Chapter 4

Fantasy Completed 469

“Tuan mahu berlatih menggunakan sihir bersama saya?" Tuan Aoba. Brunette menerima sahaja tawaran Tuan Aoba untuk berlatih bersama-sama.

Di tapak latihan diraja,

“Mith mari sini." Tuan Aoba memanggil seseorang kemari. “Ya tuan!" Mith. seorang kesatria datang menemui mereka berdua. “Ah, kenalkan ini kesatria Mith dan salah seorang ketua kesatria diraja. Dia akan membantu tuan untuk berlatih" Tuan Aoba.

Brunette yang cuma tercegat disana terkejut apabila dapat melihat kesatria secara berdepan. “Y...ya salam berkenalan saya Brunette." Brunette. Mith tunduk hormat dan perkenalkan dirinya. “Baiklah jika tiada apa-apa izinkan saya untuk beradu." Tuan Aoba. Selang beberapa minit dia keluar dari tapak latihan diraja.

“Jadi saya dengar awak mahir menggunakan sihir. Nak saya bantu?" Mith.

“B...bagaimana dengan mengadakan pertempuran dan kita dapat mengetahui kelemahan kita masing-masing kemudian baru kita mulakan latihan untuk memperbaiki corak kita. Bagaimana? Setuju?" Brunette. “Sebenarnya saya juga ingin mengatakan hal yang serupa. Jadi mari kita mulakan?" Mith.

Brunette bersiap sedia di arena menunggu pihak lawannya untuk memasuki arena. “Baiklah mari kita teruskannya!" Mith. Dia mengeluarkan pedangnya dan mengambil ancang-ancang untuk bertempur dengan Brunette.

Masing-masing menunjukkan kehebatannya yang tersendiri. Buat saat ini masih belum ada pihak yang ingin mengeluarkan sihirnya. “Sudah cukup lama kita bermain, bagaimana kalau kita tamatkannya?" Mith. Brunette yang tampak bersedia dengan apa yang ingin dilakukan oleh Mith. “Sihir Teras: kecepatan" Mith.

Brunette yang tidak terkejut dengan penggunaan sihir Mith dia hanya teruskan bertahan dan menerima serangan Mith yang secara berterusan. “Pertahanan yang cukup hebat, jarang ada orang yang boleh bertahan dengan serangan berat seperti ini. Baiklah mari lihat kemampuan awak pula." Mith.

Brunette mengambil nafas dan mula menggunakan sihirnya. “Sihir Teras: Kecepatan" dia terus menerkam kearah Mith dengan kecepatan cahaya. “Mari lihat bagaimana seorang pengguna sihir kecepatan ingin menewaskan sihirnya." Brunette kelihatan gembira apabila dia dapat meniru sihir teras milik Mith.

“M...mustahil." Mith yang terkena serangan dahsyat tersebut tersungkur di lantai arena. Dia menyerah kalah dan mengakui yang Brunette merupakan seorang yang hebat.

Sementara itu, Trace sudah bangun dari tidurnya yang nyenyak dan dia keluar dari kamar menjelajahi istana itu. “Agaknya apa yang menarik ya di istana ini?" Trace. Tiba-tiba Tuan Aoba muncul dari belakang dan menyapa Trace. “Tuan Muda Brunette sedang latihan sihir di tapak latihan diraja. Nak saya hantarkan cik kesana?" Tuan Aoba.

“Tuan Muda? Apapun bimbing saya kesana." Trace.

“Ya Yang Mulia yang arahkan kami ‘pembantu' untuk memanggil Tuan Muda Brunette dengan gelaran ‘Tuan Muda'." Tuan Aoba.

Kemudian mereka tiba di tapak latihan diraja.

“Sihir Teras: Teleportasi" Brunette. Kemudian sebuah gerbang bulatan besar muncul.“Adakah ianya berhasil?" Brunette.

“I...itu sihir teleportasi. Sihir sebelum sihir terakhir. Tingkat kesulitan yang sangat tinggi tapi dapat digunakan oleh seseorang seperti awak?" Trace. Brunette dan kesatria lainnya terkejut apabila melihat Trace memasuki arena latihan. “Jadi sihir ini memang sulit dipelajari? Tidak terkejutlah kerana ia memakan banyak pati sihir. Menarik juga menggunakannya, kini melakukan misi bakal menjadi sangat mudah." Brunette.

“Harapnya begitu. Namun bolehkah awak membuka gerbang teleportasi ke Wesky? Jikalau boleh perjalanan kita bakal jadi sangat singkat." Trace. “Boleh rasanya. Namun mari kita mencubanya nanti, sekarang sudah tiba masanya minum petang, bukankah begitu Tuan Aoba?" Brunette. “Y...ya nampaknya sekarang jadual minum petang dan aktiviti petang lainnya." Tuan Aoba.

Di dewan makan istana,

Mereka semua menjamu selera dengan sepiring biskut dan juga secangkir teh. “Minta maaf Yang Mulia, Ratu, Tuan Puteri dan juga Tuan Aoba. Patik dan yang lain harus segera pulang ke Wesky dengan segera. Terima kasih kerana memberikan kami layanan yang baik." Brunette.

Setelah minum petang, mereka bersiap di pintu gerbang istana utama. Yang Mulia Doomsvale dan juga pembantu-pembantunya yang lain turut berada disana untuk mengucapkan selamat tinggal.

“Sihir Teras:Teleportasi." Brunette. Gerbang besar yang menuju auto ke Wesky siap untuk digunakan. Setelah mereka tiba di Wesky, mereka terus menuju ke Rumah Kelab Pengembara untuk menebus hadiah misi yang baru sahaja dijalankan.

“Ini dia ganjaran kamu semua, semoga kamu semua." Pelayan Kelab Pengembara memberikan ganjarannya. “Cukuplah untuk makan." Brunette.

“Brunette ada benda yang kami mahu bincangkan sebenarnya..." Grace.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience