Terima Kasih

Fantasy Completed 469

.Terima kasih ya Allah,
Terima kasih buat mak ayah yang ku kasihi,
Terima kasih buat adik beradikku yang dekat di hati,
Terima kasih buat novelplus dan rakan-rakan yang ku kasihi,

cerita-cerita yang ku nukilkan ini adalah diinspirasikan berdasarkan animasi yang pernah ku tonton. Bukan sahaja animasi malah ada pelbagai lagi sumber yang dapat meningkatkan inspirasi aku untuk tulis novel ini.

Perkongsian cerita ini akan menampilkan adegan-adegan yang mungkin tidak dapat diterima logik akal biasa. Ku harap para pembaca dapat berlapang dada dan punya minda yang terbuka ketika membaca.

Semoga cerita ini dapat menghiburkan atau malahan memberikan idea untuk korang. Buat pembaca yang ku kasihi semoga korang semua sihat dan dijauhkan dari segala leka dunia.

Nama Firdaus sekadar diberi,
Tiada niat menunjuk diri,
Terimakasih daun keladi,
semoga lekat dihati,

Cerita yang akan anaknda kongsikan kali ini merupakan genre pengembaraan. Cerita seorang seorang remaja yang mati akibat kemalangan, dengan kekuatan Tuhan ianya kembali hidup di alam yang berbeza. Semoga pembaca dapat merasakan kenikmatan ketika membaca ya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience