“Baiklah mari kita hantar Tuan Puteri ke istana dan selesaikan misi kita!" Brunette. Mereka menuju ke istana dan tiba di Istana Doomsvalle.
“Kita sudah tiba di destinasi, Tuan Puteri silakan." Brunette.Dia membuka pintu kereta kuda itu dan menunggu tuan puteri keluar dahulu. “Adakah Tuan Aoba sudah sadar?" Brunette. “Terima kasih kerana menyelamatkan saya. Saya yakin Yang Mulia bakal menyediakan ganjaran yang banyak untuk kalian semua.
Mereka memasukki istana bersama-sama dengan Tuan Aoba dan Tuan Puteri Marine. Tak berapa lama selepas itu Tuan Aoba pergi ke kamar diraja untuk membuat laporan.
“Yang Mulia, Puteri Mahkota telah pulang ke istana dengan selamat dan sedang menunggu Yang Mulia di ruang utama." Tuan Aoba
“Baiklah beta akan bertemu dengan anaknda. Jika tiada apa-apa yang hendak kamu sampaikan sila lanjutkan urusanmu." Yang Mulia Doomsvalle
“Yang Mulia, sebenarnya kami..." Tuan Aoba menjelaskan situasi kepada Yang Mulia. “Baiklah jika begitu beta akan menyiapkan hadiah buat mereka. Sebentar tadi kamu ada berkata yang salah seorang dari mereka menggunakan sihir teras Penyembuhan? Beta tidak sabar ingin bertemu dengannya. Aoba silahkan layan tetamu kita dengan baik ya." Yang Mulia Doomsvalle.
Di ruangan utama diraja, ketika Raja sudah tiba untuk bertemu dengan Brunette secara peribadi. Brunette menundukkan kepala kepada Yang Mulia Raja Doomsvalle.
“Sudah, jangan terlalu formal dan angkat kepalamu." Yang Mulia Doomsvalle berkata dengan nada yang merdu. Brunette yang menerima arahan itu dengan segera mengangkat kepalanya.
“Namamu Brunette?" Yang Mulia Doomsvalle. “Ya tuanku, nama patik Brunette, Grimslock Brunette." Brunette. “Jika begitu boleh beta bertanyakan sesuatu kepadamu?" Yang Mulia Doomsvalle.
“Boleh sahaja tuanku, patik akan menjawab segala soalan tuanku mengenai patik." Brunette. “Benarkah kamu mahir menggunakan sihir penyembuhan?" Yang Mulia Doomsvalle. “Ya itu benar tuanku, patik mahir menggunakan sihir penyembuhan." Brunette.
“Jika begitu boleh beta meminta bantuanmu untuk merawat kesayangan beta." Yang Mulia Doomsvalle. “Boleh sahaja, bawakan patik kepada Ratu dan patik akan merawatnya." Brunette.
Sementara itu di Taman Diraja,
“Pemandangan yang indah, juga ya." Trace. “Ya pemandangan disini memang indah kerana setiap bahagian dari taman ini direka oleh kakanda saya." Puteri Marine.
“Kakanda Putera Mahkota Kedua Prince?" Velvet. “Ya Kakanda saya adalah Putera Prince. Jika ada apa-apa yang ingin kamu semua ketahui boleh tanyakan sahaja pada saya." Puteri Marine.
“Tak adil kenapa Brunette sahaja yang dapatkan perhatian? Padahal kita sepasukan." Grace. “Jangan begitu mungkin Yang Mulia ingin memberikan ganjaran pada kita dan baginda wakilkan Brunette untuk menerima ganjaran itu. Siapa tahu apa mungkin terjadi." Trace.
Sementara itu di Kamar Ratu,
“Baiklah biarkan patik memulakan rawatan." Brunette. “Ya silakan, beta berasa tidak tenteram apabila melihat ratu dengan keadaan begini." Yang Mulia Doomsvalle.
Brunette memulakan rawatan dan mula menggunakan sihirnya. Setelah selesai “Ratu mungkin memerlukan masa untuk sedar jadi lebih baik kita menunggu ratu bangun." Brunette. “Tidak mengapa mari kita ke ruangan tetamu dan ambil ganjaranmu." Yang Mulia Doomsvalle.
Brunette dan rakan-rakannya berkumpul di ruangan tetamu diraja. “Sebenarnya tujuan patik kemari untuk menghantarkan sepucuk surat dari Yang Mulia Wesky." Trace. “Tidak mengapa mari beta tunjukkan ganjaran kamu semua dahulu." Yang Mulia Doomsvalle.
“Ini ganjaran pertama kerana menyelamatkan anak kesayangan beta dari perompak-perompak itu." Yang Mulia Doomsvalle memberikan 50 syiling tembaga. “Sy...syiling t...tembaga?" Trace kelihatan terkejut dengan ganjaran yang mereka dapatkan.
“Brunette lebih baik kamu menerimanya dan kita boleh jadi kaya raya. 1 syiling tembaga bersamaan dengan 10 syiling emas. Jika 50 syiling tembaga maka kita mendapatkan sekitar 1000 syiling emas." Trace. Kemudian Brunette mengangguk memahami tentang itu dan mengambil ganjaran itu.
“Syukurlah kamu sudi menerimanya. Ini hadiah kedua kerana berjaya menyembuhkan penyakit Ratu." Yang Mulia Doomsvalle memberikan badge kerajaan Doomsvalle. “Ini badge khas untuk mempercepatkan proses semakkan utama. Harapnya kamu berkunjung kembali kesini." Yang Mulia Doomsvalle.
Mereka mengambilnya lalu memberikan sepucuk surat kepada yang Mulia Doomsvalle. Misi mereka dengan rasminya telah tamat dan mereka boleh kembali ke Rumah Kelab Pengembara untuk menerima ganjaran misi.
“Jika tidak keberatan sila menginap di istana ini untuk satu malam. Pasti kalian semua letih silahkan istirehat disini untuk sehari." Yang Mulia Doomsvalle. Mereka bersetuju dengan tawaran diberikan. “Aoba silahkan tunjukkan kamar mereka." Yang Mulia Doomsvalle.
Tuan Aoba menghantarkan mereka ke kamar masing-masing. Ada yang berehat dan tidur di dalam bilik dan ada juga yang melihat sekeliling istana.
“Aoba, boleh temani saya melihat sekeliling?" Brunette. “Ya boleh sahaja jika itu yang tuan mahukan patik sudi menunjukkan sekeliling." Tuan Aoba.
Disaat menjelajah istana mereka bebual dan Tuan Aoba menanyakan soalan kepada Brunette. “Sebenarnya gadis-gadis tuan itu adik beradik tuan atau pasangan tuan?" Tuan Aoba. Brunette mula malu dengan soalan yang ditanyakan oleh Tuan Aoba. “Mereka cuma rakan seperjuangan." Brunette.
Share this novel