Chapter 8

Fantasy Completed 469

“Ada apa-apa informasi mengenai Elze?" Pengembara 1. Kesemua pengembara yang panik dan ketakutan dengan nasib Elze yang masih berada di dalam. “Tunggu dulu, jadi bagaimana keadaan di dalam sana? Ada apa-apa cara yang boleh dilakukan untuk mengalahkan slime itu?" Ketua Kelab Pengembara.

“Buat sementara masih ada 1 cara untuk mengalahkannya namun agak sulit kerana ia memakan banyak energi. Beruntungnya ia mengambil julat yang besar dan berjaya mengalahkan hampir kesemua slime itu." Brunette. Ketua Kelab Pengembara cukup terkejut kerana mereka dapat mengalahkan kesemua slime dalam masa yang singkat. “Boleh tolong jelaskan serangan apa yang kamu gunakan?" Ketua Kelab Pengembara.

“Mula-mula saya terfikirkan sesuatu, sihir ais dapat membekukan hampir kesemua cecair dan slime juga merupakan makhluk lendir. Seperti yang kita tahu lendir mempunyai kandungan air yang dapat memberikan efek kepada sihir ais. Sementara Trace membekukan kesemua slime itu saya sedang menyiapkan sihir bunyi untuk hancurkan kesemua slime yang bertukar menjadi ais itu." Brunette.

“Namun, serangan ini hanya memberikan impak kepada slime biasa dan bukannya evolusi selanjutnya. Disana juga terdapat slime besi dan slime aluminium yang dapat mencairkan ais dengan pantas." Brunette. Pengembara yang lain mendengarkan maklumat yang diberikan oleh Brunette dengan tekunnya. Setelah beberapa lama mereka membuat tindakkan untuk maju ke zon slime dan mulakan pencarian Elze.

Zon slime,

“Tunggu aku rasakan sesuatu yang besar dihadapan." Grace. “Sesuatu yang besar?" Brunette. Sementara itu pengembara yang lain melanjutkan misi pencariannya dan melihat keadaan sekitar.

Tiba-tiba salah seorang dari pengembara itu menjerit kesakitan. “Ahh! S-sakit." Pengembara 3. Seekor slime yang berevolusi baharu mengigit kaki pengembara itu, darah mula mengalir dengan pantas dari kaki pengembara itu.

Selepas slime itu meminum darah pengembara itu, slime tersebut mengeluarkan gas yang beracun mampu melumpuhkan sesiapa sahaja yang menghidunya. “Ahh! Lendir m-mula menaik." Pengembara 4. Kesemua pengembara mula panik dan tidak dapat berlari keluar kerana lendir melekit dari slime biasa mula menaik ke paras lutut.

“Ini buruk. Apapun kesemuanya tetap berwaspada!" Brunette. Keadaan mula sukar bagi mereka dan saat itulah munculnya 3 slime gergasi yang saiznya lebih besar dari slime umumnya.

“Trace sekarang!" Brunette.

“Sihir ais: pembekuan." Trace.

“Sihir teras:Cahaya." Brunette.

Kesemua cecair lendir mula membeku dan kawasan tersebut menjadi pijakkan padat. “Sihir angin: Penyerapan." Brunette. Kesemua gas beracun diserap oleh Brunette dan kini hanya tinggal slime yang menghasilkan lendir sebanyak itu sahaja. (Slime Biasa Gergasi/Slime gergasi).

“Brunette dihadapan." Grace.

“Sihir Api: Semburan." Brunette.

“Sihir panah: Beku." Velvet

Gabungan serangan tersebut dapat membuatkan seekor slime gergasi tumbang, namun masih ada 2 lagi slime yang masih belum muncul. Mereka mengambil tindakkan untuk bantu mereka yang lain dahulu sebelum meneruskan perjalanan.

“Rasanya dihadapan merupakan zon lapisan terakhir." Grace.

“Aku juga berfikiran sama. Lepas kita bantu yang lain mari kita berempat saja yang maju. Jikalau terlalu ramai mungkin akan menyukarkan kita." Brunette. Mereka bertiga setuju dengan pandangan Brunette dan mula membantu pengembara yang lain untuk keluar dari lendir yang membeku itu dan merawat luka mereka yang tercedera.

Setelah semuanya selesai Brunette, Velvet, Trace dan Grace mula memasuki zon terakhir tersebut, disaat dalam perjalanan mereka bertemu dengan seekor slime gergasi yang hampir serupa dengan slime yang mengeluarkan gas beracun itu.

“Jaga-jaga! Slime ni tak dapat dikalahkan dengan sihir api, jika tidak gasnya mampu meletupkan perlombongan ini." Brunette. Semua yang lain memahami apa yang cuba disampaikan oleh Brunette dan mulakan sihir gabungan. “Jika begitu mari kita keluarkan gabungan 3 perempuan." Grace.

“Sayang Brunette, mohon berundur ke belakang dan saksikan pertunjukan ini. Awak sudah banyak bekerja apa salahnya jika berehat bukan? Jadi mari yang lain kita Mulakan." Trace.Mereka semua mula mengambil posisi dan membentuk segi tiga yang dapat memerangkap slime gergasi itu.

“Sihir teras: Pengunci." Trace, Grace dan Velvet.

“Sihir api: Hembusan." Trace.

“Sihir angin: Libasan." Grace

“Sihir tanah: Runtuhan." Velvet

Sihir tersebut membuat letupan yang besar, dari luaran hanya nampak seperti puting beliung berapi yang menutupi pemandangan, kemudian diakhiri dengan runtuhan kecil untuk memadamkan api tersebut.

“Tunggu sejak bila kamu semua mahir dengan sihir gabungan?" Brunette. Dia terkejut dengan apa yang disaksikannya sebentar tadi. “Sudahlah mari kita maju saja kedepan." Velvet.

Mereka teruskan perjalanan ke depan dengan harapan dapat jumpa dengan Elze. Di pintu masuk zon terakhir.

“Brunette, cuba kau tengok dekat sana." Grace menunjukkan jari kearah hadapan. Mereka nampak slime gergasi biasa yang tidak merbahaya namun ada aura aneh yang memenuhi zon terakhir itu.

“Itu slime biasa kenapa ada aura aneh yang kuat?"Brunette. Aura negatif tersebut membuatkan mereka berasa mual dan tak mampu untuk teruskan perjalanan.

“Korang berdua uruskan slime ni aku dengan Trace masuk dalam sana." Brunette. Selepas sahaja mereka membuat rancangan, Brunette dan Trace terus memasukki kawasan akhir dari perlombongan terbiar itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience