini awak cuma perlu sebut Keluarlah pasir." Trace menghulurkan batu oren kepada Brunette.

“Keluarlah pasir!" Seperti sebelumnya Brunette berjaya mengawal kesemua elemen namun dia curiga dengan batu terakhir yang berwarna kelabu lantas dia mengambil dan ingin mencubanya.

“Jika batu ini apa elemen yang terkandung dalamnya?" Brunette.

“Teras sifar. Batu ini tiada elemen kerana sihirnya adalah sihir teras yang memiliki dalam diri seseorang. Biasanya jika ingin tahu samaada awak memiliki kebolehan teras sifar adalah dengan mencubanya. Ianya akan menunjukkan perubahan jika anda mempunyai teras sifar. Caranya tinggal salurkan sihir kepadanya." Trace.

“Baiklah jika begitu saya faham." Brunette mencuba menyalurkan sihir kepada Batu itu. Batu itu menunjukkan perubahan yang berbeza ianya berkilau dengan sangat terang.

“Menakjubkan! Awak menguasai kesemua elemen dan teras sifar? Saya curiga jika awak benar-benar manusia siapakah awak sebenarnya?" Grace. “Mungkin cuma kebetulan sahaja?" Brunette.

*Mereka pulang di Wesky

“Ayo laporkan ini dan ambil ganjaran kita!" Trace. “Mari!" Grace. Mereka pergi ke rumah Kelab Pengembara dan mengambil ganjaran mereka. *Masing-masing mendapatkan 20 syiling emas

“Ini sudah cukup untuk belanja harian.Hei Brunette awak mahu kemana?" Grace. “Saya akan pulang ke Villhade untuk berehat." Brunette.

*Brunette kembali ke kamarnya dan mula terlelap seketika. Sementara itu Trace dan Grace.

“Dia lelaki yang aneh bukan?" Grace. “Cukup aneh tapi saya rasa ada sesuatu yang saya terlupa untuk lakukan." Trace. “Apa itu?" Grace.

“Saya terlupa mengajarnya. Saya akan kembali nanti awak teruskan sahaja." Trace. Kemudian Trace bergegas ke Villhade untuk mencari Brunette.

“Hello Brunette." Trace. “Siapa disana?" Brunette.

*Setelah Trace menjelaskannya mereka berada di cafe dan mula pembelajaran.

“Terima kasih kerana mengajar saya." Brunette. “Tiada masalah." Trace. Kemudian secara tiba-tiba Grace datang ke meja. “Jadi kamu berdua ada disini. Bagaimana dengan pembelajaran kamu baik?" Grace

“Ya! Baik-baik sahaja sekarang saya sudah dapat belajar membaca dan menulis dengan lebih lancar." Brunette. “Dia cukup unik hanya sekali cakap sahaja langsung boleh. Dia berbeza dengan orang-orang disini." Trace.

Kemudian Grace berbisik. “Saya sudah cakap ada yang aneh dengannya.Apapun hari sudah lewat mari kita sambung esok sahaja." Grace.

Mereka pulang ke bilik masing-masing dan keesokkan paginya.

Rumah Kelab Pengembara,

“Menghantar surat di wilayah Doomsvalle. Mungkin ambil masa 3 hari 2 malam apapun kamu semua setuju?" Grace. “Saya cuma ikut sahaja." Brunette.

*Mereka memulakan misi mereka ke Doomsvalle tetapi dalam saat perjalanan mereka....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience