Chapter 9

Fantasy Completed 469

Mereka berdua mula memasuki kawasan tersebut, disana sebarang tanda-tanda makhluk kuat bakal muncul. Namun yang anehnya mereka menjumpai Elze yang sedang terbaring di tengah-tengah kawasan tersebut.

“I-itu Elze bukan? Mari kita selamatkan dia dulu dan rawat lukanya." Trace. Mereka menghampiri Elze yang sedang terbaring di kawasan tersebut. Disepanjang kawasan tersebut penuh dengan darah. Sedikit demi sedikit mereka menghampiri Elze sehingga kedengaran suara Elze yang meminta bantuan.

“T-tolong." Elze. Dia yang kelihatan tidak berdaya mencuba meminta bantuan. “Brunette boleh cuba rawatnya? Saya akan menjaga sekitar." Trace. Brunette yang mengganggukkan kepalanya sebagai tanda faham, kemudian dia memulakan rawatannya. “Sihir teras: penyembuhan." Brunette.

Elze yang sedar dia sudah diselamatkan merasakan bahagia dan bersyukur, namun apalah dayanya hanya tersenyum dan tak dapat mengucapkan terima kasih. Brunette yang menyadari tentang itupun berkata “Jangan risau sekarang awak selamat. Berehatlah dan biarkan kami bawakan awak ke kawasan rehat." Elze kemudian mencuba mengukir senyuman sebelum dia pingsan diakibatkan kekurangan energi.

Secara mengejut sebuah pokok gergasi yang tumbuh di belakang Elze. Pokok itu merupakan sumber utama aura negatif.

“P-pokok itu. P-pokok I-iblis." Trace. Dia kelihatan takut dan panik dengan tumbuhnya pokok itu. Tanpa fikir panjang Brunette yang sudah selesai merawat Elzepun mencuba menumbangkan pokok tersebut. Namun kekuatan pokok itu amatlah dahsyat setiap serangan yang dilakukan oleh Brunette tidak memberikan sedikit calarpun.

Pokok tersebut mengeluarkan seekor makhluk yang berlumuran darah, kelihatan yang sangat menyeramkan, makhluk tersebut memakai baju yang berlubang-lubang dan dari kejauhan dapat bau amis darah.

“Busuknya! Trace cepat bawa Elze ke tempat selamat!" Brunette. Elze yang mendengar arahan tersebut, melakukannya dengan pantas dan membawa Elze keluar dari zon tersebut. Sementara Grace dan Velvet bertempur dengan Slime gergasi tersebut Trace melewatinya tanpa adanya interaksi antara mereka.

“Sihir teras: Penilaian." Brunette.

(Penilaian Iblis:
Kekuatan sihir: tahap 9
Energi: tak terbatas
Elemen: Api dan Air
Kelemahan: Belum dikenal pasti)

“Nampaknya dia bukan makhluk biasa-biasa. Sekurang-kurangnya 7 pengembara rank A untuk kalahlannya. Baiklah mari kita lihat seberapa kuat makhluk ni. Brunette yang menerkam terus kearah iblis tersebut dengan pantasnya. Kemudian adanya beberapa sihir yang membantu Brunette untuk menyerang makhluk tersebut.

“Sihir api: Asap." Trace

“Sihir teras:Kemarahan." Velvet

“Sihir pedang:Api." Grace.

Brunette dan Grace memecut laju kearah iblis tersebut dan mereka berjaya menikam jantung iblis tersebut sehingga tembus. Brunette yang terkejut dengan kehadiran mereka bertiga yang sedia membantunya setiap masapun merasakan malu apabila mendapat bantuan tersebut. Mereka kemudiannya melaporkan tentang iblis itu kepada Ketua Kelab Pengembara.

“Syukurlah Elze masih selamat! Sekarang mari kita pulang. Terimakasih kerana menyelamatkan Elze." Pengembara 1.Dia menangis teresak-esak apabila melihat adiknya selamat dan masih hidup. Kini segala kerisauannya itu hilang menjadi senyuman bahagia. Brunette yang melihat itu turut gembira kerana berjaya menyelamatkan rakan pengembaranya daripada malapetaka.

Selepas mereka semua berjaya keluar dari Perlombongan tersebut, mereka terus pulang dan berehat di rumah. Keesokan paginya mereka semua berkumpul di Rumah Kelab Pengembara untuk menerima ganjaran.

Di Rumah Kelab Pengembara,

Mereka mendengarkan sedikit taklimat daripada ketua kelab pengembara dan menunggu ganjaran mereka dengan penuh sabar.

“Baiklah pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kamu semua kerana telah berjaya menyelesaikan misi ini, walaupun ianya cukup sukar bagi pengembara pemula seperti kamu semua namun ada juga beberapa yang telah menonjolkan diri dan menunjukkan bakatnya yang tersendiri. Saya merasakan bangga dengan semangat berjuang kamu semua, walaupun ada beberapa orang yang tarik diri dari misi tersebut, dan juga ada yang tercedera ketika menjalankan misi, namun semangat kamu semua untuk menamatkan misi ini sangatlah hebat dan layak untuk dipuji." Ketua Kelab Pengembara.

Mereka yang lain bersorak dan memberikan tepukkan gemuruh kepada ucapan ketua kelab sebentar tadi. Kini tibanya saat yang dinanti-nantikan, saatnya untuk menerima ganjaran misi.

“Seperti yang kita semua tau pasukan Brunette merupakan pasukan yang paling menyerlah dan sangat hebat semasa misi dijalankan. Mereka menunjukkan sikap kerjasama antara satu pasukan yang baik, sedia membantu sesiapa sahaja yang mengalami kesulitan ketika menjalankan misi." Ketua Kelab Pengembara. Kemudian dia menyerahkan ribuan syiling emas kepada Brunette dan pasukannya yang lain.

“Selain dari pasukan Brunette ada juga pasukkan yang dapat menandingi kehebatan pasukan Brunette dan menunjukkan skill yang sangat hebat. Berikan tepukkan kepada pasukan Freminet yang telah membantu membasmi musuh-musuh yang ada di jalan berbeza." Ketua Kelab Pengembara. Pengembara yang lain kelihatan kebingungan dengan Freminet, mungkin sebab mereka belum kenal atau ada sesuatu disebaliknya.
“Budak tukan yang paling dingin di kelab dulu. Susah nak ajak sembang dengan dia tapi skill dia cukup hebat, siapa tau musuh yang dia kalahkan jauh lebih hebat dari musuh kita." Grace.

Selepas dari itu mereka semua membuat sebuah pesta kecil-kecilan kerana berjaya menyelesaikan misi ini dan berhasil mengalahkan iblis yang terkuat disana.

Brunette dan anggota kumpulannya yang lain kini telah menjadi pengembara veteran. Kini jika mereka menjalankan misi mereka akan mendapatkan point tambahan untuk naik rank. Buat saat ini mereka masih dikenali sebagai pengembara rank (E).

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience