“Boleh kita berbincang secara peribadi?" Grace. Situasi semasa agak canggung kemudian Brunette dan Grace pergi ke sebuah cafe. “Brunette sebenarnya, k-kami tak lama lagi akan pindah ke kota asal. Lebih kurang 7 bulan ibu bapa kami datang menjemput kami disini." Grace.
“Awak dan Trace? Tidak mengapalah begitu, kita tetap boleh berkomunikasi. Nanti-nanti jangan lupa melawat ya." Brunette. “B...baik." Trace. Mereka berdua disana makan dan minum sebelum pulang ke Rumah Penginapan Villhade.
Di Villhade,
Bilik Grace & Trace,
“Nampaknya Brunette setuju tapi perjanjian kita dengannya bersyarat." Grace. Setelah itu Grace memberitahu segala syarat yang perlu dipenuhi serta perbincangannya dengan Brunette. Sementara Brunette dia mendaftarkan Velvet kepada Kelab Pengembara
Keesokan harinya,
Mereka semua berada dan berkumpul di Kelab Pengembara, kabarnya ada sesuatu muncul di sebuah pusat perlombongan terbiar. “Nampaknya ada beberapa orang pelombong sedang mencari beberapa kilo emas namun tak mereka duga mereka menemui malapetaka. Makhluk yang dikabarkan menyerang mereka masih belum diketahui jadi Kelab Pengembara harus menangani hal ini. Kaji selidik dan memburu makhluk-makhluk itu." Trace.
“Kalau begini bagaimana dengan ganjaran kita?" Brunette. “Ganjaran? Ganjaran yang akan kamu dapatkan berdasarkan bilangan makhluk yang dibunuh dan juga skill yang ditunjukkan ketika misi." Ketua Kelab Pengembara.
“Baiklah kalau begitu mari kita mulakan langkah pertama!" Trace.Mereka pergi melawat mangsa yang diserang itu di hospital. Mereka mengecheck seluruh kesan luka yang diakibatkan oleh monster itu. “Nampaknya kesan luka ini dari orb atau goblin. Cuba tengok kesan cakaran ni." Trace. Mereka semua membuat kesimpulan atas kesan luka itu diakibatkan oleh Orb atau Goblin. Kini mereka membuat persiapan khas untuk menjalankan misi yang bakal menjelang.
“Baiklah semuanya sudah selesai sekarang mari kita berehat." Brunette. Trace yang mendengarkan ayat itu membuatkannya merasa marah dengan Brunette. “Rehat? Bagaimana awak terlalu tenang dalam situasi yang tegang macam ni?" Trace.
“Tenang, kita juga perlu rehat.Kalau awak letih macam mana nak jalankan misi dengan baik?" Brunette. “Ah, i...itu urmm, ada betul juga apa yang kau cakapkan tadi. Baiklah mari kita mengambil nafas sebentar dan lanjut bekerja bagaimana?" Trace.
Setelah semua pekerjaan selesai,
“Baiklah semua sudah selesai sekarang mari kita berehat dan tunggu misi besar-besaran bermula." Grace. Kemudian Velvet dan Grace keluar dari rumah penginapan untuk membeli sedikit makanan.
Di cafe,
“Rasanya ‘Dragon Flake' cukup untuk dijadikan makanan sambutan? Sekaligus menjadi api semangat untuk misi akan datang." Velvet. “Tidak makanan pedas bukan hidangan yang baik untuk disajikan sebelum hari penting. Bagaimana dengan ‘Kek Daguma' hidangan yang manis dan cair di mulut." Grace.
Akhirnya setelah 30 minit di cafe mereka membuat keputusan untuk membeli kedua-duanya. Dalam saat perjalanan pulang mereka melihat segerombolan orang yang sedang ketakutan. “Apa yang terjadi?" Grace. Lantas dengan pantasnya mereka pergi meninjau keadaan disana.
Terjadinya sebuah rompakkan di sebuah bank disana. Perompak-perompak yang mengganas itu mula menyerang sesiapa sahaja yang tidak menyerahkan duit kepadanya.
“Velvet jaga belakang! Biar aku masuk dulu." Grace. Kemudian Grace memasukki lokasi tersebut dan mengalahkan kesemua perompak itu dengan mudahnya. “Cukup mudah untuk sekumpulan perompak amatur." Grace.
Di Pusat Perlombongan Terbiar,
“Semua sekali diminta untuk berhati-hati dan jangan leka dengan keadaan disini. Kita masih belum pasti musuh apa yang bakal muncul nanti." Ketua Kelab Pengembara.
“Situasi agak tegang tapi untunglah kita sudah tahu musuh yang ada di dalam. Kali ini pasti bakal menjadi perkara yang mudah. Goblin dan Orb tiada bezanya mereka tetap berada di monster bawahan." Brunette. Nampaknya Brunette sungguh tenang dengan misi ini, entah apa yang difikirkannya. “Trace, bergerak dalam kumpulan jangan terburu-buru." Grace.
Mereka semua sudah tidak sabar untuk memasukki perlombongan terbiar itu. Namun mereka hanya mendugakan hanya Orb dan Goblin sahaja di dalam perlombongan itu.
1:55 a.m
“Baiklah semua pengembara peralatan semuanya sudah sedia, jadi mari kita masuk ke dalam." Ketua Kelab Pengembara.
Share this novel