Mereka berdua berjaya mengalahkan Pahlawan Diraja dan sedang menunggu imbalan kemenangan mereka itu.
~Petang harinya,
“Ini hadiah kerana berjaya menumpaskan Pahlawan Diraja. Sebelumnya saya ingin meminta maaf dari pihak tuan kerana beliau sekarang ada urusan yang amat genting. Silahkan ambil ini sebagai imbalannya." Pengutus Diraja. Sebagai hadiah kemenangan mereka memperolehi. (100 syiling platinum, 2 salinan seluruh peta alam itu dan beberapa cenderamata lainnya.). Namun hadiah paling utama ialah ‘Tombak Sihir' yang diberikan kepada Brunette.
Selepas mereka mengambil hadiah tersebut, mereka bergegas pulang untuk berehat dan makan malam sejenak.
Di cafe,
“Brunette, sebenarnya hari yang saya cakapkan sebelum bakal menjelang dalam masa 2 hari kedepan." Trace. Mereka makan malam bersama dan Brunette dapat tahu yang Trace merasakan sedih yang amat dalam. Dia cuba menceriakannya dengan beberapa pantun. Trace yang awalnya sedih kini merasa lebih tenang.
“Besok pagi kita berempat bakal jalankan apa sahaja yang kamu berdua inginkan. Sekarang mari kita makan dahulu." Brunette. Selepas makan mereka mula berehat di Rumah Penginapan masing-masing.
Keesokan paginya,
Mereka berkumpul di luar rumah penginapan selepas sarapan pagi. Brunette menjelaskan kesemuanya kepada mereka dan mereka kedengaran sangat bahagia seolah-olah telah menantikan hari ini bakal tiba.
“Baiklah semuanya sedia?" Brunette. Mereka mulakan akitivi mereka dengan bersiar-siar di sekitar bandar dan membeli belah disana.
Kedai baju,
“Hei, nampak cantik tak?" Grace. Sebuah gaun merah yang berhiaskan manik-manik dan beberapa mutiara lainnya. Baju couple adik kakak yang sangat padan dengan badan mereka yang langsing itu. Brunette dan Velvet hanya menganggukkan kepala dan membeli pakaikan untuk mereka juga.
Selepas makan tengah hari, mereka teruskan dengan bermain di pantai.Mereka berseronok menikmati dan bermain di sekitar pantai tanpa adanya masalah. “Hwehehe mari kita lawan siapa yang dapat bina istana pasir lebih hebat dia yang menang." Velve. Mereka mula membina istana pasir sehabis baik yang mereka dapat lakukan sehinggalah, “Sihir Pasir: Istana." Brunette. Yang lain merasakan yang Brunette bermain secara tidak adil kerana menggunakan sihir.
Selepas mereka bermain dipantai, mereka berehat dan minum petang di sebuah cafe.
“Jadi bagaimana dengan hari ini? Mengembirakan?" Brunette. Mereka yang lain berasa sangat bahagia kerana dapat meluangkan masa bersama-sama sebelum saat perpisahan. Selepas makan mereka semua kembali ke rumah penginapan dan mengemaskan barang-barang mereka. Sementara Brunette yang masih berada di luar bersendirian.
Dia kemudian memasukki sebuah kedai senjata dan membeli sebilah pedang yang sangat tajam dan juga dahsyat apabila digunakan. Dia juga mencarikan beberapa buah hadiah lain untuk mereka sebagai tanda persahabatan.
Malamnya,
Mereka semua makan malam di cafe dan berbincang tentang hari besok.
“Saya dengan Velvet juga mahu berpindah betul ke?" Grace.
“Ya, saya ingin ke kampung halaman saya. Kampung Samurai." Velvet. Dia kemudian menandakan lokasi kampung halamannya di peta Brunette dan Trace. Jikalau mereka ingin melawatnya mereka boleh terus ke kampung halamannya.
“Jadi hanya tinggal Brunette sahaja yang masih belum pasti tujuan utamanya." Grace. “Saya? Urmm, mungkin mengembara ke seluruh pelusuk dunia." Brunette. Dia agak bingung dan juga merasakan sedih dalam masa yang sama. Mereka yang menyadari isi hati Brunette mencuba mengembirakannya.
“Kamu nak mengembara? Jadinya sekali-kali boleh datang melawat disinilah jika begitu. (Bandar Bangsawan)." Trace. Dia menandakan lokasi di peta Brunette. Sementara itu Velvet terkejut apabila menyadari yang Trace dan Grace merupakan keluarga asli bangsawan.
“Tunggu, Bandar Bangsawan? S-siapa nama penuh kamu yang sebenarnya?" Velvet. Mereka berdua tersenyum dan memberitahu nama keluarga mereka. “Honorary Grace dan Honorary Trace." Grace. Bangsawan Honorary merupakan bangsawan yang terkaya buat era ini mereka yang lain terkejut apabila mengetahui soal itu dan tertanya-tanya mengapa mereka lebih memilih untuk tinggal di kota lama seperti ini.
“Baiklah jika begitu, nanti jika ada kesempatan aku akan kesana tunggu aku ya Trace, Grace." Brunette.
Keesokan paginya setelah Velvet pergi meninggalkan mereka.
Kereta kuda bangsawan memasukki Wesky,
“Itu kereta kami. Jumpa lagi." Trace.
“Tunggu, ini ada hadiah untuk kamu berdua." Brunette. Dia memberikan sebuah beg besar yang berisikan pelbagai hadiah buat mereka. “Ini untuk kamu Trace." Brunette. Sekuntum bunga Virgin diberikan kepada Trace. Sekuntum bunga yang mekar dan cantik dilihat, sesuai dijadikan hadiah perpisahan.
Trace dan Grace mula bertolak kembali ke tempat asal mereka.
*Panggilan dari dewa.
“Hei bagaimana keadaan kamu disana? Perpisahan cukup berat bukan? Tapi apa tujuan kamu selanjutnya?" Dewa.
“Saya akan ke Bandar Bangsawan dan mulakkan hidup baru disana sebagai seseorang yang tidak dikenali oleh sesiapa." Brunette.
“Tunggu dulu selama ini kamu memerhatikan saya dari jauh atau bagaimana?" Brunette. Situasi agak canggung disana.
“Nanti kamu bakal tau, apapun semangat dengan azammu untuk menggapai dia ya!" Dewa.
*Panggilan putus
Akhirnya Brunette memulakan hidup baharu sebagai pengembara berjaya dengan niat untuk ke Bandar Bangsawan. Dia memulakan pekerjaan kedai makan sendiri disana dan mula mengumpulkan duit yang cukup buat bertemu dengan sahabatnya.
Share this novel